Recent Post

Saturday, July 02, 2016

Enam projek bawah JPS siap dilaksana - Utusan Malaysia


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

KUCHING 1 Julai - Sebanyak enam daripada 208 projek bernilai lebih RM12 juta yang diluluskan di bawah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di seluruh negara siap dilaksanakan setakat ini.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, pada masa sama, terdapat 106 projek kini dalam proses pelaksanaan terma­suk 42 projek yang dijanjikan kepada rakyat Sarawak semasa Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN-11) sebelum ini.

Beliau berkata, sepanjang program tinjauan mesra diadakannya pada PRN-11 lalu, sebanyak 126 projek di bawah JPS dengan peruntukan sebanyak RM119,586,000 diluluskan oleh kerajaan khas untuk Sarawak.

"Berdasarkan maklumat terkini, sebanyak 42 daripada 126 projek yang diluluskan itu telah dilaksanakan, manakala 22 projek dalam proses sebut harga dan 62 lagi berada di peringkat perancangan serta reka bentuk.

"Bagi negeri-negeri lain, sebanyak RM62,430,000 diperuntukkan oleh kerajaan untuk melaksanakan 79 projek di bawah jabatan sama di Johor, Terengganu, Kelantan dan Sabah," katanya ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Bersama Sekolah Tunku Putra di Sekolah Tunku Putra di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Wan Junaidi berkata, daripada 79 projek diluluskan untuk tiga negeri berkenaan, enam projek sudah siap dilaksanakan, 64 projek di pe­ringkat pelaksanaan, manakala sembilan lagi merupakan projek baharu yang dipohon untuk dilaksanakan di bawah Pelan Pu­singan Kedua dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11).

Menurutnya, projek baharu itu merangkumi skop kerja kecemasan luar jangka sebelum dan selepas banjir, pemuliharaan sungai, pantai serta pencegahan banjir.

Tambahnya, mengikut perancangan JPS, status kemajuan pelaksanaan projek di Sarawak sehingga akhir Julai ini ialah 72 projek dijangka akan siap, manakala 17 projek bakal berada di peringkat sebut harga dan selebihnya iaitu 37 projek di peringkat perancangan serta reka bentuk.

"Sehingga akhir 2016, sebanyak 119 projek di Sarawak akan siap dilaksanakan, manakala tujuh projek pula dilaksanakan pada 2017.

"Projek ini merangkumi kerja-kerja kecemasan luar jangka sebelum dan selepas banjir, pemuliharaan sungai, pantai, muara sungai dan pencegahan banjir di kawasan Santubong dekat sini, Betong, Bintulu, Sibuti, Miri, Batang Sadong, Sri Aman, Serian, Kota Samarahan, Mukah dan Batang Lupar," jelasnya.




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *