Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
CELAH GELEGAR MABUK BAHASA INGGERIS: Adenan Satem LANGGAR Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan
KUALA LUMPUR: Kerajaan Sarawak diminta untuk mengkaji semula keputusan menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi supaya tindakan itu tidak mengatasi kepentingan negara secara keseluruhan. Ketua Eksekutif Yayasan Karyawan, Datuk Zainal Abidin Borhan, berkata pemimpin perlu mendahulukan proses pembinaan negara bangsa, perpaduan dan identiti berbanding kepentingan politik. "Jika seseorang pemimpin sudah membuat pengumuman sebegitu, tidak mustahil ia akan membuka ruang untuk tuntutan supaya bahasa lain menjadi bahasa rasmi sedangkan sangat jelas ia melanggar Perkara 152 dalam Perlembagaan.Saya amat berharap kerajaan akan memikirkan tindakan itu kembali. Ia mungkin 'seronok' didengar untuk tujuan politik tetapi kita tidak boleh mengatasi kepentingan kepada negara," katanya kepada BH di Yayasan Karyawan di sini, hari ini. Zainal Abidin turut mengaitkan isu itu dengan tindakan Ahli Parlimen Kuching, Chong Chieng Jen yang bertegas mahu menggunakan bahasa Inggeris dalam perbahasan R ang Undang-undang Perbekalan 2016 pada peringkat jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri dengan alasan perenggan Artikel 161 Perlembagaan Malaysia mengenai hak ahli Parlimen Sabah dan Sarawak untuk berucap dalam bahasa Inggeris di Parlimen, kelmarin. "Perkara 161 dalam Perlembagaan jelas menyatakan selepas 10 tahun, iaitu pada tahun 1973 secara automatik berkuatkuasa penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi di seluruh Persekutuan Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak," katanya. Terdahulu daripada itu, Zainal Abidin dalam Wacana Fikrah Ummah ke-10: Kelangsungan Bahasa Melayu dalam Pembangunan Negara berkata, Akta Perkara 20 yang dipersetujui ketika Sarawak masuk ke dalam Malaysia hanya memberi kelonggaran kepada Borneo mengekalkan bahasa Inggeris selama 10 tahun. "Kelonggaran itu sebaik saja menyertai Malaysia dan sebelum beralih sepenuhnya kepada bahasa kebangsaan. "Perlu diingat, Perkara 20 itu mestilah tidak bercanggah dengan Perkara 161/152 Perlembagaan," katanya. Zaina l Abidin berkata, pemimpin politik di negara ini seolah-olah tidak serius dalam membina negara sehingga tidak dapat menerima perkara yang menjadi asas bersama. "Malaysia sudah merdeka selama 58 tahun tetapi kita masih gagal untuk membina negara bangsa kerana terlalu banyak berpolitik," katanya.
No comments:
Post a Comment