Recent Post

Tuesday, August 18, 2015

Ketua Komplot Guling PM Takut Tengok Wartawan?


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

PASTI ramai yang tertanya-tanya apakah terjadi pada pertemuan ketua komplot guling kerajaan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang sepatutnya berlangsung jam 6 petang pada Ahad kelmarin?

Ini kerana tiada sebarang kelibat mana-mana individu politikus dilihat mengadakan pertemuan dengan Najib pada hari tersebut ketika waktu dinyatakan itu, lantas timbul pelbagai andaian konon ini hanya 'gempak' sahaja lebih.

Namun ini jawapan berterus terang apabila wartawan cuba 'korek' sendiri daripada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sewaktu sidang akhbar selepas satu mesyuarat rasmi di Putrajaya petang Selasa.

Untuk rekod, Naib Presiden UMNO itu sendiri mendedahkan komplot yang cukup mengejutkan pelbagai pihak tersebut ketika berucap merasmikan Mesyuarat UMNO Tahunan Bahagian Ampang, Selangor pada Sabtu lalu.

"Saya ingin menyatakan bahawa perjumpaan 'orang tertentu' dengan Perdana Menteri yang sepatutnya diadakan pada jam 6 petang hari Ahad lalu telah dibatalkan atas permintaan daripada individu tersebut sendiri.

Ditanya adakah orang itu memberi sebab kenapakah ia tiba-tiba sahaja boleh membatalkan pertemuan besar itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri memberi jawapan: "Ada. Sebab ramai wartawan 'tunggu' dia!"

Beliau seterusnya menjelaskan kehadiran ramai wartawan berkumpul di kediaman peribadi Perdana Menteri di Jalan Duta, Kuala Lumpur dan kediaman rasmi di Seri Perdana, Putrajaya untuk melihat siapakah orang itu.

"Maka atas permintaan individu itu sendiri, maka temu janji tersebut telah dibatalkan," ujar Ahmad Zahid yang kemudian menambah, pertemuan tertutup antara orang itu dengan Najib pasti akan diadakan kemudian.

Bagaimanapun beliau tidak tahu bilakah pertemuan yang baharu akan diadakan. Ada wartawan bertanya kenapakah polis tidak tahan terus orang yang mengetuai komplot dan kebetulan mahu jumpa Perdana Menteri?

Ahmad Zahid segera menjawab: "Ada laporan telah dibuat kepada pihak polis sebagaimana telah dinyatakan oleh Ketua Polis Negara semalam dan prosesnya ialah apabila laporan telah dibuat, maka siasatan perlu dilakukan.

Ini bermakna secara logiknya apabila ada kertas siasatan yang telah dibuka oleh pihak polis dan siap, ia seperti biasa akan diserahkan pula kepada pejabat Jabatan Peguam Negara untuk tindakan pertuduhan seterusnya.

"Dalam hal ini, saya ingin menyatakan bahawa saya telah menyerahkan seluruh maklumat itu kepada pihak polis untuk melakukan siasatan dan turut bagi kepada pihak Peguam Negara untuk membuka kertas pertuduhan."

Ditanya pula berapa ramaikah sebenarnya mereka yang terlibat dalam komplot jahat tersebut, beliau sekadar berkata, "Itu kena tanya sendiri pihak polis setelah proses siasatan sepenuhnya selesai mereka lakukan."

Mengenai desakan badan tertentu agar beliau mendedahkan sahaja nama mereka, Ahmad Zahid berkata, "Saya tidak boleh dedah nama mereka sebab jika didedahkan, maka ia akan menjejaskan proses siasatan polis pula.

"Tetapi saya ingin menyatakan tidak ada seorang pun daripada 20 nama Ahli Parlimen BN sebagaimana terpapar di dalam blog tertentu pada Isnin yang telah didekati untuk 'dibeli' bagi menandatangani akuan bersumpah itu.

"Saya malah ingin mengesahkan bahawa tidak ada seorang pun daripada 20 orang wakil rakyat itu yang telah menandatangani akuan bersumpah berkenaan. Oleh sebab itu 'bersihkanlah' nama mereka."

Ditanya pula mengenai cakap-cakap spekulasi yang tersebar kononnya Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah ialah salah seorang anggota komplot tersebut, ini adalah jawapan Ahmad Zahid:

"Saya serahkan kepada pihak polis untuk mengenal pasti dan melakukan siasatan." – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Komen

comments




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *