Recent Post

Monday, November 09, 2015

"KECIL HATI INI BILA MELIHAT AYDA PAKAI BAJU ITU" - LANA NODIN


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Baru-baru ini, Lana Nodin meluahkan rasa terkilan apabila pakaian perkahwinannya dipakai oleh Ayda Jebat untuk penggambaran iklan program 'Juara Perodi' selain menyifatkan baju pengantin tersebut sebagai sesuatu yang sangat istimewa.

Menurut Lana, apa yang membuatkannya sangat terasa hati adalah kerana pakaian pengantinnya diberikan kepada Ayda dan dipakai semata-mata untuk menjayakan iklan program televisyen kerana dia sangat menyayangi busana mewah itu.

"Sebaik melihat sendiri gambar yang dimuat naik Ayda dalam laman sosial Instagramnya, saya tertanya-tanya bagaimana baju itu boleh dipakai Ayda untuk menjalani penggambaran iklan. Cuma saya hairan mengapa apabila peminat mengaitkan baju itu dengan majlis pe rkahwinan saya, dia terus memadam komen terbabit.

"Perkara itu juga membuatkan saya berasa kecil hati. Kalau benar Ayda mahu menggayakan baju itu kerana menyukainya, seharusnya dia mengakui di laman sosial miliknya apabila orang mula bercakap dan menyatakan ia pakaian pengantin Lana Nodin.

"Saya tidak akan menjadikan perkara ini sebagai satu isu jika baju yang dipakai itu adalah biasa, sebaliknya pakaian itu digayakan pada hari bersejarah dalam hidup saya," ujar Lana dipetik sebagai berkata.

Bagaimanapun, Ayda enggan mengulas perkara itu dan memilih untuk berdiam diri kerana tidak mahu memanjangkan isu itu.

         ________________________

FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS - INSTAGRAM - TWITTER

TwitterFacebookGoogle PlusRSS FeedEmail




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *