Recent Post

Tuesday, November 17, 2015

Husni: K'jaan tak pernah cadang naik kadar GST tahun depan


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Kerajaan tidak pernah bercadang untuk menaikkan kadar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) walaupun harga minyak dijangka turun di bawah USD48 setong, tahun depan.

Malah, tegas Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, kerajaan juga tidak pernah berbincang mengenai langkah menaikkan GST berkenaan.

Jelasnya, walaupun andaian mengenai harga minyak boleh dibuat, namun perkara itu tidak akan diketahui bagi jangka masa panjang.

"Ada kajian mengatakan pada tahun 2020 harga minyak akan naik mencecah USD50 hingga USD60 setong... tetapi ia bergantung kepada negara-negara OPEC (Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum) yang bermesyuarat enam bulan sekali.

"Apa yang berlaku sekarang adalah permintaan terhadap minyak berkurangan berbanding pengeluaran. Kalau (OPEC) buat keputusan mengurangkan pengeluaran minyak, mungkin harga minyak akan naik.

"Tapi sekarang (andaian) berbentuk spekulasi, tiada siapa yang tahu (tempoh tepat harga minyak akan naik atau turun).

"Malah, dalam kerajaan kita tidak pernah berbincang untuk menaikkan GST," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2016 bagi kementerian itu, di Dewan Rakyat semalam.

Ahmad Husni berkata demikian bagi menjawab celahan Rafizi Ramli (PKR-Pandan) yang meminta penjelasan sama ada kerajaan akan menaikkan kadar GST jika harga minyak turun di bawah paras USD48 setong, tahun depan.

Dalam pembentangan Bajet 2016 pada 23 Oktober lepas, kerajaan menjangkakan kutipan GST sebanyak RM39 bilion tahun depan yang diunjur berdasarkan paras harga minyak mentah USD48 setong.

Selain itu, mengulas dakwaan pembelian salah satu cabang tenaga milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Edra Global Energy Bhd (Edra) oleh syarikat asing, Ahmad Husni berkata perkara itu masih dikaji.

"Dalam soal ini sebelum membuat tender, kita akan melakukan kajian dan memastikan kedaulatan negara terjamin. Merujuk soal kadar, kita yang menentukan perjanjian pembelian tenaga itu," katanya.

Beliau menjawab pertanyaan Rafizi yang mencelah dengan mendakwa pemilikan Edra akan diberi kepada syarikat asing yang menawarkan bidaan lebih tinggi berbanding Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Pada Sabtu lepas, Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB, Arul Kanda, dilaporkan berkata tiga pembida iaitu dua pembida asing dan satu tempatan, telah disenarai pendek untuk menghantar bidaan mereka bagi membeli Edra yang bernilai antara RM16 bilion hingga RM18 bilion.

- Bernama




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *