Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Berikutan Polis Thai ada menyebarkan rakaman CCTV kejadian pengeboman di Erawan Shrine, kelihatan kelibat suspek berjalan ke berhala bersama dengan beg sandang. Kemudian, terus pergi meninggalkan tempat kejadian tanpa beg sandang yang dibawa bersama beberapa detik sebelum kejadian letupan yang mengorbankan 21 nyawa dan lebih 120 cedera.
Imej dari CCTV menunjukkan, seorang lelaki sedang membawa beg sandang berhampiran dengan Erawan Shrine berdekatan dengan daerah popular Ratchaprasong. Suspek berkenaan meninggalkan tempat kejadian 15 minit sebelum letupan.
Ketua Junta Thai iaitu Prayut Chan-O-Cha berkata suspek memakai baju T berwana kuning dan cermin mata berbingkai tebal dipercayai dari kumpulan anti kerajaan yang berpengkalan di Utara-Selatan Thai.
Sambil menyifatkan, serangan bom ini merupakan yang terburuk dalam negara. "Hari ini suspek muncul didalam CCTV tetapi imej tidak jelas.. kami sedang mencari lelaki ini", ujarnya kepada AFP.
No comments:
Post a Comment