Recent Post

Thursday, August 20, 2015

Panel mahu kumpulan pelaburan ditangguhkan


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Sebuah jawatankuasa DUN Selangor telah mencadangkan supaya penubuhan Darul Ehsan Investment Group (DEIG) ditangguhkan sementara menunggu penyerahan kertas putih.

ADUN Hulu Kelang Saari Sungib dipetik oleh New Straits Times sebagai berkata di luar dewan hari ini bahawa operasi DEIG perlu dihentikan selama sekurang-kurangnya enam bulan.

"Kami mahu tahu mengapa terdapat keperluan terhadap DEIG apabila sudah ada Menteri Besar Inc (MBI)," Saari dipetik sebagai berkata.

Beliau dipetik sebagai berkata, apabila DEIG ditubuh dan dikendalikan oleh orang yang sama seperti MBI di bawah Menteri Besar Azmin Ali, pihaknya bimbang tidak ada 'semakan dan imbangan' yang mencukupi.

Saari mengetuai Jawatankuasa Pilihan Agensi, Badan Berkanun dan Anak Syarikat (JP-ABAS), yang membentangkan laporannya dan cadangannya kepada Dewan Undangan Negeri hari ini.

Difahamkan bahawa laporan itu diterima sebulat suara oleh dewan hari ini, berikutan perdebatan hangat mengenai DEIG dan kebimbangan ADUN di kedua-dua belah pihak yang ianya kekurangan 'semakan dan imbangan'.

Syarikat itu dilaporkan ditubuhkan pada Disember tahun lalu dan dilancarkan pada Mei tahun ini untuk menguruskan pelaburan anak syarikat MBI.

Antara lain, ia telah dibangkitkan dalam sidang dewan bahawa DEIG telah ditubuhkan di bawah Akta Syarikat, dan oleh itu, tidak seperti MBI, ia tidak perlu melaporkan prestasinya kepda dewan.

Ketika diminta menjelaskannya, ADUN Sekinchan Ng Suee Lim berkata kerajaan negeri boleh memilih untuk menerima atau menolaknya.

Jawatankuasa pilihan DUN itu tidak mempunyai kuasa untuk memaksa Azmin atau kerajaannya untuk berbuat apa-apa, selaras dengan prinsip pengasingan kuasa, katanya.

Ng juga menjelaskan bahawa bertentangan dengan laporan berita awal hari ini bahawa Saari telah membentangkan usul, apa yang dibentangkan sebenarnya adalah laporan fakta JP-Abas.

"Usul yang dibentangkan adalah untuk membentangkan penyata [...] Dalam (laporan itu), terdapat cadangan mengenai idea ini untuk menubuhkan sebuah entiti baru.

"Sebahagian daripada anggota jawatankuasa itu bimbang dan merasakan perlu ada lebih pemantauan," katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi.

Sementara itu di Facebook, Speaker DUN Selangor Hannah Yeoh juga menjelaskan bahawa apa yang telah diluluskan hari ini adalah laporan JP-Abas mengenai DEIG.

Katanya, laporan itu mengandungi hasil penemuan jawatankuasa itu dan cadangan mengenai DEIG untuk pertimbangan kerajaan negeri.

Kerajaan negeri, katanya, perlu membentangkan di DUN jawapannya kepada cadangan jawatankuasa itu di sidang akan datang pada bulan November.

[Baca berita penuh/asal]




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *