Recent Post

Thursday, August 20, 2015

Turunkan Kadar GST 6% Kepada 3% - Mukhriz


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Kerajaan negeri Kedah mencadangkan kepada kerajaan persekutuan supaya menurunkan kadar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) daripada 6% kepada 3%. Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata kadar 3% itu dicadang kekal untuk beberapa tahun sehingga rakyat sudah biasa dengan cukai terbabit. "Saya juga mencadangkan supaya kerajaan persekutuan mempertimbangkan untuk mengagihkan hasil daripada GST itu dengan negeri-negeri yang miskin seperti Kedah. Ia tidak pelik kerana  pun diamalkan di Australia," katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Alor Star, hari ini. Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Tunku Sallehuddin Almarhum Sultan Badlishah pada pembukaan sidang DUN, 2 hari lepas. Mukhriz berharap cadangan itu dipertimbangkan oleh kerajaan persekutuan kerana terdapat banyak rungutan dan aduan daripada rakyat tentang bebanan yang terpaksa ditanggung akibat pelaksanaan GST pada 1 April lepas. Mengenai isu integriti anggota exco Kedah pula, beliau berkata, mereka  diminta mengisytiharkan pegangan harta mereka sebaik sahaja dilantik ke jawatan terbabit 2 tahun lepas. Sebagai menteri besar, beliau memegang semua maklumat tentang pengisytiharan harta barisan exconya. "Kita pantau turun naik harta (dimiliki anggota exco) itu setiap tahun, jadi kalau ada penurunan atau peningkatan kita akan tahu," katanya. Beliau memberi jaminan akan mengambil tindakan sekiranya terdapat keraguan tentang pemilikan harta atau kewibawaaan anggota exconya. Mukhriz juga berkata Kedah  muncul sebagai negeri pertama yang menandatangani aku janji integriti bersama Jabatan Integriti yang menandakan betapa kerajaan negeri amat mementingkan tentang isu integriti. DUN Kedah meluluskan usul menjunjung kasih titah ucapan pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah. – BERNAMA




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *