Recent Post

Saturday, July 02, 2016

Isteri Maut Ditusuk Besi Penghadang Jalan


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

DUNGUN, 1 Julai: Seorang wanita maut manakal suami dan anaknya cedera ringan selepas kereta mereka terlibat dalam satu kemalangan di KM 83, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, dekat Kampung Batu 5, disini hari ini.

Nur Mahidah Mohd, 22, yang cedera parah meninggal dunia di tempat kejadian, lapor BH Online.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 7 petang itu, kereta Proton Waja yang dipandu suami mangsa, Muhammad Syahir Muhammad Syafiq Chandran, 21, dipercayai terbabas ke kiri jalan selepas menuruni kawasan berbukit di situ.

Kereta yang dinaiki mangsa itu kemudian melanggar besi penghadang jalan sehingga menembusi kereta itu dan menikam isterinya.

Jenazah mangsa dihantar ke Bilik Forensik Hospital Dungun. Suami dan anak mangsa pula dihantar ke hospital sama untuk rawatan.

Ketika kejadian, tiga beranak terbabit dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kampung Limbong, Paka selepas membeli barang keperluan ha rian di bandar Dungun. - Siakapkeli.my




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *