Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Sejak kehidupan adik beradik selebriti Emma, Chacha dan Yaya Maembong didedahkan di dalam program realiti digital bersiri The House, peminat sudah mula mengenali sikap dan gelagat mereka.
Malah sikap mereka yang suka bergaduh dan bertelingkah ketika bersama membuatkan peminat Emma Maembong merasakan ianya tidak patut berlaku dan menasihatkan agar mereka berbaik-baik sesama adik- beradik.
Nasihat itu diberikan oleh pengikuit laman sosial Instagram Emma Maembong yang memberi komen ke atas posting yang dimuat naik pelakon itu.
Selain meminta mereka tidak bergaduh, peminat-peminat lain juga meluah rasa simpati buat adik bongsunya Chacha Maembong yang sering kali dibuli.
Berikut merupakan komen berkenaan:
"Jangan gaduh_gaduh peluk peluk is best"
"jgn slalu buli chacha. Haha"
"Kesiannye nye kak @chacha_maembong kena buli di #the house"
Bagaimanapun, ramai yang tidak mengetahui kelakuan kasar ketika bergurau dan bergaduh itu adalah perkara biasa buat 3 beradik ini. Bahkan,di dalam The House, penonton boleh melihat mereka akan berbaik semula tidak lama selepas itu seperti bak kata pepatah 'air yang dicincang tidak akan putus'.
Banyak lagi insiden dan aktiviti yang dilakukan oleh trio beradik ini dalam The House yang ditayangkan secara eksklusif menerusi portal Astro Gempak atau www.thehouse.com.my pada setiap hari Rabu jam 4.00 petang dan diikuti dengan siaran televisyen yang akan disiarkan di saluran Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123) pada setiap hari Isnin jam 9.30 malam bermula 2 November 2015.
Artikel oleh Syafiqah Jalal
Artikel ini disiarkan pada Jumaat, 20 November 2015
No comments:
Post a Comment