Recent Post

Thursday, August 13, 2015

Ancaman Anonymous Malaysia Bukan Dari Malaysia!! Khalid


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

SUBANG JAYA: Bukit Aman mengesahkan bahawa ancaman perang siber yang dilakukan oleh Anonymous Malaysia adalah dari luar negara.

Menurut, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, walau bagaimanapun adalah agak sukar untuk mengenalpasti identiti mereka.

Bercakap kepada wartawan pada hari Khamis, serangan siber berasal dari mana-mana arah di dunia ini, " Kami tahu, walau apa pun pengumuman yang dibuat, mereka (Anonymous Malaysia) bukanlah berasal dari Malaysia. Sama ada mereka adalah warga asing, hal ini belum dikenalpasti lagi", ujar Khalid.

Khalid berkata, setiap negara mempunyai undang-undang Internet yang berbeza. "Ini membuatkan agak susah untuk kami siasat. Walau apa pun. Kami tidak mengambil mudah dalam hal ini".

Tambah Khalid lagi, agensi kerajaan sedang bersiap sedia, tambahan polis juga akan mengambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan laman web dan platform media sosial mereka tidak jatuh ke tangan penggodam.

Sebelum ini, Anonymous Malaysia telah memuatnaik sebuah video berdurasi 8 saat di laman Facebook mereka pada 4 Ogos 2015, meminta Perdana Menteri untuk meletakkan jawatan berkenaan beberapa isu. Sila baca di sini.



Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *