Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Berita ini sebenar merupakan sindiran pedas terhadap Kerajaan atas kenaikan kadar tol yang mendadak beberapa minggu yang lalu.
Mulai 15 Oktober 2015 yang lalu, 18 syarikat konsesi lebuhraya telah mengenakan kadar baharu bagi laluan tol.
Hampir kesemuanya melibatkan laluan di Lembah Kelang, namun laluan KL-Karak dan juga Lingkaran Luar Butterworth di Pulau Pinang juga turut terlibat.
Ia menyaksikan kenaikan harga lebih 17 hingga 80% di antara 20 sen hingga RM1. "Nak elak tol, bangun awal, guna laluan tidak bertol, baru jimat," – Rahman Dahlan
Susulan kenaikan kadar tol, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan telah mencadangkan pengguna jalan raya menggunakan alternatif lain jika terbeban dengan peningkatan harga tol baru-baru ini. Menurutnya lagi, peningkatan harga tol itu adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk menggalakan pengguna memilih pengangkutan awam berbanding kenderaan persendirian. "Kalau nak elak tol, bangun awal pagi, lalu laluan yang tiada tol baru la boleh jimat," katanya berseloroh. "Pada masa hadapan diharap, perkhidmatan LRT, MRT dan Monorail serta bas dan juga teksi perlu diletak pada harga berpatutan supaya pengguna akan beralih pada jenis pengangkutan lain. "Kami mahu kemudahan pengangkutan menjadi berpatutan buat semua pengguna dan menyenangkan semua pihak," kata beliau pada sidang media berhubung isu kenaikan harga tambang KTM baru-baru ini, disini.
No comments:
Post a Comment