Recent Post

Monday, November 09, 2015

Zahid bincang isu LGBT, hak asasi di London


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Kerjasama soal keselamatan negara dan jenayah transnasional antara Malaysia dan United Kingdom (UK) menjadi tumpuan perbincangan semasa lawatan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ke London mulai hari ini.

Ahmad Zahid yang dijangka tiba lewat petang ini untuk lawatan empat hari akan mempunyai jadual padat merangkumi perbincangan dalam soal imigresen, hak asasi manusia dan aktiviti cegah keganasan.

Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom Datuk Ahmad Rasidi Hazizi berkata lawatan ini, yang pertama oleh Ahmad Zahid sebagai Timbalan Perdana Menteri bertujuan mengeratkan hubungan dan kerjasama dua hala antara kedua-kedua negara dalam semua aspek termasuk keselamatan.

Dalam lawatan ini, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri antara lainnya dijadual bertemu rakan sejawatannya Setiausaha Dalam Negeri UK Theresa May pada Selasa.

'Mereka dijangka berbincang isu-isu kepentingan bersama termasuk soal imigresen, jenayah transnasional, LGBT dalam konteks Islam dan isu hak asasi manusia,' katanya pada sesi taklimat kepada media Malaysia di London hari ini.

Ahmad Rasidi berkata Timbalan Perdana Menteri juga dijadual mengadakan pertemuan dengan Penasihat Agensi Keselamatan Nasional UK, Sir Mark Lyall Grant dan menghadiri sesi taklimat mengenai perhambaan zaman moden.

Ahmad Zahid akan juga menghadiri jamuan malam Diaspora Malaysia di Manchester pada Isnin, yang djadual dihadiri hampir dua ratus rakyat Malaysia termasuk pelajar Malaysia, katanya.

Beberapa mesyuarat tertutup juga telah disusun untuk Ahmad Zahid, termasuk bersama National Border Targeting Centre (NBTC) dan mesyuarat cegah keganasan juga di Manchester pada Selasa.

Pada hari akhir lawatan Rabu, Timbalan Perdana Menteri dijadual memberi ucaptama pada Sidang Kemuncak Ekonomi China Sedunia (WCES) Ketujuh serta pertemuan dengan Menteri di Pejabat Luar dan Komanwel UK, Hugo Swire, di London.

Ahmad Zahid juga dijadual melawat Penjara Belmarsh di London.

Selain diiringi isteri Datin Seri Hamidah Khamis, delegasi Ahmad Zahid termasuk Pengarah Cawangan Khas PDRM Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun dan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia Datuk Sakib Kusmi.

-Bernama




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *