Recent Post

Thursday, August 20, 2015

Ringgit ditutup rendah


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

KUALA LUMPUR: Ringgit yang mencatat kenaikan pada awal sesi dagangan hari ini ditutup lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) memandangkan harga minyak mentah turun semula, kata peniaga.

Pada 5 petang, ringgit disebut pada 4.1040/1090 berbanding dolar AS daripada 4.0860/0920 semalam.

"Ringgit dibuka lebih tinggi pada pagi ini, mencecah 4.0780 pada awal dagangan, bagaimanapun penurunan harga minyak mentah mengubah minat dagangan bagi unit tempatan itu," katanya peniaga.

Minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) turun 20 cents kepada US$42.42 setong manakala Brent yang didagangkan di peringkat antarabangsa susut 10 cents kepada AS$48.71 setong.

Peniaga berkata, spekulator menggunakan penurunan harga minyak mentah sebagai alasan untuk menjual ringgit, dengan mendakwa Malaysia sebagai pengekspot minyak bersih.

Katanya, data tempatan mengenai harga pengguna, yang meningkat 3.3 peratus pada Julai dari setahun sebelum itu, tidak banyak memberi kesan kepada ringgit hari ini.

"Pasaran mengalami kekurangan pembeli dan penjual. Kemungkinan ringgit akan masih kekal tidak menentu pada sekitar 4.1.

"Pembetulan pada ringgit, jika berlaku, mungkin tidak kekal lama memandangkan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat dijangka menaikkan kadar faedah bulan depan, justeru itu, ia adalah peluang yang tinggi untuk dolar terus mencatat momentum meningkat," katanya.

Mata wang tempatan itu turut ditutup rendah berbanding mata wang utama lain.

Ringgit terus menurun berbanding dolar Singapura kepada 2.9235/9281 daripada 2.9080/9139 pada Selasa, diniagakan rendah berbanding yen pada 3.3025/3073 daripada 3.2854/2912.

Unit tempatan itu susut berbanding pound kepada 6.4343/4437 daripada 6.4007/4126 dan rendah berbanding euro kepada 4.5362/5425 daripada 4.5228/5303.

- BERNAMA




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *