Recent Post

Friday, December 04, 2015

Penyanyi Muda Jadi Mentor dalam MENTOR MILENIA


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Selepas tujuh musim penerbitan Mentor, program tersebut akan kembali dengan format baharu dikenali Mentor Milenia melibatkan penyertaan peserta muda sahaja.

Selain itu mentornya pula membabitkan empat penyanyi angkatan baharu iaitu Akim, Black Hanafiah, Hazama dan Azlan (The Typewriter).

Menurut Pengurus Hiburan Primeworks Studios merangkap penerbit eksekutif Mentor Milenia, Muhammad Sufian Isa, pihaknya sengaja mengubah format yang hanya fokus kepada golongan muda iaitu antara 17 hingga 21 tahun sebagai nafas baharu dalam program tersebut.

"Kami mahu menyuntik nafas baharu dalam program ini dan untuk musim kelapan, pencarian protege lebih mengutamakan bakat-bakat muda.

"Dengan kehadiran empat mentor muda juga iaitu Black, Azlan, Akim dan Hazama, saya percaya protege akan lebih serasi dengan mentornya," kata Sufian.

Sufian ditemui pada sidang media program Mentor Milenia di Sri Pentas TV3 di sini pada Khamis.

Sementara itu penerbitnya Ahmad Shaifullizam Arshad (Gbam) pula berkata, pemilihan empat mentor muda itu dibuat berdasarkan pengalaman mereka yang luas dalam industri muzik meskipun pada usia yang muda.

"Mereka mempunyai kriteria yang cukup untuk bergelar mentor. Walaupun muda, Black, Hazama, Azlan dan Akim mempunyai pengalaman jatuh bangun mereka sepanjang berada dalam industri seni.

"Malah mereka juga mempunyai pengalaman dalam pertandingan program realiti (kecuali Azlan) untuk dikongsikan kepada protege masing-masing," ujarnya.

Sementara itu, kata Gbam, Mentor Milenia tidak mempunyai panel juri kerana keputusan persembahan protege adalah berdasarkan jumlah undian daripada penonton di studio sebanyak 30 peratus dan 70 peratus menerusi laman web rasmi program tersebut.

Bagi yang berminat menyertai Mentor Milenia, peserta yang dicari perlu berusia 17 hingga 21 tahun, warganegara Malaysia, mempunyai pakej dan bakat vokal yang mantap.

Peserta yang menghadiri uji bakat perlu membawa kad pengenalan, gambar berukuran pasport atau 4R dan minus one lagu yang dipersembahkan.

Uji bakat akan berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral Shah Alam pada 13 Disember (Hazama), 19 Disember (Azlan), 20 Disember (Akim) dan 26 Disember (Black).

Sumber: Mstar Online

Komen via Facebook

Komen




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *