Recent Post

Monday, November 09, 2015

10 Perkara Anda Wajib Tahu Sekiranya Ingin Kahwin Dengan Orang Melaka


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Wajib Khatam 10 Perkara Ini Jika Ada Hati Nak Kahwini Orang Melaka Well, setiap negeri mempunyai keunikan tersendiri. Termasuklah budaya masyarakatnya yang memang dipraktiskan daripada nenek moyang dulu. So, kepada bakal-bakal menantu orang Melaka, pastikan korang baca dan hadam 10 perkara ini sebelum nikah nanti. Kisah ini dikongsikan oleh Lokman HS Abdul Rahman. Siapa yang nak kahwin ngan orang Melaka:- 1. Kena faham orang Melaka sedara mara ramai dan suka lepak kat rumah. Jangan tarik muka kalau sedara mara pasangan datang. 2. Orang Melaka suka buat kenduri, kejap kejap kenduri, kejap kejap kenduri, kata sedulang dua tapi jemputan sekampung, so kenalah pandai suaikan diri kat rumah mentua. Nak sambut puasa pun dua tiga kali kenduri. 3. Prinsip masak kenduri biar lebih jangan kurang, tetamu jangan putus suap. Selagi boleh letak je makanan biar orang makan puas-puas. 4. Pantang orang Melaka kalau orang datang rumah dijamu air je, cikai cikai pun kopi ngan jemput-jemput cicah sambal goreng ikan bilis. Tak mainlah sos cili.. 5. Kat kampung jangan terkejut kenapa orang Melaka suka masuk rumah orang ikut pintu dapur. Mesra kot.. 6. Kalau tengah makan, ada orang cakap "Hujan ribut pun dah beghenti, kau makan ni bila nak beghenti" buat tak layan je, kalau pandai jawab balik. Skil menjawab kena belajar dulu ya. 7. Bila sedara nak balik dari rumah kita, ingat hantar sampai depan pintu pagau sebab banyak lagi mini spot nak sambung cerita sebelum ke pintu pagau, kat pintu depan rumah stop kejap sambung borak, masa sarung slipar stop lagi, masa kat pagau pun stop lagi, dah masuk keta pun dia turunkan tingkap sambung borak. 8. Orang Melaka suka jaga laman rumah, jadi bila balik rumah mentua, rajin rajin le tolong mentua sapu laman ke, potongkan rumput ke, sambil sambil tu borak lagi..kadang kadang mesin rumput pun boleh jadi mini gathering, siap ada kopi bagai dihidang. 9. "Hawau" jangan terus guna kalau baru kenal, kena take time, dah mesra sampai boleh tontong rokok barule boleh pakai, selagi belum, cakap biasa. Jangan paksa nak cakap Melaka sebab buruk nau bunyiknya. 10. Waktu malam, rumah orang Melaka keliling rumah pasang api (lampu ya..jangan keliru) tak suka bergelap. Sebab tu kedai jual lampu banyak kat Melaka. Tips lain nanti le..banyak lagi. Mana nak tambah tu, taruk kat ruang komen kat bawah, tak reti reti lagi. Ha ha ha rindunya lahhh Melaka.



Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *