Recent Post

Friday, December 04, 2015

'Kenapa Kau Gemuk Sangat! Anak Dahlah Lemas! Kan Dah Susah!'


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Saya teringat On Call saya beberapa yang lepas. Sewaktu dikejutkan oleh panggilan telefon oleh registrar saya dari bangunan wad bersalin; "I encounter a difficult spinal here, C-section for a fetal distress; BMI 44. I couldn't get into the space. I keep hitting the bone. Have tried both median and paramedian approach,". Berkenaan dikejutkan tengah-tengah malam untuk kes emergency adalah perkara biasa bagi kami pakar bius on call. Tetapi dikejutkan untul "Fail spinal" ibu obese yang perlu dibedah, panas hati saya jadinya.  "Kenapalah kau gemuk sangat!!! Anak dahlah lemas, kena keluarkan cepat. Kan dah susah!!" rungut saya dalam hati.  Laju saya berlari merentas dua blok dalam gelap jam 1 pagi. Takut hantu atau manusia berperangai hantu bukan menjadi isu lagi. Fetal distress (bayi lemas) bukan perkara enteng. Itulah penyebab litigasi terbesar bagi pakar obstetrik dan doktor lain yang terlibat. Setibanya di wad pembedahan, sudah lebam dan bengkak bahagian belakang pesakit tadi akibat beberapa kali cubaan spinal yang tidak berjaya. MO saya walang tertera di wajahnya. Masih dalam pakaian scrub.  Cubaan pertama, kedua saya gagal. Sudahlah pesakit gemuk, tulang belakang pula serupa tulang belakang orang tua, ruang terlampau sempit antara vertebra dan melekat semuanya. Pasti kes kurang senaman/regangan menyebabkan kurang flexibiliti pada ligamen spinal.  Walaupun hati panas, saya ringankan mulut untuk berbual dan menenangkan pesakit. Saya berjaya pada cubaan ketiga. Muka si ibu berubah daripada masam sugul kepada senyuman kelegaan penuh syukur.  Tak sanggup saya memikirkan perlu tukar bius spinal kepada bius tidur (general anaesthesia) kepada pesakit tersebut. Umpama seblah kaki saya (dan kaki dia juga) sudah berada dalam kubur. Fail intubation bermakna nanti ada suami yang menjadi duda, ada anak menjadi yatim, ada ibu bapa yang hancur hatinya. Sejurus pembedahan bermula dan bayi dikeluarkan, saya minta maaf kepada ibu muda tadi atas kesusahan yang dialaminya. Yang peliknya berkali-kali dia ucapkan terima kasih kepada saya. Sedih dan rasa bersalah pula saya jadinya. Sewaktu menukar pakaian scrub, rasa kasihan saya pada ibu tadi melimpah-limpah. Kasihan. Tak ada seorang manusia pun meminta untuk menjadi segemuk itu. Semua nak kurus. Semua nak cantik. Sepanas-panas hati saya menguruskan dia; saya cuma melihat dia sekali. Bagaimana pula perasaan dia melihat dirinya sendiri dalam cermin saban hari. Pasti dia lebih sakit hati lagi. Memang kasihan pada ibu-ibu mengandung yang obese ini. Mungkin kurang pengetahuan, mungkin kurang sokongan. Yang pasti bilangan mereka akan bertambah selaras dengan masa. Sebanyak mana pun ilmu dan skill kami para doktor pelajari untuk menguruskan mereka, komplikasi tetap mereka sendiri yang menanggungnya. Bantulah kami untuk membantu anda. Tolonglah. - Hana Hadzrami




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *