Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
PANAS! Ini Punca Kenapa Nora Danish Mahu Beralih Bidang
Jika sebelum ni kecoh dengan isu Rekaan Tudung Nora Danish Dikecam Peminat namun pelakon kecil molek Nora Danish tidak melenting sebaliknya menerima kritikan tersebut secara terbuka. Insiden tersebut telah menjadi viral gara-gara tudung yang dipakai oleh Nora Danish dilihat menyerupai rahib gereja. Susulan daripada isu tersebut, Nora Danish secara merendah dirinya memohon maaf atas perkara yang tidak disengajakannya itu.
Kegemilangan dan juga populariti bukanlah sesuatu yang sentiasa kekal. Bagi Nora Danish, dia kini mahu memperlahankan kerjayanya sebagai pelakon bagi memberi tumpuan kepada bidang perniagaan.
"Saya sudah lama jadi anak seni, jadi saya gunakan platform ini untuk capai cita-cita menjadi ahli perniagaan yang berjaya. Itu cita-cita asal saya sebenarnya. Semuanya untuk masa depan diri, anak dan keluarga"
"2015 saya lihat tahun yang tepat untuk saya mulakan perniagaan pakaian sendiri. Saya akan memperlahankan aktiviti seni sebab macam saya pernah cakap, saya tak akan selama-lamanya menjadi pelakon"
"Saya ada target saya sendiri. Matlamat saya untuk ada perniagaan pakaian sendiri adalah sasaran saya pada tahun 2015 ini selain Kopi XOXO. Selepas Raya hari itu saya sudah kurangkan berlakon. Lebih kepada perniagaan ini"
"Saya tak mahu terikat lagi. Selepas ini sekiranya ada tawaran berlakon, saya akan pertimbangkan. Kalau okay, saya buat. Jadi tidak terikat dengan mana-mana pihak," jelasnya kepada Tonton Extra selain menyatakan bahawa dia tidak menyambung kontrak bersama syarikat produksi MIG.
Sekarang ni dah ramai artis yang buat bisnes sendiri dan berjaya, penulis memang sokonglah apa yang dilakukan Nora Danish ni. Dunia artis ni bukannya kita sentiasa berada diatas kan jadi lebih baik sedia payung sebelum hujan.
10,290 total views, 10,290 views today
No comments:
Post a Comment