Recent Post

Tuesday, August 18, 2015

Bursa ditutup rendah, IK jatuh 24.28 mata


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

KUALA LUMPUR: Saham di Bursa Malaysia hari ini ditutup lebih rendah dengan penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) jatuh 24.28 mata disebabkan jualan besar-besar di seluruh papan, terutama saham mewah.

Pada 5 petang, FBM KLCI disandarkan pada 1,572.54 mata selepas bergerak antara 1,569.19 dan 1,594.46 sepanjang hari.

Seorang peniaga berkata, bursa tempatan kekal lembap dengan sentimen dipengaruhi kelemahan ringgit berbanding dolar, kelembapan ekonomi China, penurunan nilai mata wang China yuan, kejatuhan harga minyak dan isu domestik.

Katanya, ekuiti Asia kebanyakannya rendah, dipengaruhi oleh kemungkinan China membenarkan yuan terus menyusut dan data menunjukkan ekonomi Jepun menguncup pada kadar kurang daripada yang dijangkakan bagi suku kedua.

Dalam kalangan pasaran serantau, Hang Seng susut 0.74 peratus kepada 23,814.65, Indeks Kospi turun 0.75 mata kepada 1,968.52, Indeks Straits Times merosot 1.33 peratus kepada 3,072 manakala Nikkei 225 Jepun meningkat 0.49 peratus pada 20,620.26.

Di pasaran tempatan, kaunter rugi mengatasi untung 836 berbanding 149 manakala 215 kaunter tidak berubah, 601 tidak diniagakan dan 12 lagi digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 2.06 bilion unit bernilai RM1.95 bilion daripada 2.01 bilion saham bernilai RM2.20 bilion Jumaat lepas.

Pada papan skor, Indeks FBM Emas jatuh 197.95 mata kepada 10,767.97, Indeks FBMT100 merosot 183.56 mata kepada 10,509.87 dan Indeks FBM Emas Syariah susut 216.30 mata pada 11,169.05.

FBM 70 turun 279.85 mata kepada 11,493.42 dan FBM Ace jatuh 268.32 mata pada 5,186.06.

Dari segi sektor, Indeks Kewangan merosot 210.19 mata kepada 14,072.63, Indeks Perusahaan susut 21.38 mata kepada 3,056.30 dan Indeks Perladangan jatuh 123.62 mata kepada 6,870.37.

Dalam kalangan kaunter cergas, SapuraKencana Petroleum rugi 22 sen kepada RM1.71, Frontken susut dua sen kepada 18.5 sen, KNM kurang 4.5 sen kepada 47 sen, Sumatec jatuh satu sen pada 12.5 sen manakala Tiger Synergy kekal pada 9.5 sen.

Dalam kalangan berwajaran tinggi, Maybank jatuh 10 sen pada RM8.19, Public Bank susut 22 sen kepada RM17.98, TNB turun 18 sen kepada RM10.40, Axiata merosot lapan sen kepada RM5.73 dan Sime Darby kurang 13 sen kepada RM7.90.

Volum Pasaran Utama jatuh kepada 1.08 bilion unit bernilai RM1.71 bilion berbanding 1.09 juta unit bernilai RM1.99 bilion pada Jumaat.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE berkurang kepada 337.95 juta saham bernilai RM58.75 juta daripada 338.60 juta saham bernilai RM66.91 juta sebelum ini.

Waran meningkat kepada 641.30 juta unit bernilai RM179.20 juta daripada 583.25 juta bernilai RM140.97 juta Jumaat lepas.

Produk pengguna merangkumi 69.80 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk perusahaan (179.78 juta), pembinaan (58.16 juta), perdagangan dan perkhidmatan (453.81 juta), teknologi (62.29 juta), infrastruktur (15.66 juta), SPAC (42.96 juta), kewangan (57.33 juta), hotel (1.23 juta), hartanah (100.60 juta), perladangan (26.71 juta), perlombongan (10,000), REITs (11.14 juta), dan tertutup/dana (69,300).

- BERNAMA




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *