Recent Post

Saturday, October 03, 2015

Al-Fatihah Erin Malik, Umurnya Tak Panjang.. Semoga Dia Dicucuri Rahmat


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Dalam kemaskini terbaru menerusi Instagram, Erin Malek telah mengesahkan yang beliau sudah selamat melahirkan anak sulung lelaki yang diberi nama Mohamed Faliq Bin Mohamed Farriz. Bayi lelaki itu selamat dilahirkan pada pagi 1 Oktober 2015 yang lalu. Erin Malek turut menceritakan bagaimana beliau yang sebelum ini mengandung anak kembar terpaksa berhadapan situasi melahirkan seorang anak sahaja apabila kembar kepada Faliq meninggal dunia ketika kandungannya mencecah usia 16 minggu.   "Assalamualaikum. 1 Oktober 2015, Khamis, 9.27 pagi. Alhamdulillah ia adalah hari paling indah buat saya dan Farriz. Kami ingin memperkenalkan anak kami, Mohamed Faliq Mohamed Farriz"   "Bagaimanapun mungkin ramai tidak mengetahui adik kembar kepada Faliq meninggal dunia ketika kandungan saya berusia 16 minggu," tulis Erin Malek. Erin Malek turut menjelaskan seorang lagi anaknya itu disahkan meninggal dunia akibat lebihan cecair di dalam perut sehingga badan membengkak namun tidak perlu mengugurkan janin berkenaan dan boleh meneruskan kandungannya seperti biasa sehingga 9 bulan. "Perasaan saya berbaur-baur apabila melihat wajah Faliq kerana dia mengingatkan saya kepada kembarnya. Saya dan suami sedih dengan kejadian itu namun kami percaya Allah mempunyai perancangan lebih baik untuk kami sekeluarga" "Dikesempatan ini juga kami ingin mengucapkan terima kasih kepada keluarga, rakan-rakan dan semua yang memberi sokongan dan doa. Terima kasih," tambahnya. 




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *