Recent Post

Friday, September 30, 2016

Lufya Bakal Berkahwin Dengan Doktor Kacak Pada Bulan November Depan?

Tentu anda semua tahu bahawa penyanyi dan bekas pelajar Akademi Fantasia 6, Lufya Omar sudah bertunang dengan seorang doktor iaitu Dr Che Muhammad Hafiz yang cukup kacak rupanya.

Menurut beberapa sumber, pasangan ini bakal bernikah pada bulan November depan.

Berbicara mengenai hal berkenaan, Lufya memberitahu pihaknya akan mengadakan sebuah majlis khas pada 10 Oktober ini untuk berkongsi setiap perincian mengenai majlis perkahwinannya nanti.

Datanglah dahulu majlis pada 10 Oktober itu nanti. Segala-galanya akan kami kongsikan termasuk tarikh serta perincian perkahwinan kami.

Jika anda lihat, Lufya dan tunangnya kini lebih terbuka mengenai hubungan mereka . Malah, mereka juga sudah selesa untuk memuat naik foto mesra berdua di akaun Instagram.

Kami memang serius mahu membina keluarga bersama-sama malah ketika ini persiapan ke arah majlis perkahwinan juga sudah dimulakan. Mudah-mudahan apa yang dirancangkan akan menjadi kenyataan.

Ikut perbincangan keluarga kedua-dua belah pihak, majlisnya memang bakal dilangsungkan tahun ini cuma tarikhnya hanya akan dikongsikan pada majlis itu nanti.

Kami harap segala persiapan perkahwinan berjalan lancar seperti yang dirancang. Semoga Lufya dan Dr Che Muhammad Hafiz berbahagia sehingga ke jannah.

Sumber Berita : BH ONLINE

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Read more ...

Najib komited jadikan Malaysia lebih berdaya saing - Kosmo!

Najib komited jadikan Malaysia lebih berdaya saing

30/09/2016 10:16am

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak komited untuk terus meningkatkan lagi daya saing Malaysia ke tahap yang lebih tinggi, disokong oleh Model Baharu Ekonomi (MBE) yang diumumkan pada 2010.

"Saya komited untuk menjadikan Malaysia lebih berdaya saing dan pendirian saya ini jelas dengan dasar-dasar domestik saya," kata Najib dalam paparan terbaharu beliau di laman webnya www. najibrazak.com.

"Saya sentiasa menekankan bahawa sasaran Model Baru Ekonomi kita adalah untuk menjadikan Malaysia destinasi lebih berdaya saing, produktif dan mesra pelabur.

"Dan sebagai Perdana Menteri, dasar dalam dan luar negara saya, adalah bertujuan untuk memastikan pencapaian ini dan mendahulukan keperluan rakyat," katanya.

Najib, yang baru pulang ke tanah air selepas lawatan rasmi selama tiga hari ke Jerman sejak Isnin berkata, banyak perkara positif yang boleh diambil daripada Laporan Daya Saing Global (GCR) tahunan Forum Ekonomi Dunia yang dikeluarkan baru-baru ini. – Bernama

Read more ...

Pre-Order iPhone 7 dan iPhone 7 Plus Mulai 7 Oktober Ini

Celcom Axiata Berhad will offer iPhone 7 and iPhone 7 Plus, the best, most advanced iPhone ever, featuring new advanced camera systems, the best battery life ever on an iPhone and water and dust resistance, and will also provide even more value to iPad customers beginning on Friday, October 14th.

Customers can pre-order iPhone 7 and iPhone 7 Plus beginning on Friday, October 7th through https://www.bluecube.com.my

For more information on iPhone, please visit: www.apple.com/iphone.

Related

Komen via Facebook

Komen

— 19 Bacaan
Read more ...

Lelaki Dikhuatiri Maut Dibaham Buaya

Lahad Datu, 29 Sep: Seorang lelaki dikhuatiri maut dibaham buaya ketika memukat ikan di Sungai Simpang Putih di sini petang tadi.

Difahamkan, dalam kejadian itu mangsa yang berusia 20-an sedang memukat bersama bapanya namun tiba-tiba ditarik sebelum difaham buaya.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Mohd Affendy K Ramin berkata, pihak bomba menerima panggilan pada 6.03 petang dan sembilan anggota dikejar ke lokasi kejadian.

"Maklumat awal menyatakan mangsa dikhuatiri dibaham buaya di Sungai Simpang Putih sebelum pemanggil menghubungi pihak bomba.

"Sebuah jentera bersama satu kenderaan Perkhidmatan Anggota dan Penyelamat Paramedik (EMRS) turut dihantar ke lokasi kejadian untuk operasi mencari dan menyelamat mangsa," katanya sebagaimana lapor Harian Metro.

Sumber : Harian Metro

Read more ...

Dr M dakwa Najib 'sabotaj demokrasi'

Tatkala Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mendakwa lawannya cuba untuk menggulingkan kerajaan yang dipilih secara demokrasi, pengkritik utamanya Tun Dr Mahathir Mohamad pula berkata apa yang berlaku sekarang ialah Najib menolak demokrasi

"Najib mendakwa bahawa pemerintahannya adalah demokratik dan sebarang percubaan untuk menyingkirnya bermakna menolak demokrasi. Dakwaan ini tidak berasas sama sekali. Sebenarnya ia menjadi bahan ketawa.

"Satu dari amalan yang diterima demokrasi ialah penyingkiran pemimpin yang tidak berjaya atau melakukan sesuatu yang tidak baik atau salah terhadap negara," kata Mahathir dalam catatan di blognya semalam.

Bekas perdana menteri itu berkata ini dilihat berlaku di Australia, AS, UK dan Brazil di mana pemimpin disingkir sebelum pun tamat edahnya.

"Sebaliknya apa yang berlaku sekarang ialah Najib sebagai perdana menteri sudah pun menolak demokrasi. Buktinya jelas dan bertimbun-timbun," kata Mahathir.

Beliau mendakwa antara contohnya ialah ketiadaan pemisahan kuasa kerana Najib kini kuasai legislative (perundangan), eksekutif dan kehakiman (judiciary), manakala ahli Parlimen didakwanya terpaksa akur dengan kehendak perdana menteri.

Ini mengakibatkan ketidakupayaan untuk membawa undi tidak percaya terhadap Najib di Parlimen.

Beliau mendakwa bahawa pegawai eksekutif seperti pentadbir, polis dan tentera serta media tidak bebas menjalankan tugas mereka kerana Najib mengikat tangan mereka atau berdepan dengan akibatnya.

Mahathir juga berkata bahawa Akta Keselamatan Negara 2016 yang baru diperkenalkan, tidak membolehkan inkues diadakan sekiranya seorang warganegara atau seorang anggota pasukan keselamatan terbunuh.

"Semua ini adalah bukti jelas dan terang bahawa Najib sudah hapuskan demokrasi di Negara ini.

"Yang patut ditangkap dan dihadap ke mahkamah kerana mensabotaj demokrasi di Malaysia ialah Najib.

"Selagi Najib menjadi perdana menteri Malaysia selama itulah Malaysia tidak demokratik.

"Lebih dari itu Malaysia akan diperintah oleh pemerintahan kuku besi yang tidak pegang kepada undang-undang," katanya.

Najib telah menuduh Mahathir dan sekutunya cuba untuk menggulingkan kerajaannya untuk memberi laluan kepada anaknya, Datuk Seri Mukhriz untuk menjadi perdana menteri.

Bagaimanapun, Mahathir mendakwa beliau mahu menyingkirkan Najib atas salah laku dalam skandal 1MDB, di mana berbilion ringgit didakwa telah hilang.

Najib telah berulang kali menafikan mengambil wang rakyat untuk kepentingan peribadi.

[Baca berita penuh]

Read more ...

Thursday, September 29, 2016

Zila Seeron Mengaku Bersalah Khalwat, Menyorok Belakang Almari Ketika Diserbu

Bekas isteri Along Cham, Zila Seeron dan pengurus syarikat, Mohd Khairul Azizi masing-masing didenda RM2,500 oleh Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, pada Khamis kerana berkhalwat. Hukuman itu diputuskan oleh Hakim Syarie Azzeman Omar selepas kedua-duanya mengaku bersalah atas tuduhan berkenaan yang dilakukan pada Ogos lalu. Azzeman turut memerintahkan kedua-dua tertuduh dipenjara lima bulan sekiranya gagal membayar denda.zila seeronZila atau nama sebenarnya Nur Azilah Seeron, 28, dan Mohd Khairul Azizi Burhanudin, 32, yang bukan suami-isteri atau mahram didakwa atas tuduhan khalwat di rumah lelaki itu di Blok A-15-2, Apartment Jalil Damai, Jalan 14/155C, Bandar Bukit Jalil di sini, antara pukul 6.55 pagi sehingga 7.13 pagi, pada 13 Ogos 2016. Mereka didakwa mengikut Seksyen 27(a) dan (b) Akta Kesalahan Syariah (Wil ayah-Wilayah Persekutuan) 1997 iaitu melakukan khalwat yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara maksimum selama dua tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

zila seeron

Menurut fakta kes, anggota penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah (Jawi) melakukan pemeriksaan berdasarkan aduan orang awam di satu unit apartment beralamat di A-15-2, Apartment Jalil Damai, Jalan 14/155C, Bandar Bukit Jalil, 57000 Kuala Lumpur.

Pada pukul 6.56 pagi, anggota penguatkuasa telah menekan loceng, mengetuk pintu apartment tersebut sambil memberi salam lalu seorang lelaki tidak memakai baju memaklumkan bahawa rakannya tidak memberi keizinan untuk membuka pintu berkenaan.

Anggota penguatkuasa bagaimanapun memberi amaran akan memecahkan pintu sekiranya penghuni apartment gagal memberikan kerjasama.

Selepas beberapa minit berlalu, penghuni tersebut masih enggan memberikan kerjasama dan hanya membuka sedikit pintu utama serta memaklumkan tidak akan membukanya. Baca artikel ini sepenuhnya untuk fakta kes penuh. Sumber Mstar Online.

Pada pukul 7.10 pagi, pihak penguatkuasa mula memotong mangga besi pada pintu jeriji apartment tersebut.

Setelah berjaya memasukinya seorang lelaki berdiri berdekatan kerusi di meja makan.

Hasil pemeriksaan, lelaki tersebut dikenali sebagai Mohd Khairul Azizi Burnahudin iaitu tertuduh lelaki yang ketika itu memakai baju berwarna hitam dan berseluar panjang berwarna hitam.

Hasil pemeriksaan seterusnya mendapati terdapat seorang perempuan yang sedang berdiri dan bersembunyi di belakang almari bilik dengan memakai baju T berwarna putih bercorak bunga dan berseluar panjang berwarna kelabu tanpa memakai tudung.

Anggota penguatkuasa seterusnya mengarahkan perempuan itu keluar dari tempat persembunyian dan bergerak ke ruang tamu dan hasil siasatan perempuan tersebut dikenali sebagai Nur Azilah Seeron.

Pemeriksaan lanjut mendapati kedua-dua beragama Islam dan tiada hubungan mahram serta bukan suami isteri.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Read more ...

Filem Munafik ditayang di 30 pawagam Indonesia - Utusan Malaysia



JAKARTA 29 Sept. - Filem Munafik yang memenangi anugerah Filem Nasional Terbaik pada Festival Filem Malaysia Ke- 28 (FFM28) yang lalu, mencatat sejarah tersendiri apabila berjaya menembusi pasaran Indonesia.



Filem terbitan Skop Productions Sdn. Bhd., yang mendapat kutipan RM17 juta di Malaysia bakal ditayangkan di 30 buah pawagam di seluruh Indonesia bermula 5 Oktober ini. Ia diedarkan oleh syarikat produksi gergasi Indonesia, MD Pictures.



Pada tayangan perdananya malam tadi di Jakarta, Munafik mendapat respons yang cukup positif daripada penonton tempatan.



Sekitar 300 penonton yang hadir pada tayangan tersebut rata-ratanya memberi reaksi luar biasa ke atas Munafik yang genre ceritanya seiring dengan cita rasa mereka.



Turut hadir pada tayangan perdana tersebut ialah Pengerusi Finas, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib, pengarah dan pelakon Syamsul Yusof, Nabila Huda, A. Galak serta artis Indonesia seperti Randy Pangalila, Nikita Mirzani, Anggika Bolsterli

.

Menurut produsernya, Datuk Yusof Haslam, penayangan Munafik di negara tersebut ekoran permintaan daripada MD Pictures yang berminat dengan kandungan ceritanya yang Islamik bersesuaian dengan selera penonton Indonesia. 



Kemasukan Munafik ke Indonesia secara tidak langsung memenuhi permintaan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) yang mahu filem-filem tempatan dipasarkan ke luar negara. 



MD Pictures yang berminat menayangkan Munafik di Indonesia selepas melihat respons positif peminat negara tersebut menerusi media sosial.



Jadi, selepas melihat jalan cerita Munafik yang mempunyai nilai Islamik, mereka sangat berminat dan memutuskan untuk memasarkannya ke seluruh Indonesia. 



"Saya tak berani mahu menaruh harapan yang tinggi ke atas kutipannya di Indonesia, kita tunggu dan lihat sahajalah," kata Yusof yang turut berada di Jakarta bagi tayangan perdana filem Munafik semalam. 



Pelakon Randy Pangalila yang ditemui selepas tayangan perdana menyifatkan cerita itu cukup berbeza dan memberi impak seram yang luar biasa.



"Pada awal ceritanya, saya melihat Munafik tidak ada yang istimewa tetapi semakin ditonton, ia menjadi seram dan mempunyai unsur suspens yang mendebarkan. 



"Babak paling menakutkan bagi saya sewaktu Maria (lakonan Nabila huda) berada di hospital dan di bilik mayat. 

"Pengakhiran cerita ini juga sangat bagus kerana ia sesuatu yang bukan dalam jangkaan kita. Justeru saya sangat menggalakkan rakan-rakan dan peminat untuk menonton Munafik.



"Lakonan dan arahan Syamsul Yusof juga sangat bagus. Saya tidak pernah melihat lakonannya sebelum ini dan saya berharap akan dapat bekerjasama dengan dia satu hari nanti," kata Randy. UTUSAN ONLINE.

Read more ...

Selain Jumpa Song Ji Hyo, Apa Lagi Yang Korang Dapat di Pembukaan SHOOPEN

Selain Dapat Jumpa Song Ji Hyo, Apa Lagi Yang Korang Dapat di Pembukaan SHOOPEN. SHOPPED Malaysia's Grand Opening Specials

1 DAY ONLY – 1 Oct 2016First 500 customers receive HALF PRICE vouchers (applicable for normal priced items only)Early Bird : Additional RM88 cash voucher for first 100 customers.

Win a Trip to KoreaContest Period : 1-31 Oct 2016Winner Announcement : 3 Nov 2016Mechanic : Every RM200 spent entitles customer to one contest entry1 DAY SPECIAL : Triple your entry on Grand Opening ONLY. For eg. Every RM200 entitles customers to 3 contest entries.Winners : 2 winners + each bring 1 partner

Consolation PrizeLimited Edition SHOOPEN Giant Shoe Box

Spend & Win a pair of Meet N' Greet Passes PLUS an exclusive group photo with Song Ji HyoContest Period : 16-25 Sept 2016Winner Announcement : 27 Sept 2016Mechanic : Every RM200 spend entitled for one contest entryVIP Pass Winners : 5 winners + each bring 1 partner

Tier 2 : Spend & Win Song Ji Hyo's Meet N' Greet PassContest Period : 16-25 Sept 2016Winner Announcement : 27 Sept 2016Mechanic : Every RM200 spend entitled one contest entrySpecial Pass Winners : 50 winners (only allow to go into barricade area, nearer to stage)Link : https://www.facebook.com/shoopenmy/photos/a.1722629141286100.1073741828.1715746225307725/1793069057575441/?type=3&theater

Related

Komen via Facebook

Komen

— 75 Bacaan
Read more ...

Setiap Tahun, Penguin Ini Berjalan Terkedek-Kedek Ke Rumah Lelaki Yang Pernah Menyelamatkannya 4 Tahun Lalu

Brazil - Setiap tahun, Dindim - seekor penguin Magellanic - akan terkedek-kedek berjalan menuju ke belakang sebuah rumah di  Provetá Beach in Ilha Grande, Brazil.

Dan saintis percaya apa yang dilakukan oleh Dindim itu adalah kerana perasaan setia yang lahir apabila dia diselamatkan oleh seorang lelaki pada Mei 2011.

Jao Pereira de Souza - seorang tukang rumah yang sudah pencen - menyelamatkan Dindim ketika burung itu tidak dapat bergerak dan lemah disebabkan tersekat dalam tumpahan minyak di Rio de

Jao kemudian membawa Dindim pulang dan merawatnya sehingga pulih. Selepas beberapa hari, Jao melepaskan Dindim semula ke laut. Biarpun dibebaskan, Dindim kembali semula ke belakang rumah Jao setiap tahun.

Kisah Dindim dan penyelamatnya itu didokumentarikan oleh João Paulo Krajewski, seorang ahli biologi dan penyampai di Globo TV.

Menerusi satu emel kepada CNN, Krajewski berkata ketika penguin lain sibuk mengawan, Dindim pulang ke rumah penyelamatnya.

"Kami memang tidak tahu kemana Dindim pergi dan ianya satu misteri", kata Krajewski.

Namun pada Mac, saintis telah menanda Dindim untuk mengetahui pergerakannya.

"Buat kali pertama, kami ada bukti yang menunjukkan penguin yang pulang ke rumah en Jao adalah Dindim - kerana dia pulang dengan penanda yang sama.

"Ia tidur di kawasan belakang rumah En. Jao, yang bersambung dengan pantai. Dindim tahu kemana dia patut pergi apabila sampai di Ilha Grande, memandangkan selama empat tahun berturut-turut dia telah pergi ke kawasan yang sama iaitu belakang rumah En. Joe."

Menurut Krajewski, saat yang paling mengharukan yang sempat dia saksikan adalah bagaimana Dindim menyentuh muka Jao dengan lembut.

"Ini menunj ukkan betapa rapatnya hubungan antara mereka dan Dindim sangat selesa apabila berada dekat dengan En Jao.", kata Krajewski.

Kisah Joe dan Dindim pernah mendapat perhatian dunia sebelum ini, namun ramai yang sinis terhadap kisah itu sehingga ada yang mengatakan Joe memelihara Dindim dan penguin itu sebenarnya dikurung.

Namun, hasil pemerhatian terbaru dari saintis tentang pergerakan Dindim itu jelas menunjukkan penguin itu sebenarnya bebas dan tidak dikurung seperti yang didakwa.

Sementara itu, Joe menerusi temubual dengan GloboTV sebelum ini berkata dia sayangkan Dindim seperti anaknya sendiri.

"Saya sangat sayangkan penguin itu sama seperti anak saya sendiri dan saya percaya penguin itu juga sayangkan saya.

"Tak ada orang lain yang boleh pegang dia. Dia akan patuk orang lain jika mereka pegang. Dia akan tidur di atas paha saya, dan benarkan saya untuk memandi, memberi makan dan dukung dia", kata Joe.

Sumber : CNN

Read more ...

Rakyat tak kisah siapa PM, asalkan takut tuhan

Rakyat kini tidak kisah siapa yang akan menjadi perdana menteri yang seterusnya asalkan pemimpin itu tidak rasuah dan takutkan tuhan.

Perkara itu diluahkan oleh sebilangan warga kota dalam tinjauan Malaysiakini selepas parti BERSATU, menamakan Tan Sri Muhyiddin Yassin manakala PKR pula meletakkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri seandainya kerajaan baru ditubuhkan selepas pilihan raya umum ke-14 (PRU).

Suri rumah Yee Fong Heng tidak kisah siapa yang harus menjadi perdana menteri asalkan mereka tidak mementingkan diri sendiri serta berusaha memulihkan ekonomi negara yang menurutnya kian merudum.

"Saya tak kisah siapa yang menang asalkan takut tuhan, tidak ambil rasuah dan tak pentingkan diri sendiri.

"Sebagai pemimpin dia perlu pentingkan negara melebihi diri sendiri. Kita tak mahu pemimpin yang diberi kuasa tapi makan duit rakyat," kata wanita berusaia 52 tahun yang mendakwa negara "sudah macam hilang berkat".

Pekerja swasta Ruebendran Amarjitsingh pula berkata beliau sukar menamakan siapa calon yang benar-benar layak sehinggalah mereka memegang jawatan berkenaan.

Bagaimanapun, beliau mahukan pemimpin baru yang boleh mengubah ekonomi negara ke arah yang lebih baik berbanding sekarang.

"Saya tak nak menamakan siapa perdana menteri seterusnya tapi apa yang saya nak adalah ubah Malaysia kerana ekonomi kita jatuh teruk.

"Kita nak muka baru yang ubah negara. Di berita, kita baca berita setiap hari dan kuasa sosial media sangat besar. Kita tak kisah siapa (perdana menteri) asalkan boleh ubah negara ini.

"Semua orang ada pendapat peribadi sebab kita tak tahu siapa yang layak sehingga mereka dah ada jawatan," kata Amarjitsingh yang berusia 34 tahun itu.

Manakala pekerja swasta Ganneesh Ramaa pula berpandangan Anwar adalah individu yang paling layak mengisi jawatan perdana menteri.

Malah katanya, Anwar berupaya berbahasa Inggeris dengan baik sekaligus boleh meyakinkan negara luar mengenai polisi negara ini.

"Kita pilih Anwar kerana dia berupaya bercakap dalam bahasa Inggeris bagi meyakinkan dunia mengenai Malaysia. Saya tak mahu perkara yang sama jadi seperti (Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi) di United Nation berulang.

"(Seperti Muhyiddin) saya tak rasa dia ada kebolehan kerana dia sebelum ini menteri besar Johor dan Johor tidak ada peningkatan seperti di Selangor dan Penang di bawah pembangkang," katanya.

Menurutnya, jika Anwar tidak berupaya memimpin, rakyat boleh menukar kerajaan lain dalam PRU15.

Tukang baiki kasut, Kolis Zakir Mat pula berpendapat beliau yakin sekiranya diberikan peluang, Anwar boleh memerintah dengan baik berbanding kerajaan sedia ada.

Beliau berkata, rakyat kini terbeban dengan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan pelbagai kos lain.

"... beri peluang pada dia (Anwar) lima tahun, kalau kita rasa tak bagus, kita tukar lagi dalam PRU seterusnya.

"Seperti sekarang ini GST semua kita kena tanggung, jadi bagi rakyat rasa susah. Macam saya susah, anak lima orang, nak bayar sewa rumah lagi," kata lelaki berusia 48 tahun itu.

Sementara itu peniaga warung Asliza Omar berpendapat calon yang paling layak adalah Muhyiddin kerana menurutnya beliau tidak pernah dikaitkan dengan berita seperti rasuah.

Malah katanya keperibadian Muhyiddin yang 'bertutur dengan sopan' membuatkan bekas timbalan perdana menteri itu harus menjadi perdana menteri.

"Kalau saya, saya pilih Muhyiddin kerana dari dulu rekod dia bersih, tak ada cerita yang tak bagus mengenai dia. Dia juga sangat 'soft spoken' dan jarang membangkang dan berdebat ketika menjadi timbalan presiden dulu.

"Macam Anwar pula dia perjuangkan segala-galanya. Tapi kita rakyat jadi keliru nak sokong siapa. Pada mulanya kita sokong dia (Anwar) tapi lepas tu tak tahu siapa. Kita jadi celaru. Hati dah tak kuat dengan Umno dan Najib. Kita yang di bawah ikut sahajalah," kata wanita berusia 37 itu.

Semalam Naib Presiden PKR Rafizi Ramli berpendapat masih terlalu awal untuk menamakan calon perdana menteri seandainya BN hilang kuasa di peringkat persekutuan dalam pru14 ketika sokongan politik terhadap parti pembangkang, masih tidak menentu.

Katanya, bagi meyakinkan pengundi Melayu yang tidak sehaluan dengan Datuk Seri Najib Razak untuk menyokong pembangkang, Rafizi berkata perlu ada gencatan senjata di kalangan parti pembangkang untuk memastikan mereka kembali kepada peranan membela rakyat.

Kata Rafizi lagi walaupun rakyat menolak Umno, mereka juga tidak amat sangat menyokong mana-mana parti pembangkang tertentu.

Bagi Ketua Sekretariat Pakatan Harapan, Datuk Seri Saifuddin Abdullah turut mencadangkan pelantikan perdana menteri interim jika pembangkang menang pilihan raya umum akan datang.

Katanya pelantikan itu boleh dilakukan sementara menunggu pembebasan Anwar dari penjara. 

Read more ...

MH17 ditembak peluru berpandu dibawa dari Russia

NIEUWEGEIN, Belanda: Peluru yang digunakan untuk menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines MH17 di timur Ukraine dua tahun lalu, dibawa ke kawasan berkenaan dari Russia.
Read more ...

Wednesday, September 28, 2016

(10 FOTO) Saharul Ridzwan Dan Deena Emir Berbulan Madu Di Singapura Dan Indonesia

500 Internal Server Error

An internal server error has occured.

Proudly powered by LiteSpeed Web Server

Please be advised that LiteSpeed Technologies Inc. is not a web hosting company and, as such, has no control over content found on this site.

Read more ...

Malaysia pertimbang hantar lebih ramai pelajar ke Jerman - Kosmo!

Malaysia pertimbang hantar lebih ramai pelajar ke Jerman

28/09/2016 11:33am

Yuran pengajian percuma di Jerman salah satu faktor menghantar lebih ramai pelajar ke sana.

BERLIN - Malaysia mungkin mempertimbangkan untuk menghantar lebih ramai pelajar ke Jerman pada masa depan untuk melanjutkan pengajian.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pada masa ini terdapat 634 pelajar Malaysia yang berdaftar di Jerman.

"Saya mengambil kira yuran pengajian adalah percuma di Jerman dan satu-satunya halangan adalah bahasa tetapi jika anda dapat menguasai tahap bahasa Jerman yang tinggi, menghantar pelajar ke Jerman adalah tindakan positif untuk dipertimbangkan.

"Saya akan usulkan dan melihat kemungkinan untuk menghantar sebahagian pelajar ke Jerman pada masa depan," katanya pada majlis makan malam bersama warga Malaysia di Jerman anjuran Kedutaan Besar Malaysia di Berlin pada Selasa.

Beliau juga memuji pelajar Malaysia yang berjaya dalam bidang pengajian mereka di sini. - Bernama

Read more ...

Ada Sebab Angelina Jolie Blocked Panggila & Mesej dari Brad Pitt

Pelakon Angelina Jolie dilaporkan menyekat panggilan yang dibuat suaminya, Brad Pitt sejurus selepas dia memfailkan perceraian terhadap aktor itu minggu lalu.

Daily Mail melaporkan Angelina tidak mahu berhubung dengan Brad dalam apa cara sekali pun kerana kecewa dengan lelaki itu.

"Angelina bukan sahaja menyekat panggilan tetapi pesanan ringkas dan nombornya," kata sumber.

Sebelum ini Brad dilaporkan kecewa apabila Angelina memfailkan perceraian terhadapnya namun memberitahu agar diberi ruang privasi terutama kepada anak-anak mereka.

"Brad benar-benar terkejut dan tidak pernah menyangka Angelina akan bertindak seperti itu kerana langsung tidak diberi amaran untuk bersedia.

"Dia sangat kecewa dengan Angelina namun kekuatannya kini adalah anak-anaknya," kata sumber itu lagi.

Angelina memfailkan perceraian terhadap Brad pada 19 September lalu.

Mereka mempunyai enam anak bersama iaitu Maddox, 15, Pax, 12, Zahara, 11, Shiloh, 10, dan pasangan kembar Knox dan Vivienne yang kini berusia lapan tahun.

Sumber: Mstar Online

Related

Komen via Facebook

Komen

— 14 Bacaan
Read more ...

Sekolah Menengah di Britain ini Haramkan Kerja Rumah Supaya Guru Ada Masa Untuk Rancang Pembelajaran

Britain, 28 Sep - Seorang pengetua di sebuah sekolah menengah di Britain mengambil keputusan untuk mengharamkan kerja rumah supaya guru di sekolah berkenaan mempunyai lebih masa untuk merancang masa pembelajaran.

Polisi terbaru itu telah diperkenalkan kepada 1,650 pelajar di Sekolah Philip Morant dan Kolej di Colchester, Essex.

Pengetua sekolah berkenaan, Catherin Hutley berharap agar polisi baru itu membolehkan guru-guru memberi pelajaran yang lebih berinspirasi untuk anak-anak murid mereka dan tidak lagi perlu membuang masa menyediakan dan menanda kerja rumah.

Menurut Catherin lagi, guru-guru tidak mempunyai masa yang cukup untuk menyiapkan kerja mereka.

Disebabkan itu, dia mengambil keputusan untuk mengharamkan kerja rumah untuk membolehkan guru menyediakan rancangan pembelajaran yang lebih teratur.

Mirror.co.uk berkata, pihaknya percaya sekolah itu merupakan yang pertama mengharamkan kerja rumah tanpa menambah waktu belajar di negeri itu.

Biarpun begitu, ibu bapa kurang percaya dengan polis terbaru Catherin itu seterusnya menimbulkan pelbagai reaksi dari ibu bapa.

"Jika polisi ini akan memberi kesan negatif kepada proses pembelajaran pelajar, kami akan lakukan sesuatu, tapi saya percaya tiada kesan negatif yang akan berlaku", kata Catherin.

Sumber : Mirror

Read more ...

Tiada lagi Pikacu di Taman Jaya

Tasik Taman Jaya di Petaling Jaya adalah lokasi tumpuan pemain Pokemon Go, semuanya kerana Pikachu dikatakan kerap muncul di situ.

Bagaimanapun, raksasa berwarna kuning seakan tikus yang juga merupakan ikon permainan Pokemon GO itu kini tidak lagi muncul disitu kerana sudah berpindah ke KLCC.

Isnin lalu, iaitu hari terakhir Pikachu berada di situ, kira-kira 100 orang berkumpul sekitar jam 6 petang dan jumlah mereka meningkat dua kali ganda sehingga tengah malam.

Namun, mengikut tinjauan Malaysiakini di situ meskipun pada hari terakhir ramai orang dari pelbagai peringkat umur dan lapisan masyarakat tidak melepaskan peluang untuk menangkap Pikachu

Watak Pikachu ini menjadi kegilaan pemain apabila ia merupakan antara raksasa comel yang paling sukar dijumpai dalam permainan tersebut.

Lebih menarik apabila terdapat seorang wanita warga emas Ho yon Tai berusia 75 tahun turut serta dalam misi menangkap Pikachu bersama cucunya.

Menurut anak perempuan wanita itu Chai Len Sai, ibunya mula bermain permainan itu sejak hari pertama Pokemon Go diperkenalkan.

"Sebelum ini ibu duduk di kampung di Kampar, di sana kurang sikit Pokemon, jadi bawa dia di Kuala Lumpur dan kami akan pergi tangkap pokemon sama-sama.

"Permainan ini dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan sebab kami dapat berbual mengenai pokemon, ibu dan cucu juga jadi rapat sebab kongsi minat yang sama," kata wanita berusia 31 tahun itu.

Dalam kemeriahan peminat Pikachu berjalan ke sana kemari bagi memburu raksasa itu, pandangan kami tertumpu pada seorang lelaki yang sedang leka bermain Pokemon Go.

Mohd Hafiz Ismail 31 berkata sanggup membelanjakan RM500 bagi membeli 'coint' dari aplikasi permainan itu dan telah mengumpul 160 ekor Pikachu hanya di Taman Jaya.

Malah katanya, minatnya terhadap Pikachu tidak hanya tertumpu kepada permainan itu apabila beliau turut membeli pakaian kostum Pikachu serta membawa patung Pikachu keluar setiap hari.

"Saya main sejak 8 Ogos lagi. Memang ini permainan masa lapang saya. Pada 16 September saya dari pagi sampai tengah malam saya di sini dan saya dapat 60 ekor Pikachu. Kerana dia (Pikachu) keluar sekali kembar.

"Sebelum ini saya minat Hello Kitty dan sekarang ini saya minat Pikachu pula sebab dia comel, dahlah kuning, comel

"Saya memang minat sampai membeli pakaian cosplay Pikachu yang bernilai RM120. Dan saya memenangi patung Pikachu dari pertandingan peragaan yang saya akan bawa kemana-mana setiap hari," katanya sambil menunjukkan patung itu.

Bagi peniaga air yang mahu dikenali sebagai Arif berkata sejak permainan ini diperkenalkan, jualannya makin meningkat sehingga mencecah RM100 sehari.

Katanya, sepanjang beliau berada di Taman Jaya, terdapat pemburu Pokemon yang sanggup duduk di situ sehingga jam 4 pagi.

"Setiap petang saya jual air, tapi sejak Pokemon diperkenalkan, jualan air saya makin laku kerana ramai yang datang, sehari cecah RM100.

"Ada yang duduk di sini dari petang sampai jam 4 pagi kerana mengikut pengamatan saya Pikachu akan muncul lebih banyak antara jam 1 hingga 4 pagi," katanya yang turut bermain Pokemon.

Namun hari ini di media sosial rata-rata peminat Pikachu mengatakan bahawa raksasa itu tidak lagi muncul di situ sebaliknya sudah berpindah ke lokasi lain iaitu KLCC. 

Read more ...

Pelajar Malaysia di Paris hilang sejak Jumaat

SUNGAI PETANI: Seorang pelajar Malaysia di Institute University of Technologi (IUT) Roanne di Paris, dikhuatiri hilang selepas tidak pulang ke rumahnya di ibu negara Perancis itu sejak Jumaat lalu.
Read more ...

Tuesday, September 27, 2016

Selesa, Cantik & Berkualiti Sungguh Set Telekung Dari Butik AinonKaman Ini

Ingat lagi tak lawatan Abang Nara ke Zabeeh Services Sdn Bhd untuk membuat tempahan korban sempena Hari Raya Aidiladha yang lalu? Sebenarnya, selepas selesai segala urusan di Zabeeh, Abang Nara telah singgah sebentar ke butik AinonKaman yang terletak berdekatan situ. Bukan apa, Abang Nara tertarik melihat telekung-telekung yang dipamerkan di situ.Terus Abang Nara masuk dan tengok kot-kot ada yang boleh dibeli untuk wife tercinta.

telekung ainonkaman

dan memang Abang Nara beli satu telekung untuk wife tercinta

Jalan-jalan selama 5 minit di dalam butik AinonKaman, terus Abang Nara beli set mini telekung Sayyidah untuk isteri tercinta. Kainnya berkualiti tinggi, mudah untuk dibawa ke mana-mana, selesa dan cantik sungguh. Memang sesuai untuk dijadikan hadiah buat isteri, awek, ibu, nenek dan adik beradik. Mesti mereka akan gembira sangat-sangat.

set mini telekung

Jom kita tengok apa yang akan anda dapat kalau beli set mini telekung Sayyidah dari butik AinonKaman ini.

set mini telekung

Wife Abang Nara dah pakai dan memang sangat berpuas hati dengan kualiti set mini telekung Sayyidah ini. Selesa dibawa sembahyang katanya. Tak panas. Lagi best sebab senang nak bawa ke mana-mana. Letak dalam handbag je. Testimonial daripada customer-customer lain pun semua sangat gembira dan bagi thumbs up.

set mini telekung

Kalau anda memang jenis suka pergi travel, ada set telekung travel khas untuk anda dari butik AinonKaman. Yang ini siap ada beg special untuk dimasukkan telekung tersebut. Jadi confirm tak tertinggal atau terlupa bila pergi travel. Letak je dalam beg khas yang diberi percuma apabila anda membelinya.

set mini telekung

Sama seperti telekung mini Sayyidah, telekung travel dari butik AinonKaman ini juga berkualiti, cantik dan sangat kemas rekaannya. Memang pilihan nombor 1 mereka yang suka pergi berjalan-jalan. Seang nak dibawa ke mana-mana.

set mini telekung

set mini telekung

Jom kita tengok dulu video telekung AinonKaman dibawah.

Jadi tunggu apa lagi? Hadiahkan set telekung dari butik AinonKaman ini untuk si dia yang istimewa dan gembirakan hati mereka sekarang. Banyak lagi jenis telekung yang ditawarkan yang boleh anda lihat di Facebook Butik AinonKaman. Insya Allah kualitinya amat berbaloi-baloi dengan harga yang ditawarkan. Tak menyesal punya. Kalau yang nak singgah ke butik mereka, bolehlah ke Batu Caves Centerpoint. Untuk maklumbalas yang lebih pantas anda boleh Whatsapp nombor ini 012-6731441 013-2401442.

Selamat membeli!

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Read more ...

Lelaki hilang ketika memancing di Perairan Dogoton dijumpai lemas - Kosmo!

Lelaki hilang ketika memancing di Perairan Dogoton dijumpai lemas

27/09/2016 12:02pm

KUDAT - Seorang lelaki yang dilaporkan hilang ketika keluar memancing di Perairan Dogoton, Pulau Banggi, di sini, Sabtu lepas, dijumpai mati lemas selepas bot dinaikinya dipercayai karam akibat cuaca buruk, semalam.

Mangsa, Abrasin Marsuli, 79, ditemukan terdampar di kawasan pantai Iskandar Utara, Pulau Banggi, oleh penduduk kampung kira-kira pukul 9.30 pagi pada hari kedua operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan.

Pengarah Maritim Wilayah Sabah dan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd. Zubil Mat Som dalam kenyataan hari ini berkata, mangsa dikatakan keluar memancing ikan seorang diri di perairan Dogoton pada pagi 24 September lalu dan dilaporkan hilang selepas tidak pulang ke rumah.

Katanya, Pusat Operasi Maritim Daerah Kudat menerima maklumat kejadian itu dari Balai Polis Karakit pada Ahad lepas dan beliau kemudian mengarahkan aset dari Pejabat Maritim Kudat (DM16) untuk ke lokasi kejadian.

"Operasi SAR ini melibatkan sebuah helikopter dan dua bot laju Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kudat, dua bot Pasukan Polis Marin (PPM) Kudat, sebuah kapal Tentera Laut Diraja Malaysia dan beberapa bot dari penduduk kampung," katanya.

Mohd. Zubil berkata, pihaknya sentiasa bersedia dalam memberikan bantuan kecemasan atau bencana serta meminta semua masyarakat melaporkan kepada APMM jika berhadapan dengan sebarang masalah di laut dan menghubungi MERS 999. - Bernama

Read more ...

Siti Sarah Akui Buat Rawatan Gigi

Penyanyi, Siti Sarah Raisuddin, 32, mengaku usia antara faktor membuatkannya nekad menjalani rawatan mencantikkan giginya yang renggang, baru-baru ini. Sarah yang popular dengan lagu Kesetiaan berkata, bukan saja pada bahagian depan, malah giginya juga renggang pada bahagian kiri dan kanan.

Perubahan pada senyuman Sarah, seperti yang ditunjukkan di laman sosialnya mendapat perhatian ramai sehingga tidak kurang pengikutnya yang memuji gigi wanita itu yang kini kelihatan tersusun cantik. "Mungkin faktor usia juga yang membuatkan saya nekad dengan keputusan memperbetulkan gigi jarang saya.

Apabila usia meningkat, gigi saya sebenarnya renggang juga pada bahagian kiri dan kanan.

"Orang ramai selalu nampak gigi jarang saya di bahagian depan. Hakikatnya, di dua bahagian lain ia turut mengalami masalah sama. Kadang-kadang apabila menonton rakaman diri saya di TV, gigi kelihatan seperti rongak dan patah.

"Dalam hati, saya bertanya sendiri kenapa jadi begitu? Malah, saya juga berdepan kesukaran ketika makan. Makanan yang dijamah selalu tersangkut di celah gigi dan ia membuatkan saya jadi tak selesa," katanya ketika dihubungi BH Online.

Diusik dengan pertanyaan mengapa beliau sanggup kehilangan gigi unik seperti dimiliki sesetengah model terkemuka, Sarah berkata, dirinya bukanlah seorang peragawati, sebaliknya hanya penyanyi yang turut bergelar isteri dan ibu.

Selama menjadi penyanyi juga, isteri Shuib Sepahtu dan ibu kepada tiga anak itu sebenarnya berdepan masalah kecil ketika menyanyi kerana memiliki gigi jarang.

"Saya ubah gigi ini kerana mempertimbangkan banyak perkara. Ketika menyanyi, faktor pernafasan adalah amat penting. Namun, dengan gigi jarang saya sebelum ini, kawalan pernafasan saya kena lebih kuat," katanya.

Menyentuh perkembangan kerjaya seni, Sarah memberitahu beliau sepatutnya muncul dengan single terbaharu sejak bulan lalu. Begitupun, pelancarannya terpaksa ditunda atas beberapa sebab tertentu. "Lagu berentak balada ini dicipta oleh kawan saya sendiri. Kali terakhir saya muncul bersama lagu baharu adalah menerusi Cinta Itu Nyawa, berduet dengan suami.

Bagaimanapun, ia bagaikan berlalu sepi. "Jadi diharapkan single terbaharu itu nanti dapat mengubat kerinduan peminat yang sering bertanya mengenai lagu terkini daripada saya," katanya yang sudah enam tahun mendirikan rumah tangga dengan pelawak terbabit.

Sumber: Berita Harian

Related

Komen via Facebook

Komen

Read more ...

Arab Saudi Potong Gaji Menteri 20 Peratus, Kurangkan Bonus Pekerja Sektor Awam

Arab Saudi, 27 Sep - Kerajaan Arab Saudi akan memotong 20 peratus gaji menteri-menterinya dan menyusun semula imbuhan kewangan untuk kakitangan sektor awam yang terdiri dari 2/3 pekerja di negara itu.

"Kabinet telah bersetuju untuk memberhentikan dan membantalkan beberapa bonus dan imbuhan kewangan", kata seorang menteri.

Menurut Metro.us, bonus bekerja lebih masa telah dikurangkan kepada suku hingga separuh daripada gaji asas, manakala cuti tahunan mungkin akan dikurangkan supaya tidak melebihi 30 hari.

Selain itu, elaun perumahan dan kereta untuk ahli-ahli majlis Shura juga dipotong sebanyak 15 peratus.

Kerajaan Saudi bertindak sedemikian selepas harga minyak jatuh teruk seterusnya memaksa negara kaya di Teluk Arab untuk mengeurangkan perbelanjaan selepas mencatat defisit bajet AS$100 billion (RM400 billin) pada tahun lalu.

Sumber : BH OnlineMetro.usGulf-time

Read more ...

NGO Cina Islam pertahan muaalaf, dakwa zakat susah dapat

Sindiket perguna mualaf untuk menipu wang zakat?

Benar atau tidak, yang nyata, sesetengah persatuan yang berurusan langsung dengan asnaf ini menjelaskan mereka tidak tahu menahu.

Bagaimanapun, yang pasti, kata mereka, bantuan itu sukar diperoleh dan tidak seberapa.

Bagaimanapun, Pengerusi Persatuan Cina Islam Malaysia Melaka Lim Jooi Soon berkata jika perkara itu benar-benar berlaku, Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) perlu membuktikannya.

"Saya tak pernah jumpa kes macam ni. Biasanya mualaf minta bantuan baitulmal sudahlah susah. Lepas itu bila dah dapat, (berapa) dapat sangat.

"Tugas mereka, bila mualaf mohon, dia patut berikan kerana wang zakat itu memang untuk asnaf itu. Jadi apa yang mereka buat (dengan wang itu) adalah urusan dia dengan Allah.

"Ada tak orang minta bantuan dan akhirnya beri pada orang lain? Bila awak sendiri susah, awak willing tak beri pada orang lain ke?

"Kadang-kadang memang ada orang ajar dia (mualaf) cara mohon bantuan tapi (baitulmal) tuduh ada fakta? Dan kalau betul, tunjuk dan ambil tindakan," katanya kepada Malaysiakini.

Kelmarin, Timbalan Pengurus Baitulmal Maiwp, Ahmad Tarmizi Yahya mendakwa wujud sindiket mempergunakan golongan mualaf di negara ini bagi mendapatkan bantuan kewangan.

Ahmad Tarmizi berkata perkara tersebut perlu didedahkan selepas banyak yang mempersoalkan kesukaran golongan itu mendapatkan bantuan daripada agensi di bawah majlis agama Islam.

Read more ...

Monday, September 26, 2016

Keselamatan Keluarga Lebih Terjamin Dengan Applikasi Digi Family Safety

Semenjak dua menjak ini, kalau baca suratkhabar, mesti ada kisah culik, anak hilang, kena samun dan macam-macam lagilah. Takut sungguh membacanya. Abang Nara sendiri pernah dirompak dengan parang beberapa tahun lalu. Sejak kejadian tersebut, Abang Nara lebih berhati-hati dan aware dengan keadaan sekeliling. Bagi Abang Nara, keselamatan keluarga adalah perkara nombor 1 di dalam hidup ini.

digi family safety app

permata hati dan pengarang jantung ini

Namun kesibukan kerja tidak membolehkan Abang Nara memantau anak-anak dan isteri selama 24 jam. Untuk makluman, wife Abang Nara kadang-kadang akan menghantar anak ke sekolah sementara Abang Nara duduk di rumah melakukan kerja. Abang Nara akan sentiasa pesan kepada isteri untuk telefon setiap kali sampai ke sekolah anak-anak. Iyerlah, nak kena check selamat sampai ke, ada masalah di tengah jalan ke, kereta breakdown ke dan sebagainya. Namun biasalah, kadangkala isteri terlupa nak telefon, kadangkala Abang Nara tak pick up phone dan macam-macam lagi. Bila tak dapat tahu status mereka, risau dan gusar hati ini dibuatnya.

family

tak boleh bayang kalau jadi apa-apa kat budak 2 orang nie

Bukan sahaja ke sekolah, Abang Nara juga akan pastikan sentiasa tahu kedudukan terkini isteri dan anak-anak setiap masa. Kadangkala diorang pergi shopping, pergi taman mainan, pergi kedai beli toys tanpa Abang Nara. So everytime memang kena update dengan cara telefon, SMS ataupun Whatsapp. Terbaru, Abang Nara kini menggunakan applikasi Digi Family Safety untuk memudahkan pemantauan. Terbaik sangat applikasi nie. Menyesal lambat tahu.

family 3

Abang Nara dah guna applikasi Digi Family Safety ini selama seminggu. Pergh. Memang power beb. Tak perlu telefon, SMS, atau Whatsapp untuk tahu kedudukan isteri dan anak-anak Abang Nara. Just bukak applikasi ini, tekan satu butang, dan Abang Nara akan terus dapat notification. Senang sangat-sangat. Meh sini Abang Nara kongsikan dengan lebih details tentang ciri-ciri awesome applikasi Digi Family Safety ini.

1.Boleh tahu kedudukan keluarga tercinta secara real timefamily 3

Ini yang paling best dan paling penting bagi Abang Nara. Bila kita dah sampai ke tempat yang ditujui, cuma perlu buka applikasi ini, dan tekan butang "Family Alert". Contoh wife Abang Nara dah sampai ke sekolah anak-anak. Wife Abang Nara cuma perlu bukak applikasi ini, tekan butang "Family Alert" dan handphone Abang Nara akan dapat notification yang memaklumkan kedudukan terkini wife tercinta secara real time. Senang sangat-sangat kan?

2.Kawal panggilan telefon

family 3

Ini pun bagus jugak terutama untuk mereka yang popular dan sering mendapat panggilan telefon daripada orang asing. Dengan applikasi Digi Family Safety ini, kita boleh control siapa yang telefon kita. Ada dapat gangguan daripada orang tak dikenali? Block je nombor tue. Nak family je boleh telefon? Letak mereka dalam senarai "safelist" kita. Barulah lega jiwa raga tak kena kacau kan?

3.Hadkan penggunaan telefon untuk anak-anak

family 3

Anak-anak dan gadjet memang tak dapat dipisahkan sekarang ini. Kita tak boleh halang mereka 100%. Namun kita boleh hadkan penggunaan. Dengan Digi Family Safety ini, kita boleh control applikasi yang anak-anak boleh guna dan juga jumlah data yang dibenarkan. So tak adalah diorang tengok YouTube sampai 3,4 jam. Senang untuk kita pantau aktiviti dan penggunaan anak-anak. Zaman sekarang ini kan macam-macam isi kandungan dalam Internet. Kena cegah sebelum parah.

4.Wujudkan "safety area" untuk family kita

family 3

Ini antara fungsi yang best dan selalu Abang Nara guna. Contohnya Abang Nara akan letak lokasi rumah dan sekolah anak-anak sebagai "safety area". Jadi bila Abang Nara dan wife keluar dan sampai rumah dan sekolah, secara automatik notification akan sampai. So kita akan sentiasa tahu pergerakan orang tercinta. Tak perlu nak call, nak Whatsapp, nak SMS dan sebagainya. Everything is automatic through this app. Amboi sampai speaking la sebab kagum sangat.

Setakat seminggu ini memang Abang Nara berpuas hati menggunakan applikasi Digi Family Safety ini. So far so good terutama bab mengetahui kedudukan keluarga tercinta secara real time. Itu memang priority Abang Nara. Lain orang lain lah kegunannya kan? Anda pula bagaimana? Muat turun applikasi Digi Family Safety ini di Google Play Store ataupun Apple Store untuk menjamin keselamatan keluarga anda. Untuk makluman lanjut, boleh layari digi.my/familysafety. Selamat mencuba!!!

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Read more ...

UTM penganjur go-kart maut... - AgendaDaily

Terakhir dikemaskini: 26 September 2016 By WARTAWAN AGENDADAILY

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) merupakan penganjur kepada acara sukan go-kart Perlumbaan Automatif dan Inovasi Pendidikan (EIMARace) 2016 yang menyebabkan kematian dua penonton kerana kelemahan aspek keselamatan sepanjang perlumbaan.

Pengarah program berkenaan Prof Madya Dr Aminudin Abu dari UTM memberi alasan dua beranak yang terkorban berada di 'line race' iaitu kawasan larangan penonton kerana terlalu hampir dengan kawasan litar.

Program Perlumbaan Automatif dan Inovasi Pendidikan (EIMARace) 2016 Pengarah program berkenaan Prof Madya Dr Aminudin Abu dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mengakui kawasan perlumbaan itu hanya dipagari dengan menggunakan pengadang plastik dan dikawal 25 anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela). "Kami menandakan 'line race' yang tidak seharusnya dimasuki penonton mengambil kira faktor keselamatan. Bagaimanapun keadaan agak kelam kabut kerana ramai yang memasuki line race ini menyebabkan anggota Rela tidak dapat mengawal keadaan,"katanya.

Beliau bagaimanapun mengakui  kawasan perlumbaan itu hanya dipagari dengan menggunakan pengadang plastik dan dikawal 25 anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela). Kekurangan anggota kawalan keselamatan menyebabkan Izwan Isa, 39, bersama isteri Siti Suhaiza Seman, 38, dan 2 anak mereka Muhammad Izz Danial, 7, dan Nur Zulaikha, 4, serta beberapa penonton lain mengambil kesempatan untuk berada terlalu dekat dengan litar untuk menyaksikan perlumbaan. Tinjauan di lokasi kejadian mendapati pihak penganjur juga hanya menggunakan pengadang plastik untuk memisahkan litar dengan penonton sekali gus mendedahkan mereka kepada bahaya. Ujar Aminuddin, program berkenaan ialah program kesembilan perlumbaan itu dan kali kedua di negeri ini, yang merupakan platform kepada mahasiswa institusi pengajian tinggi mempraktikkan ilmu dan inovasi dalam mereka bentuk serta menguji kenderaan bermotor ciptaan masing-masing. "Sebelum ini tidak pernah berlaku kejadian tidak diingini. Bagaimanapun kami ak an mengambil iktibar daripada kejadian ini dan akan meningkatkan aspek keselamatan dalam penganjuran program ini pada masa depan," katanya. Aminudin berkata antara penambahbaikan yang akan dilakukan adalah tidak lagi menganjurkan perlumbaan di litar terbuka yang boleh dimasuki orang awam. Di Johor Baru, Naib Canselor UTM Profesor Datuk Dr Wahid Omar berkata selaku penganjur, mereka turut bersedih dan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa, sambil menyerahkan hal itu untuk disiasat polis. Katanya, sejak awal pertandingan, segala aspek teknikal, keselamatan, pemilihan gelanggang dan usaha mendapatkan kelulusan dari Motorsports Association of Malaysia (MAM) – badan yang menguruskan sukan permotoran di Malaysia, dikendalikan UTM. Malah, mereka juga mengambil langkah keselamatan perlu termasuk meletakkan pengadang air (water barrier), pita keselamatan dan anggota keselamatan di litar perlumbaan bagi mengelakkan kemalangan melibatkan penonton. "Ini selaras dengan saranan MAM dan perlumbaan di litar terbuka di Indera Mahkota (Pahang) itu diperakukan selamat untuk perlumbaan disertai 51 pasukan dari institusi pengajian tinggi awam dan swasta," katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, jenazah dua beranak yang maut akibat dirempuh kenderaan go-kart selamat dikebumikan malam tadi (gambar). Jenazah Izwan Isa, 39, dan anaknya Nur Zulaikha, 5, dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Jalan Bukit Ubi, pada pukul 11.10 malam. Hampir 200 anggota keluarga dan kenalan hadir sewaktu majlis pengkebumian bagi memberikan penghormatan terakhir. Terdahulu, jenazah kedua-dua beranak itu dikafan dan disembahyangkan di Masjid Tengku Ampuan Afzan Indera Mahkota, pada pukul 10 malam, selepas selesai proses bedah siasat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA). Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob adalah antara 600 jemaah yang menyertai solat jenazah itu. Isteri Izwan, Siti Suhaiza Seman, 38, dan anak sulung mereka Muhammad Izz Danial, 7, cedera dan dirawat di HTAA dan setakat petang semalam, hanya Siti Suhaiza, guru di Sekolah Kebangsaan Indera Mahkota, dibenarkan pulang ke rumah. Bagaimanapun, kelibat beliau tidak kelihatan semasa uru san pengebumian.-26/9/2016

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Read more ...

Lagu Taylor Swift Untuk Tom Hiddleston Bocor Di Internet

Selepas dilaporkan putus cinta dengan pelakon Tom Hiddleston, Taylor Swift memberi petanda bakal menghasilkan sebuah lagu baharu.

Penyanyi dan komposer yang sering keluar dengan lagu-lagu baharu selepas putus cinta ini dikatakan sudah mempunyai lagu istimewa menceritakan tentang cintanya dengan aktor itu.

Lagu tersebut juga dikatakan sudah tersebar di laman sosial.

Video nyanyian seorang wanita yang sama dengan suara Taylor itu dimuat naik oleh seorang rakannya Kelsea Ballerini menerusi akaun peribadi wanita itu.

"GUYS #TS6 IS COMING," tulis Kelly.

Video tersebut turut kelihatan seorang lelaki berada di hadapan komputer dan samar-samar terdengar suara Taylor.

Sumber: Mstar Online

Related

Komen via Facebook

Komen

— 104 Bacaan
Read more ...

Hanya Kerana Panggil Perkataan 'Awak' Kepada Bakal Pelanggan, Guru Dimarahi Dan Diherdik

Berniaga samada secara atas talian atau langsung, sudah pasti kita akan berjumpa dengan pelbagai karenha pelanggan, kadang kala tidak masuk akal atau bermacam-macam lagi.

Ada pelanggan yang serius untuk membeli dan ada juga pelanggan yang sekadar bertanya-tanya untuk mencari harga terbaik ditawarkan, jadi sebagai seorang peniaga perlulah sabar melayan karenah mereka ini.

Namun, perlu ketahui dan berhati-hati, hati orang kita tidak tahu, ada segelintir semata-mata ingin menjatuhkan dengan pelbagai cara sehingga perkara kecil diperbesarkan atau hanya cuba mencari kesalahan kita.

Perkara ini berlaku kepada seorang guru matematik bernama Suhaila apabila hanya kerana memanggil 'awak' kepada bakal pelanggan yang tidak diketahui latar belakangnya, dia telah dimarahi dan diherdik oleh pelanggannya itu.

Jom kita baca perbualan mereka seperti telah dimuatnaik oleh guru berkenaan.

Boleh tahan juga bahasa pelanggan ini, hanya kerana panggil awak tidak dipanggil 'sis', 'dear' atau 'yunk', macam-macam perangai orang ni kan, siap herdik guru tak payah bisnes. - Siakapkeli.my
Read more ...

Warga Singapura dipercayai dalang sindiket gelaran 'Datuk'

Polis menahan seorang lelaki warga Singapura yang dipercayai menjadi dalang sindiket penipuan mendapatkan gelaran 'Datuk' di Macap Baru, Durian Tunggal di Melaka, semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata lelaki berumur 68 tahun itu ditahan dalam serbuan oleh sepasukan polis pada kira-kira pukul 10 malam.

Beliau berkata dengan penahanan lelaki itu menjadikan jumlah keseluruhan suspek ditahan berhubung kes itu kini seramai sembilan orang.

"Suspek itu dipercayai mengenali mangsa (peguam) dan telah direman empat hari bermula hari ini," katanya ketika dihubungi Bernama di Kuala Lumpur, malam ini.

Semalam, Bernama melaporkan seramai lapan individu terdiri daripada empat lelaki dan empat wanita berumur lingkungan 30 sehingga 40 tahun ditahan berhubung kes itu.

Polis menerima laporan daripada seorang peguam lelaki berusia 63 tahun yang mendakwa telah diperdaya supaya membayar RM604,000 untuk didermakan kepada sebuah yayasan sebagai syarat untuk pengadu mendapatkan gelaran Datuk.

Mengulas mengenai tangkapan lapan suspek yang ditahan di sekitar Kelantan, Perak dan ibu negara pada Khamis lepas, Acryl Sani berkata mereka terdiri daripada pembantu peribadi, peniaga, pekerja hotel, suri rumah, pengawal keselamatan kelab malam, broker dan ejen insurans.

"Kesemua yang ditahan dijangka dituduh di Kuching, Sarawak esok," katanya.

Katanya, setakat ini polis masih memburu seorang lagi suspek yang masih bebas.-Bernama

Read more ...

Sunday, September 25, 2016

Kehidupan Sebagai Ibu Tunggal Bukan Satu Bebanan – Fasha Sandha

Sudah sembilan bulan pelakon Fasha Sandha bercerai dan memikul tanggungjawab sebagai seorang ibu tunggal kepada dua orang anaknya iaitu Putra Rayfal Ramli dan Putri Raysha Jemaima.

Ramai sebenarnya yang bersimpati dengan nasib Fasha terutama sekali peminat tegar beliau. Namun, buat Fasha kehidupan sebagai seorang ibu tunggal bukanlah satu bebanan buat dirinya dan ia tidaklah terlalu berat seperti yang dianggap oleh masyarakat.

Sebenarnya dugaan sebagai seorang ibu tunggal tidak seperti yang orang lain fikirkan kerana jika kita berpegang kepada ajaran agama dan yakin semua yang berlaku ada hikmah, Insya-Allah akan rasa tenang. Apa yang paling penting kena teruskan kehidupan dan sentiasa positif.

Menurut Fasha, anak-anaknya adalah penguat semangat beliau untuk terus kekal tabah. Apa yang membuatkan beliau terharu ialah anak-anaknya begitu rapat antara satu sama lain meskipun mereka masih lagi kecil.

Saya perlu kuat kerana jika saya lemah mungkin saya senang ditindas tetapi Alhamdulillah Allah berikan saya dua kekuatan iaitu anak-anak saya.

Terharu juga saya kerana mereka disayangi oleh ramai orang malah mereka rapat dan manja dengan bekas suami walaupun kami tidak lagi bersama.

Pada masa yang sama, Fasha memberitahu beliau sudah bersedia untuk membuka pintu hatinya untuk bertemu dengan orang lain. Walaubagaimanapun, beliau tidak mahu terburu-buru mencari pengganti dan mahukan sebarang perasaan cinta dan jodoh datang secara semulajadi.

Macam mana sedih pun Fasha dengan penceraian lalu, ia tidak bermakna beliau harus terus berduka bukan? InshaAllah, mungkin pada masa hadapan Fasha akan bertemu dengan lelaki yang benar-benar dapat menjaga dan menyayangi anak-anaknya dengan baik dan berharap hubungan itu akan berkekalan sehingga akhir hayat.

Sumber Berita : mStar Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Read more ...

Husam: Saman di AS perlu diubah suai - Malaysiakini (caruman) (subscription)

Datuk Husam Musa berkata dakwaan bahawa saman yang dikemukakannya bersama Matthias Chang untuk membawa pulang aset serta wang diselewengkan dari dana 1MDB ditolak adalah tidak benar.

Kata bekas exco kanan Kelantan itu apa yang berlaku adalah penarikan balik saman berkenaan secara sukarela dan ia boleh dikemukakan semula pada masa depan.

"Kami perlu menyesuaikan saman ini dengan perkembangan-perkembangan (terbaru) ini, tanpa melupuskan usaha kami untuk membawa pulang harta dan wang yang diselewengkan dari 1MDB.

"Usaha ini sepatutnya dilakukan oleh kerajaan Malaysia sebagai pihak yang diamanahkan memelihara kepentingan negara ini.

"Malangnya, kerajaan tidak berbuat demikian. Seakan mereka bergembira wang negara hilang dan berharap kes penyelewengan wang negara ditutup begitu saja," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Malaysiakini melaporkan saman difailkan Husam serta Chang - bekas setiausaha politik Tun Dr Mahathir Mohamad - pada Ogos lalu digugurkan dari mahkamah di AS.

Saman itu difailkan peguam mereka pada 11 Ogos.

Berikut adalah kenyataan penuh Husam berhubung isu berkenaan.

PENJELASAN PENARIKAN BALIK SAMAN SECARA SUKARELA*

Respon segera Datuk Seri Salleh Said Keruak, Menteri Komunikasi dan Multimedia memeranjatkan saya.

Ia menunjukkan saman kami untuk membawa pulang aset dan wang yang diselewengkan dari 1MDB meninggalkan kesan ke atas kerajaan.

Namun begitu, kenyataan bahawa saman kami ditolak adalah tidak tepat.

Apa yang berlaku adalah penarikan balik secara sukarela atau VOLUNTARY DISMISSAL di bawah Rule 41(a)(1)(A)(i) of the Federal Rules of Civil Procedure, Amerika Syarikat, tanpa prejudis.

Ini bermakna kami dibenarkan untuk memfailkan semula kes ini.

Antara lain kerana perkembangan terbaru berkait kes DOJ (Jabatan Kehakiman AS) termasuk Red Granite telah bersetuju memasukkan permohonan bersama DOJ untuk mengehadkan pembekuan akaun dan pendapatan syarikat itu kepada filem The Wolf of The Wall Street dan Friends With Kids sahaja.

Akaun keseluruhan Red Granite dan pendapatan Red Granite daripada filem lain adalah dilepaskan.

Friends With Kids pertama kali diketahui ada kaitan dengan wang berasal dari 1MDB seperti kenyataan dalam permohonan bersama itu.

Permohonan bersama ini menunjukkan Red Granite, untuk satu tahap tertentu mengakui dua filem ini ada sebab untuk dinamakan oleh DOJ dalam saman mereka.

Hakim Mahkamah Central District of California, Western Division pada 16 Ogos 2016, telah memberikan perintah seperti permohonan bersama itu.

Antaranya, hanya akaun dan pendapatan dari kedua filem itu yang dimasukkan ke akaun khas sementara menunggu keputusan perbicaraan penuh.

Oleh itu, kenyataan Red Granite bahawa saman kami adalah fractious adalah tertolak.

Jika tidak, mengapa Red Granite memasukkan permohonan bersama dengan DOJ selepas DOJ memasukkan permohonan ex parte ke atas Red Granite sebelum itu.

Kami perlu menyesuaikan saman ini dengan perkembangan-perkembangan ini, tanpa melupuskan usaha kami untuk membawa pulang harta dan wang yang diselewengkan dari 1MDB.

Usaha ini sepatutnya DILAKUKAN OLEH KERAJAAN MALAYSIA sebagai pihak yang diamanahkan memelihara kepentingan negara ini.

Malangnya, kerajaan tidak berbuat demikian. Seakan mereka bergembira wang negara ini hilang begitu sahaja dan berharap kes penyelewengan wang negara ditutup begitu sahaja.

Harapan itu adalah sia-sia.

Sementara itu Chang pula memberitahu Malaysiakini mereka tahu apa yang dibuat berhubung saman berkenaan, malah ia adalah sebahagian daripada perancangan kedua-duanya.

"Jangan bimbang. Ketawa yang terbaik adalah ketawa yang terakhir. Kenyataan media Salleh terlalu awal.

"Kami tahu apa yang kami buat. Tonton klip video ucapan saya (berjudul) DOJ Bombshell sekali lagi. Tak lama lagi dia terpaksa menelan semula kata-katanya. Percayalah kepada Tuhan," kata Chang melalui WhatsApp.

Read more ...

TV3 Siar Drama Pilihan ANUGERAH SKRIN 2016

Anugerah paling berprestij anjuran TV3, Anugerah Skrin kembali untuk memberi pengiktirafan kepada karyawan-karyawan seni tanah air pada bulan November ini.

Bagi menyemarakkan lagi debaran Anugerah Skrin 2016 (ASK 2016), TV3 bakal menayangkan 8 drama yang tercalon pada setiap hari Ahad pukul 3.00 petang dari 25 September 2016 hingga 13 November 2016. Antaranya, Pondok Itu Rumahku, Fatin, Anak Ibu Buangan Ibu, Khilaf Seorang Isteri, Calon Syurga, Cermin Kasih, Bila Tiba Saatnya dan Ku Haramkan Susu Itu.

Ku Haramkan Susu Itu (1)

Sejak diperkenalkan pada tahun 1994, Anugerah Skrin meneruskan usaha untuk menjulang bakat dan memberi pengiktirafan kepada penggiat-penggiat seni dan karyawan tanah air. Seperti tahun sebelumnya, selain rangkaian televisyen di bawah naungan Media Prima Berhad yang terdiri daripada TV3, NTV7, 8TV dan TV9, pihak penganjur turut menjemput stesen televisyen RTM, ASTRO, TV Al-Hijrah dan Hypp TV untuk sama-sama menyertai anugerah yang berprestij ini.

Kesemua rangkaian televisyen ini layak untuk menghantar penyertaan bagi terbitan drama dan terbitan program dalaman yang pernah disiarkan di stesen televisyen mereka untuk merebut anugerah bagi kategori yang dipertandingkan mengikut syarat yang telah ditetapkan.

Cik Sherina Nordin, Pengurus Besar Kumpulan, Kumpulan Pengurusan Jenama dan Rancangan TV3 & TV9 berkata,

"Penganjuran Anugerah Skrin bukan sahaja merupakan platform kepada penggiat seni tanah air untuk memperkembangkan lagi bakat seni, malah ia juga pemangkin bagi mereka untuk terus berkarya secara kreatif dalam menghasilkan produk yang bermutu tinggi. Walaupun terdapat rakan penyiar yang tarik diri, tetapi kami tetap optimis kerana ASK 2016 mampu memberikan persaingan hebat kepada karya-karya yang tercalon."

Anugerah Skrin Kembali Saksikan 8 Drama Pilihan Anugerah Skrin 2016 Setiap Hari Ahad, 3.00 Petang

Berikut adalah 8 drama pilihan ASK 2016 yang bakal disiarkan pada setiap hari Ahad pukul 3.00 petang bermula 25 September 2016:

Pondok Itu Rumah Ku (4)

PONDOK ITU RUMAHKU (25 September 2016)Pelakon: Adik Danish Hazriq, Amirul Faqeem DFKL, Nasir Bilal Khan, Amyza Aznan, Ku Faridah, Wilma Muhammad, Amir Pelawak, Nina Iskandar, Farah Nadia, Nafiz Muaz DFKLMengisahkan tentang keluarga yang miskin dan daif iaitu Pak Sudin dan isterinya Rahimah serta dua orang anaknya. Konflik bermula apabila Pak Sudin menjual Syukri kepada sepasang suami isteri yang tinggal di bandar kerana kesempitan hidup dan sikap Pak Sudin yang gemar berjudi dan berhutang. Syukri telah melarikan diri dan hidup sebagai gelandangan. Di situ, Syukri bertemu dengan Yanti dan mereka menjadi akrab. Syukri pernah pulang ke kampung dan curi-curi melihat rumah lamanya dari jauh. Dia juga melawat kubur arwah ibunya. Naluri kerinduan Syukri begitu kuat untuk mencari adiknya dan ingin melupakan segala kenangan pahit yang pernah Pak Sudin lakukan terhadap mereka. Suatu hari, seorang pemuda menegurnya kerana berada di kubur arwah ibunya. Jodoh menemukan Syukri kerana pemuda itu adalah adiknya yang sudah terpisah sekian lama.

FATIN (2 Oktober 2016)Pelakon: Sharifah Amani, Adik Yuyun, Pekin Ibrahim, Nadia Aqilah, Nadiya NisaaFaz, seorang ibu muda dan telah berpisah dengan suaminya. Hasil perkahwinan itu, Faz dikurniakan seorang anak bernama Fatin. Fatin dibesarkan oleh bapanya sehinggalah bapanya meninggal dunia dan dia dijaga oleh neneknya. Apabila tiba waktu neneknya menunaikan umrah, Fatin diserahkan kepada Faz. Bagi Faz, menjaga seorang anak selama sebulan adalah sesuatu yang janggal dan asing baginya. Selama ini hidupnya bebas. Kini dia terpaksa membesarkan anak kandungnya itu. Selama sebulan, pelbagai perkara yang berlaku telah menyedarkan Faz untuk mengerti pengorbanan dan kasih sayang seorang ibu terhadap Fatin. Tiba waktu untuk menghantar Fatin kepada ibu mentuanya semula. Faz rasa kosong. Barulah dia sedar dan menghargai nilai seorang anak yang selama ini dikandungnya.

ANAK IBU BUANGAN IBU (9 Oktober 2016)Pelakon: Janna Nick, Aida Aris, Azri Iskandar, Johan As'ari, LydiawatiHanim dan R oslan mengambil seorang anak angkat perempuan yang diberi nama Putri Aisyah apabila perkahwinan mereka tidak dikurniakan anak. Kasih sayang yang diberikan kepada Putri bagai menatang minyak yang penuh. Semuanya tampak indah sehinggalah sikap Putri mula berubah apabila menginjak remaja. Putri berlakon baik di depan Roslan setiap kali Roslan pulang ke rumah. Putri yang masih belum menamatkan pangajian tiba-tiba mendesak ibu bapanya untuk berkahwin dengan Shah. Belum pun reda kesedihan Hanim, dia diuji apabila Putri mahu berpindah keluar dan seolah-olah menyisihkan Hanim dan Roslan dalam hidupnya. Puteri terkejut apabila mendapati yang selama ini suaminya ialah pengedar dadah. Dia mula mencari Hanim semula untuk menumpang kasih tetapi mereka telah berpindah. Putri bertambah sedih apabila baru mendapat tahu bahawa dia sebenarnya hanyalah seorang anak angkat.

KHILAF SEORANG ISTERI (16 Oktober 2016)Pelakon: Syatilla Melvin, Fezrul Khan, Tasha Shila, Fizz Fairuz, Adik Amanda HarizMuiz dan Thalia merupakan bekas suami isteri yang mempunyai seorang anak bernama Aryan. Muiz dan Thalia, kedua-duanya telah pun berkahwin lain. Muiz seorang pengurus kewangan di sebuah syarikat besar berkahwin dengan Ryna seorang eksekutif perundangan. Thalia yang merupakan seorang eksekutif pentadbiran bertemu jodoh buat kali kedua dengan Jimmy, seorang pengarah drama muda yang berbakat ketika Jimmy sering mengadakan penggambaran di pejabat Thalia. Kedua-duanya melalui pengalaman yang berbeza dalam perkahwinan baharu mereka sekaligus menyebabkan mereka terkenang bekas pasangan serta kesilapan yang pernah mereka lakukan.

Calon Syurga (3)

CALON SYURGA (23 Oktober 2016)Pelakon: Shukri Yahaya, Norlia Ramli, Jalil Hamid, Octavia ManroseAliff seorang remaja yang degil dan sukar untuk mendengar nasihat ibu bapanya, Mak Tom & Pak Abu. Suatu hari, Aliff tidak pulang ke rumah untuk beberapa hari kerana bergaduh dengan Mak Tom. Setelah pulang, Aliff terkejut apabila melihat Mak Tom sudah tidak mampu bergerak banyak kerana diserang angin ahmar. Namun, hati Aliff terbuka apabila melihat Mak Tom masih menyediakan keperluan rumahtangga seperti memasak dan sebagainya. Aliff mula berubah menjadi anak yang soleh dan taat kepada ibu bapanya sehinggalah muncul Dina, teman wanitanya yang mula cemburu dan benci akan tindakan Aliff yang masih mahu menjaga ibunya yang cacat. Dina mengugut untuk putus hubungan sekiranya Aliff masih tetap menjaga Mak Tom yang cacat. Aliff memilih untuk mencium bau syurga dengan menjaga ibunya dengan penuh kasih sayang.

Cermin Kasih (3)

CERMIN KASIH (30 Oktober 2016)Pelakon: Tiz Zaqyah, Shaheizy Sam, Adik Luvvna, Fazlina Ahmad Daud, Mak Engku, Wilma, Zulkifli IsmailKehidupan Marina bertukar apabila dijodohkan dengan pemuda pilihan orang tuanya iaitu Amran. Hakikatnya, Amran adalah pengedar dadah. Marina dipaksa oleh Amran untuk terlibat sama dan akhirnya dia diberkas polis. Amran pula meninggal dunia akibat ditembak polis. Melalui sisi gelap di penjara, Marina disahkan mengandung. Gangguan emosi melanda Marina dan akhirnya lahirlah Maryam. Selaras dengan peraturan penjara, Maryam dipisahkan daripada Marina apabila menginjak 3 tahun. Maryam dipelihara oleh ibu bapa Marina iaitu Pak Hamdan dan Mak Jah. Mereka hanya dipertemukan di antara cermin kaca setiap kali melawat Marina di penjara. Tiba hari pembebasan Marina. Dia pulang dan mendapati sekujur tubuh Maryam di atas katil menanti kepulangannya. Maryam meninggal dunia pada hari yang sama Marina dibebaskan. Namun, hajatnya untuk mengucup dahi anaknya tercapai sebe lum Maryam pergi buat selamanya.

BILA TIBA SAATNYA (6 November 2016)Pelakon: Rusdi Ramli, Nazim Othman, Nina Baharum, Kodi Rasyeed, Syazwan Zulkifli, Faezah Ilai, Jay IswazirJenazah Nazim dan Rozman dikebumikan pada tempat dan waktu yang sama. Orang kampung kecoh dan membandingkan cara kedua-dua kematian itu. Aziz yang turut bersimpati cuba menyiasat agar semua dapat pengajaran dan tak mahu sesiapa diaibkan. Dahulunya, Nazim hidup berfoya-foya di kelab malam. Sehinggalah satu malam, isteri Nazim tumpah darah. Bermula hari itu Nazim menjaga solatnya dan berusaha mencari rezeki halal. Suatu malam, Nazim ke kelab malam dan memujuk rakannya, Azmir untuk pulang. Azmir bengang dan mereka bergaduh hingga berlaku pertumpahan darah. Kisah Rozman pula, dia seorang pemuda kampung yang suka melepak. Nasihat ibunya hanya digelak saja. Rozman bengang apabila tiada duit untuk membeli makanan pada siang hari ketika bulan puasa dan akhirnya Rozman mencuri duit tabung masjid. Suatu malam, Rozman cuba curi lagi tapi dia berpura-pur a untuk solat setelah mencuri. Ketika mengangkat takbir, Rozman diserang sakit jantung dan meninggal dunia.

KU HARAMKAN SUSU ITU (13 November 2016)Pelakon: Zarina Zainuddin, Amyza Aznan, Hafeez Mikail, Mia AhmadKisah pertama mengenai Zainab, ibu tunggal yang mempunyai seorang anak bernama Tamar. Tamar bekerja di Shah Alam dan setelah berkahwin dengan Alisya, mereka tetap tinggal di kampung. Kehidupan Tamar serba senang, namun Zainab & Alisya langsung tidak mengetahui pekerjaan Tamar. Kisah kedua pula berkenaan Sakinah, juga seorang ibu tunggal yang mempunyai seorang anak bernama Azrin, penagih dadah akibat kurang kasih sayang dan didikan yang sempurna. Setelah sekian lama Tamar tidak pulang, Zainab dan Alisya ke Shah Alam untuk menjejaki Tamar. Pada ketika itu, orang kanan Tamar sedang mencari wanita baru untuk dijadikan pelacur dan Alisya menjadi mangsa. Ketika dijumpai, Tamar cuba menerangkan perkara sebenar namun Zainab dan Alisya lari dan bermula adegan kejar mengejar yang berakhir dengan kemalangan apabila kereta dipandu Tamar bertembung dengan motosikal Azrin, pelanggan Tamar yang sering mendapatkan bekalan dadah.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web www.tv3.com.my dan ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter, Youtube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia.

Pondok Itu Rumah Ku (2)

Ku Haramkan Susu Itu (3)

Ku Haramkan Susu Itu (2)

Related

Komen via Facebook

Komen

Read more ...

(34 Gambar) Antara Spesis Kucing-Kucing 'Gebus' Yang Buatkan Peminat Kucing Rambang Mata Bila Tengok

Kucing adalah sejenis haiwan manja yang cukup comel dan paling sesuai dijadikan haiwan peliharaan, telatahnya yang lincah, nakal, ,manja dan kadang-kadang malas sudah pasti mencuit hati kita yang memeliharanya.

Melihat sifat kucing itu sendiri membuatkan rasa Ailurofobia atau rasa sayang terhadap kucing itu timbul, ada kucing bila kita tidur dia datang himpit kita tidur sekali, ada kucing yang seolah-olah faham akan jiwa kita semasa, jadi mereka datang menyendel, jadi tidak hairanlah ada mereka yang kematian kucing sanggup menangis.

Ada kajian yang dilakukan oleh saintis barat mengatakan manusia yang membela kucing peliharaan akan mempunyai hayat yang lebih panjang, lebih kurang tekanan dalam hidup dan kurang diserang serangan jantung.

Ada yang kita bela kucing kampung biasa, ada mereka yang kita kucing tempatan, ada antara kita mengambil kucing terbiar untuk dijaga dan ada yang mampu membeli kucing import yang agak mahal.

Sejak semalam admin ada search nak beli k ucing, nak belikan untuk seseorang, (siapa orang tu, ade la). terjumpa satu Facebook ini nama Kucing Termurah, banyaknya kucing comel-comel dia jual, macam-macam jenis ada, dalam banyak-banyak dia jual paling murah.

Admin PM dia mintak gambar kata nak pilih, serius comel-comel semua, gebus gitu, katanya kucing-kucing ini memang menjadi buruan peminat kucing di Malaysia.

Jom tengok gambar-gambar yang dia bagi.

Comel-comelkan, rambang mata pula nak pilih mana satu. Apa yang menarik, bila kita beli kucing ni, akan diberikan sijil lahir kucing dan passport kepada kita, katanya, pasport tu membolehkan kita bawa kucing ini ke mana-mana negara kita pergi. menarik.(maaf la, tak pernah ada kucing import) Apa yang menarik lagi, di belakang setiap kucing telah ditanam cip untuk membolehkan pemilik kucing dikenal pasti apabila di scan. Banyak benda baru admin dapat semalam, rupanya kucing pun ada pasport dengan sijil lahir sekarang ni kan, dalam buat perbandingan, brader ni memang jual paling murah dari orang lain, sekarang cuma kena buat pilihan.

Ini adalah Facebook dan Instagram brader tu, banyak lagi gambar kucing sampai rambang mata.

Kucing Termurah (Fb owner)

PET ZONE PURE (FB)

Pet Zone Local & Import (Insta)

- Siakapkeli.my
Read more ...

Husam: Saman di AS perlu diubah suai

Datuk Husam Musa berkata dakwaan bahawa saman yang dikemukakannya bersama Matthias Chang untuk membawa pulang aset serta wang diselewengkan dari dana 1MDB ditolak adalah tidak benar.

Kata bekas exco kanan Kelantan itu apa yang berlaku adalah penarikan balik saman berkenaan secara sukarela dan ia boleh dikemukakan semula pada masa depan.

"Kami perlu menyesuaikan saman ini dengan perkembangan-perkembangan (terbaru) ini, tanpa melupuskan usaha kami untuk membawa pulang harta dan wang yang diselewengkan dari 1MDB.

"Usaha ini sepatutnya dilakukan oleh kerajaan Malaysia sebagai pihak yang diamanahkan memelihara kepentingan negara ini.

"Malangnya, kerajaan tidak berbuat demikian. Seakan mereka bergembira wang negara hilang dan berharap kes penyelewengan wang negara ditutup begitu saja," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Malaysiakini melaporkan saman difailkan Husam serta Chang - bekas setiausaha politik Tun Dr Mahathir Mohamad - pada Ogos lalu digugurkan dari mahkamah di AS.

Saman itu difailkan peguam mereka pada 11 Ogos.

Berikut adalah kenyataan penuh Husam berhubung isu berkenaan.

PENJELASAN PENARIKAN BALIK SAMAN SECARA SUKARELA*

Respon segera Datuk Seri Salleh Said Keruak, Menteri Komunikasi dan Multimedia memeranjatkan saya.

Ia menunjukkan saman kami untuk membawa pulang aset dan wang yang diselewengkan dari 1MDB meninggalkan kesan ke atas kerajaan.

Namun begitu, kenyataan bahawa saman kami ditolak adalah tidak tepat.

Apa yang berlaku adalah penarikan balik secara sukarela atau VOLUNTARY DISMISSAL di bawah Rule 41(a)(1)(A)(i) of the Federal Rules of Civil Procedure, Amerika Syarikat, tanpa prejudis.

Ini bermakna kami dibenarkan untuk memfailkan semula kes ini.

Antara lain kerana perkembangan terbaru berkait kes DOJ (Jabatan Kehakiman AS) termasuk Red Granite telah bersetuju memasukkan permohonan bersama DOJ untuk mengehadkan pembekuan akaun dan pendapatan syarikat itu kepada filem The Wolf of The Wall Street dan Friends With Kids sahaja.

Akaun keseluruhan Red Granite dan pendapatan Red Granite daripada filem lain adalah dilepaskan.

Friends With Kids pertama kali diketahui ada kaitan dengan wang berasal dari 1MDB seperti kenyataan dalam permohonan bersama itu.

Permohonan bersama ini menunjukkan Red Granite, untuk satu tahap tertentu mengakui dua filem ini ada sebab untuk dinamakan oleh DOJ dalam saman mereka.

Hakim Mahkamah Central District of California, Western Division pada 16 Ogos 2016, telah memberikan perintah seperti permohonan bersama itu.

Antaranya, hanya akaun dan pendapatan dari kedua filem itu yang dimasukkan ke akaun khas sementara menunggu keputusan perbicaraan penuh.

Oleh itu, kenyataan Red Granite bahawa saman kami adalah fractious adalah tertolak.

Jika tidak, mengapa Red Granite memasukkan permohonan bersama dengan DOJ selepas DOJ memasukkan permohonan ex parte ke atas Red Granite sebelum itu.

Kami perlu menyesuaikan saman ini dengan perkembangan-perkembangan ini, tanpa melupuskan usaha kami untuk membawa pulang harta dan wang yang diselewengkan dari 1MDB.

Usaha ini sepatutnya DILAKUKAN OLEH KERAJAAN MALAYSIA sebagai pihak yang diamanahkan memelihara kepentingan negara ini.

Malangnya, kerajaan tidak berbuat demikian. Seakan mereka bergembira wang negara ini hilang begitu sahaja dan berharap kes penyelewengan wang negara ditutup begitu sahaja.

Harapan itu adalah sia-sia.

Sementara itu Chang pula memberitahu Malaysiakini mereka tahu apa yang dibuat berhubung saman berkenaan, malah ia adalah sebahagian daripada perancangan kedua-duanya.

"Jangan bimbang. Ketawa yang terbaik adalah ketawa yang terakhir. Kenyataan media Salleh terlalu awal.

"Kami tahu apa yang kami buat. Tonton klip video ucapan saya (berjudul) DOJ Bombshell sekali lagi. Tak lama lagi dia terpaksa menelan semula kata-katanya. Percayalah kepada Tuhan," kata Chang melalui WhatsApp.

Read more ...

Saturday, September 24, 2016

Tahanan Guantanamo warga Malaysia mungkin dipindah ke penjara di tanah air - Kosmo!

Tahanan Guantanamo warga Malaysia mungkin dipindah ke penjara di tanah air

23/09/2016 8:51pm

NEW YORK - Mohamad Bashir Lap, seorang daripada dua tahanan warga Malaysia di kem tahanan Guantanamo Bay, mungkin dipindahkan ke penjara di tanah air dan menjalani proses deradikalisasi.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara itu dimaklumkan dalam pertemuannya dengan Perutusan Khas Amerika Syarikat Mengenai Penutupan Guantanamo, Lee Wolowsky di sini pada Rabu.

"Kemungkinan itu selari dengan usaha kita untuk membawa pulang tahanan Malaysia di Guantanamo Bay," katanya kepada wartawan Malaysia pada Khamis.

Beliau berada di sini untuk mengetuai delegasi Malaysia pada Sesi ke-71 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Kedua-dua warga Malaysia berkenaan, Mohamad Bashir dan Mohd. Farik Amin, ditahan sejak 2006 kerana pembabitan mereka dengan Jemaah Islamiyah (JI) pada awal 2000.

Mereka juga dikatakan terbabit dengan pengeboman Hotel J.W Marriott di Jakarta pada 2003 dan telah ditahan di Bangkok pada tahun sama. - Bernama

Read more ...

Pemilik Produk Kosmetik dilabel 'Syok Sendiri' oleh Netizen Gara-Gara Satu Status

Kecoh di laman media sosial Instagram baru-baru ini selepas satu keratan gambar yang merakamkan kenyataan dari seorang pemilik produk kosmetik yang berkata ingin membeli sebuah panggung wayang dan sekiranya harapan itu menjadi kenyataan, dia akan belanja kesemua pengikut Instagramnya menonton wayang percuma setiap bulan.

Keratan gambar Instagram oleh pemilik Satin Skinz itu seterusnya menjadi viral dan mendapat pelbagai reaksi dari netizen.

Apa yang menjadi tumpuan netizen adalah angan-angan besar yang dipasang oleh pemilik Satin Skinz ini untuk membeli sebuah panggung terkemuka dan hasratnya untuk belanja pengikutnya di Instagram untuk menonton filem sebulan sekali.

Kebanyakan komen dari netizen menyifatkan angan-angan pemilik Satin Skinz itu sekadar kosong bagi jenama yang 'baru nak up' dan ada juga yang menyifatkan angan-angan itu sebagai satu perkara positif. Namun, setakat ini pemilik Satin Skinz masih belum lagi membuat sebarang kenyataan balas di laman Instagramnya.

Satin Skinz merupakan jenama yang diasaskan oleh sepasang suami isteri (Iskandar dan Mimi) sejak 2014 dan mempunyai beberapa rangkaian produk kecantikan seperti supplement, skincar, jamu dan banyak lagi.

Bagi kami, tidak salah untuk memasang angan-angan besar, malah segala kejayaan di dunia ini bermula dengan angan-angan.

Tetapi macam biasa, setiap perkara mesti ada yang membangkang dan ada juga yang menyokong. Itu boleh dikatakan adat lebih-lebih lagi dalam dunia perniagaan.

Read more ...

Zamihan mahu dialog dengan Asri di Jakim, bukan di Perlis

Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah (Aswaja) Zamihan Mat Zin tidak mahu memasuki gelanggang untuk berdialog dengan Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin di Perlis mengenai isu wahabi.

Sebaliknya, Zamihan mencadangkan sesi dialog itu diadakan dalam sidang Majlis Fatwa Kebangsaan di Jabatan KemajuanIslam Malaysia (Jakim) kerana terdapat ramai ulama dengan tajuk 'Ajaran Wahabi di Malaysia: Fakta atau Auta?'

Zamihan berpendapat bahawa mufti Perlis itu sengaja memerangkapnya dengan menetapkan dialog di negeri itu supaya hujahnya akan dilihat bercanggah dengan enakmen pentadbiran Islam Perlis.

Tambahnya, Asri boleh menjemput Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim dan juga Raja Perlis,Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail sebagai tetamu dalam sesi dialog di Jakim itu.

Sebelum ini, Asri berkata pihaknya bersedia untuk menganjurkan debat dan menjemput Zamihan untuk berdialog di Perlis.

Huluran debat Asri itu berikutan Zamihan berkata beliau sedia menyahut cabaran mufti Perlis itu untuk mengadakan dialogyang sebelum ini ditujukan kepada NGO Gabungan Angkatan Melayu Islam Nusantara (AMIN).

Ia selepas AMIN dilaporkan mendesak kerajaan supaya membanteras fahaman wahabi yang dilihatnya memberi ancaman keselamatan kepada negara.

Sementara itu Zamihan menggesa Asri berlapang dada untuk berdebat dengannya mengenai isu itu.

Katanya, isu itu kini sudah sampai ke peringkat nasional dan wajar diadakan di hadapan semua mufti bagi mencapai kata sepakat mengenai isu wahabi.

"Bila semua sudah diputuskan, kita jangan lagi sibuk-sibuk cakap pasal wahabi. Lima negeri fatwa wahabi sesat lagi menyesatkan," katanya sambil menegaskan Asri harus menghormati fatwa negeri lain.

Read more ...

PSA beri maklum balas cadangan kerjasama Proton

KUALA LUMPUR/PARIS: Firma Perancis, PSA yang juga pengeluar kereta Peugeot dan Citroen 'memberi maklum balas' terhadap cadangan membentuk kerjasama dengan PROTON, kata individu yang rapat dengan perkembangan itu.
Read more ...

Friday, September 23, 2016

Beg Pakaian Tercicir : Rozita Che Wan Luah Rasa Bengang Dengan MAS Di Instagram

Kesian pula kami melihat beberapa ujian yang ditempuhi oleh Rozita Che Wan pada tahun ini.Sebelum ini kereta Toyota Vellfire miliknya dicuri, semalam pula hasrat Che Ta untuk menghadiri sebuah majlis makan malam di Kota Kinabalu, Sabah terbantut dan terpaksa dibatalkan pada saat akhir kerana beg yang berisi pakaian untuk majlis makan malam tersebut tercicir di Lapangan Terbang KLIA.

Tidak dapat menahan rasa bengangnya lagi, Che Ta menerusi akaun Instagramnya memuat naik sebuah video yang meluahkan rasa kecewanya terhadap pengurusan pihak MAS.

Berikut adalah video yang dimuat naik oleh Che Ta :-

Ada yang bersimpati dengan nasib yang menimpa Che Ta, namun masih ada sesetengah netizen yang mengecam beliau.

Mereka berpendapat, tiada gunanya untuk Che Ta viralkan perkara berkenaan di media sosial dan lebih elok untuk membuat aduan di saluran yang betul.

Malah, ada yang berkata ia masalah kecil buat Che Ta kerana beliau boleh sahaja membeli pakaian lain.

Walaubagaimanapun, masih ada yang menyokong tindakan Che Ta itu. Dengan video berkenaan ia mungkin akan "membuka" lagi mata pihak pengurusan MAS agar tidak cuai di masa hadapan.

Kalau kita berada di tempat Che Ta, tentu kita juga akan sakit hati bukan? Tidak salah Che Ta merasa kecewa begitu. Dalam keadaan kelam kabut mencari beg yang hilang, kadang-kadang kita tidak mampu untuk berfikir dengan baik dan membuat aduan di saluran yang betul. Mungkin juga ada benda berharga lain didalam beg berkenaan, siapa yang tahu bukan?

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Read more ...

Tiada elemen luar biasa kapal Malaysia bawa baja kena tahan di Pulau Bali - Kosmo!

Tiada elemen luar biasa kapal Malaysia bawa baja kena tahan di Pulau Bali

23/09/2016 12:26pm

Oleh JUNHAIRI ALYASA

PUTRAJAYA - Tiada sebarang elemen yang luar biasa berkaitan penahanan sebuah kapal dari Malaysia yang membawa 30 tan baja ammonium nitrat di kawasan perairan Pulau Bali oleh pihak berkuasa Indonesia semalam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, semua pihak diminta tidak membawa sebarang andaian negatif berkenaan kes tersebut sehingga pihak polis mendapat maklumat lanjut daripada pihak berkuasa Indonesia.

"Tiada yang pelik dengan kapal yang membawa baja yang banyak di seluruh dunia dan tiada siapa peduli tetapi jika ia adalah untuk kegunaan pengganas bukan begitu caranya," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan 1Aman Week di Pusat Konvensyen Antrabangsa Putrajaya di sini hari ini.

Pihak kastam dan polis Indonesia kini menyoal siasat kru kapal terbabit dan menyiasat sama ada bahan kimia itu mempunyai kaitan dengan rangkaian pengganas dan bertujuan untuk menghasilkan bom.

Selain itu, pihak berkuasa juga sedang menyiasat sama ada bahan kimia itu dalam perjalanan ke pulau Sulawesi, timur Indonesia iaitu satu wilayah yang terkenal dengan keganasan militan. K! ONLINE

Read more ...

Tonton Video Muzik Single Terbaru Anuar Zain – ANDAINYA TAKDIR

Video Muzik Single Terbaru Anuar Zain – ANDAINYA TAKDIR Dah Boleh DiTonton kat Youtube. jalan cerita sesuai dengan lirik lagu ini. apabila manusia sudah lupa asal usul, buang keluarga lupa sanak saudara, tinggalkan desa, demi menikmati keindahan pelangi kota yang sementara. Sedih!

Tak Pernah Lagi Anuar Zain Berlakon Jadi suami dan nelayan. Walau Jadi Nelayan Selekeh & Serabai Pun Tetap Hensem… acaner tu deeekkk. Ada Kesinambungan dalam Video Klip Ini Akan Bersambung dalam lagu yang lain.

Ada Yang Basah Pipi Tak Nonton Video Klip Ini?

Muzik video ini turut dilakonkan oleh pelakon Sharifah Sakinah yang memegang watak sebagai isteri kepada Anuar Zain.

Nak jumpa dan bergambar dengan Anuar Zain, jangan lupa sessi Meet & Greet Bersama Anuar Zain di cawagan Pasaraya Mydin berhampiran anda nanti.

Related

Komen via Facebook

Komen

— 164 Bacaan
Read more ...

Selepas Hampir Setahun Mendiamkan Diri, #MYCYBERSALE Datang Lagi Untuk Gembirakan Kaki Gadjet, Fesyen & Travel

Kuala Lumpur, 22 Sep - Selepas berjaya dijalankan pada 2015 dengan gilang-gemilang, #MYCYBERSALE akan kembali lagi menemui orang ramai pada tahun ini bermula dari 26 September hingga 30 September ini untuk membawa lebih banyak tawaran dan diskaun hebat.

Bagi yang belum tahu, #MYCYBERSALE merupakan satu acara online anjuran Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) dengan sokongan dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK), CyberSecurityMalaysia dan SME Corp. Apa yang menarik tentang acara ini adalah kesemua proses pembelian berlaku di atas talian.

Dengan kata lain, sesiapa sahaja boleh berbelanja di #MYCYBERSALE, asalkan mempunyai akses internet dan telefon pintar atau komputer. Apa yang menarik dalam #MYCYBERSALE  2016?

Seperti biasa, #MYCYBERSALE akan menawarkan pelbagai produk dengan diskaun-diskaun istimewa sehingga 90% potongan harga dan orang ramai boleh menjangkakan tawaran hebat dari Lazada, 11street, Zalora, Agoda, Qoo10, dan banyak lagi.

Apa yang membezakan #MYCYBERSALE tahun ini adalah pada temanya yang mensasarkan golongan yang sukakan gadjet, travel dan juga fesyen. Selain itu, jumlah peniaga yang turut serta juga meningkat kepada 10,000.

Untuk kaki travel pula, ini adalah peluang terbaik untuk merancang pengembaraan dengan bajet yang murah kerana empat syarikat penerbangan besar ; iaitu MAS, AirAsia, Firefly dan Malindo Holidays; akan turut menawarkan pelbagai diskaun untuk produk-produk mereka. Bagaimana untuk berbelanja di #MYCYBERSALE 2016? Sesiapa sahaja layak untuk berbelanja di #MYCYBERSALE 2016. Apa yang diperlukan cuma telefon pintar atau komputer yang mempunyai akses internet.

#MYCYBERSALE akan dibuka pada 2 6 September ini dan bermula dari tarikh itu, mereka yang ingin berbelanja bolehlah melayari www.mycybersale.my sebelum acara itu tamat pada 30 September ini.

Mahukan tawaran ekslusif? Follow akaun LINE #MYCYBERSALE

Bagi yang tidak genap dengan tawaran diskaun yang diberikan oleh peniaga, bolehlah mengikuti akaun LINE #MYCYBERSALE untuk tawaran ekslusif pengguna LINE sahaja.

Layari laman www.mycybersale.my bermula 26 September ini dan siap siagakan jari-jari anda untuk click, slide & tap bagi mendapatkan  promosi-promosi terbaik.

Bermula dari sekarang, kumpul duit anda banyak-banyak dan berbelanjalah di #MYCYBERSALE untuk menjadi pengguna yang lebih bijak.

Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *