Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Hanya dengan sekali lafaz pelakon Shukri Yahaya telah sah bergelar suami kepada Tya Adnan dalam satu majlis akad nikah yang diadakan di Masjid Tuanku Zainal Abidin, Putrajaya pada jam 3.36 petang tadi.
Pasangan itu dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan dan Perceraian Putrajaya, Muhd Redza Ahmad dan berwakil walikan bapa Tya sendiri iaitu Ahmad Adnan Ishak.
Shukri menyerahkan mas kahwin berupa wang tunai berjumlah RM300. Walaubagaimanapun, pasangan ini tidak mendedahkan jumlah mas kahwin mahupun hantaran kerana tidak mahu menunjuk-nunjuk. Malah, Shukri tidak menerima sebarang tajaan buat majlis raja seharinya dan lebih selesa untuk menggunkan wang hasil titik peluhnya sendiri bagi perkahwinan beliau.
Pihak lelaki turut turut memberi tujuh dulang hantaran yang merupakan senaskah Al- Quran, set minyak wangi,telekung, beg tangan,set alat solek, kek dan sirih junjung.
Tya pula membalas dengan sembilan dulang hantaran yang mengandungi senaskah Al-Quran dan tasbih, sepasang kasut, kek, komputer riba, jam tangan, set wangian, coklat, buah-buahan dan sireh junjung.
Lima tahun menyulam cinta sebelum bersatu sebagai suami isteri, Tya menyifatkan karakter Shukri yang lucu membuatkan beliau tertarik dan merasa selesa dengan suaminya itu.
Majlis resepsi perkahwinan Shukri dan Tya pula akan diadakan esok di di A-Park, Kampung Pulau Meranti Puchong.
Berikut beberapa lagi foto sekitar majlis akad nikah Shukri Yahaya dan Tya Adnan khas buat pembaca BeautifulNara dengan membaca artikel ini sepenuhnya.
Sumber Berita: mStar Online / Sumber Foto: Instagram Pepatungmy
Related Related Category : Malay 4 Comments Tinggalkan komen anda di sini TAGS: foto majlis akad nikah shukri yahaya dan tya adnan, majlis pernikahan tya adnan dan shukri yahaya, sekitar majlis pernikahan shukri yahaya dan tya adnan, shukri yahaya akad nikah, shukri yahaya dan tya adnan kahwin, shukri yahaya dan tya adnan nikah, shukri yahaya sah bergelar suami PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
No comments:
Post a Comment