Recent Post

Tuesday, July 19, 2016

DAP tangguh pemilihan parti


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

DAP menangguhkan pemilihan pucuk pimpinan parti itu bagi membenarkan ia memberi tumpuan kepada pilihanraya umum akan datang.

Setiausaha Penganjur DAP Anthony Loke berkata perkara itu sebulat suara diputuskan oleh majlis eksekutif pusat parti (CEC) pada mesyuaratnya malam tadi.

CEC perlu melakukan pemilihan semula pada 29 September, tetapi perlembagaan parti membolehkan pemilihan dalaman itu ditangguhkan sehingga 18 bulan jika pilihanraya umum perlu dilaksanakan dalam masa dua tahun.

Loke berkata parti itu akan meneruskan konvensyen tahunan pada tahun ini iaitu pada 4 Disember.

Pemilihan DAP ditunggu banyak pihak kerana tempoh Lim Guan Eng memegang jawatan sebagai setiausaha agung akan berakhir setelah berkhidmat selama dua penggal.

Bagaimanapun, Lim masih boleh bertanding bagi jawatan dalam CEC.

Ketua menteri Pulau Pinang itu kini berada di bawah tekanan selepas menghadapi dua tuduhan rasuah.

DAP bukan satu-satunya parti yang menangguhkan pemilihan parti sementara menunggu pilihanraya umum akan datang.

Umno dan MCA turut menangguhkan pemilihan parti masing-masing sehingga pilihanraya umum ke-14 yang perlu diadakan menjelang Ogos 2018.




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *