Recent Post

Friday, November 20, 2015

'JPN Manjung Lembab Macam Siput Babi'


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

14 November 2015. Salam, khas buat kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara, Manjung, Bahagian Anak Angkat.  Terima kasih di atas kerjasama anda yang begitu lembab macam siput babi. Saya dah hantar borang permohonan anak angkat dari bulan November 2014. Selepas bising-bising, baru dipanggil untuk interview pada bulan Ogos 2015.  Punyalah lembab sedangkan borang yang saya hantar tiada masalah. Borang semua lengkap mengikut syarat.  Seorang pegawai JPN bernama Nurul binti Nordin yang handle kes saya sangatlah sombong. Kita ni nak buat kerja yang betul, nak memudahkan anak-anak. Sekolah call, kata kena tunggu, sedang proses. Kita pergi nak follow up di JPN Semedang pada jam 3 petang ke atas. Di kaunter, kakitangannya pula kata Cik Nurul sedang/keluar makan. Time makan ikut suka dia saja kot? Setelah setahun lamanya penantian saya dan suami, akhirnya semalam baru dapat panggilan dari JPN Manjung yang mengatakan permohonan sudah diluluskan.  Itu pun sebab saya hubungi pegawai JPN Ipoh bertanyakan proses ambil sijil anak angkat ini adakah mengambil masa setahun untuk diluluskan? Sedangkan JPN cawangan lain hanya mengambil masa sebulan sahaja.  JPN Ipoh call JPN Manjung, barulah borang saya diproses.  Wahai pegawai JPN, saya ini bukan suka-suka nak buat urusan dengan anda. Kalau boleh buat dengan JPN Ipoh, JPN Bota ke, sudah lama saya pergi. Sangat susah berurusan dengan JPN Manjung. Padahal tempat lain senang saja. Kerja nak makan gaji buta saja, baik tak payah kerja. Kita ambil anak-anak yang tidak berdosa ini sebab tak mahu ibu dia buang mereka di mana-mana tong sampah. Alih-alih nak buat urusan pengambilan anak angkat punyalah susah. Sedangkan sistem sudah ada, tetapi manusia yang menyusahkan. - Sayeda Ismail.  Aduan ditulis semula dan disiarkan di THEHYPEMEDIA.COM




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *