Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Suami saya dan rakannya menjual produk kecantikan mereka sendiri. Bagi saya, ia lebih kepada penjenamaan semula yang mana mereka ambil dari kilang dan membuat design packaging mereka sendiri. Saya tidak pernah mengetahui kewujudan produk kecantikan tempatan ini. Kemudian, dia menyuruh saya mencubanya. Pada mulanya saya menolak kerana tidak biasa menggunakan barang-barang kosmetik seperti ini. Tetapi apabila ada yang datang dan bertanya mengapa saya tidak menggunakan produk kosmetik suami? Mereka pula menganggap saya tidak menyokong si suami. Disebabkan itu, saya pun mengambil keputusan untuk mencuba produk tersebut. Pada mulanya, kulit wajah saya mengelupas dengan teruk dan membuat saya berasa risau. Sudahlah tidak pernah menggunakan apa-apa krim muka, jadi pula seperti ini. Suami kata, perkara itu adalah normal. Jadi saya pun terus menggunakannya. Beberapa hari selepas itu, wajah saya menjadi berseri-seri, flawless dan sebagainya. Rakan saya yang biasa menggunakan produk kosmetik ini memberitahu, produk yang dijual oleh si suami sama saja kandungannya dengan Tabita dan harga produk itu sebenar sangat-sangat murah. Produk yang dikeluarkan oleh suami dan rakannya itu, mereka letak harga runcit RM100. Tetapi harga sebenar dari kilang hanya RM20 bagi 1 set produk kosmetik tersebut termasuk sabun, krim untuk waktu siang dan krim untuk waktu malam. Harga bagi stokis pula hanya RM50 sahaja. Sekarang barulah kita tahu bagaimana pengasas kosmestik tempatan boleh menjadi jutawan segera. Saya bukan cuba menutup periuk nasi orang atau yang sewaktu dengannya tetapi saya risau dengan gadis-gadis di luar sana yang ghairah menginginkan kulit putih, flawless dengan cepat. Di atas keghairahan mereka itu, ada pula pihak yang ingin mengambil kesempatan. Selepas saya bercerai, saya berhenti menggunakan produk itu, salah satu sebabnya juga kerana tiada lagi bekalan percuma (haha). Kemudian saya kaji sedikit mengenai produk kosmetik tempatan ini yang mana orang biasa kata ia mengandungi mekuri. Ya, saya tidak menafikannya. Apabila saya berhenti menggunakan produk tersebut, jerawat batu naik bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. OMG! Betapa mengelabahnya saya pada masa itu. Seumur hidup saya, tidak pernah naik jerawat sebegini banyak. Jerawat uzur saja sekali dua, tetapi yang kali ini memang bencana! Tetapi saya bernasib baik sebab jerawat batu itu tumbuh di garisan dagu/pipi, berderet. Jadi bila orang melihat wajah saya dari depan, tidaklah ketara sangat. Pada masa itu saya mula sedar, produk kosmetik tempatan ini memang membahayakan dan bekas suami dan rakannya yang kononnya mengeluarkan produk sendiri itu mendakwa mereka membuat kajian sendiri dan sebagainya sebenarnya menipu! Kulit mereka putih, cantik, flawless sebab mereka mengambil pelbagai jenis suntikan, vitamin c, kolagen, plasenta. Namakan saja, semuanya mereka ambil dan kosnya bukan murah. Tetapi biasalah, kulit lelaki tidak sama dengan kulit perempuan. Kulit mereka tebal sikit. Jadi, tolonglah semua. Jika ada peluang untuk elak, elakkanlah. Didiklah gadis-gadis ini betapa pentingnya menggunakan produk yang benar-benar selamat dan tidak membahayakan atau boleh saja menggunakan cara yang semulajadi. Tidak perlu ghairah nak cepat cantik, kalau tak nak muka jadi rosak. Terima kasih kerana meluangkan masa untuk membaca perkongsian yang tidak seberapa ini. - Perkongsian screenshot dari Syaza Rahizad. Ditulis dan diterjemah semula untuk memudahkan pembaca faham dan siaran di THEHYPEMEDIA.COM
No comments:
Post a Comment