Recent Post

Tuesday, November 17, 2015

'Nabil & Jihan Kekal Hos GV2, Ini Hanya Amaran Manja Sahaja'


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Pengacara lawak, Nabil Ahmad dan Jihan Muse akan terus dikekalkan dalam program realiti Gegar Vaganza 2 (GV2), demikian pengesahan Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad.  Penonton GV2 malam tadi dikejutkan dengan pengumuman bahawa dua pengacara berkenaan akan disingkirkan dan digantikan dengan penyampai radio Raja Azura dan Salih Yaacob.  Penyingkiran itu diketahui setelah lagu mereka dipaparkan di skrin segmen 'Ada Lagu Ada Lagi' namun gambar mereka telah ditukarkan dengan wajah Raja Azura dan Salih Yaacob. Bagaimanapun jelas Raqim, adegan itu hanyalah gimik dan amaran manja kepada Nabil dan Jihan sahaja.  "Nabil dan Jihan tidak akan disingkirkan pada malam ini (Ahad). Itu cuma gimik dan amaran dari kami kepada mereka. Sebelum ini teguran telah pun diberikan dan Nabil juga dilihat semakin baik semasa mengendalikan GV2.  "Apapun, Nabil dan Jihan adalah penyeri dalam GV2. Tanpa mereka mungkin sunyi pentas setiap minggu. Mereka juga telah melakukan tanggungjawab yang diberikan dengan baik sekali," katanya memetik laporan dari Astro Gempak.  Nabil dan Jihan juga mendapat undian suara yang banyak berbanding Raja Azura dan Salih Yaacob di Dewan MBSA yang meminta kedua-dua pelawak berkenaan terus kekal. Sementara itu di laman sosial juga, netizen menyuarakan pandangan yang sama.  "Tolonglah jangan tukar-tukar hos. Raja Azura dan Salih Yaacob tidak sesuai. Nabil dan Jihan sudah perfect untuk GV2. Merekalah penyeri program realiti ini. Tolong jangan rosakkan mood penonton," kata Eeka Syafiqah. - THEHYPEMEDIA.COM




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *