Recent Post

Saturday, February 13, 2016

7 Tip Sediakan Dinner Romantik Untuk Raikan Cinta Dengan Si Dia


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Dengan keadaan ekonomi sedang menjunam dan harga makanan cukup mendadak naik di hampir setiap restoran, anda mungkin harus memikirkan alternatif lain untuk meraikan bulan cinta ini bersama si dia. Salah satunya ialah menyediakan hidangan makan malam romantik anda sendiri serta meraikannya di rumah dengan bajet cukup rendah. 

Dengan cara ini, anda bukan saja dapat berjimat tetapi juga mampu  menikmati hidangan yang benar-benar anda gemari, dapat meluangkan masa yang berkualiti bersama si dia dan paling penting anda dapat mencetuskan pelbagai kejutan buat pasangan yang anda cintai atau sayangi itu. 

Di sini adalah perkara-perkara yang perlu anda titik-beratkan jika ingin meraikan hidangan cinta bersama si dia di rumah. 

1. Lakukan perancangan menu romantik anda - Anda perlu membuat perancangan tentang hidangan makan malam cinta yang ingin anda sediakan. Cubalah membuat kejutan dengan menyediakan 3 course hidangan bermula dengan appetizer, main course. Pastika n kesemua hidangan anda itu penuh dengan elemen romantik dan cinta.  

Jika anda bukan kaki memasak, jangan cuba bereksperimental dengan memilih resepi yang anda tidak pernah buat sebelum ini. Pilih resepi yang anda betul-betul yakin anda mampu masak. Elakkan menyediakan makanan yang boleh mempercepatkan proses bau mulut seperti daging atau bawang putih. Pastikan juga anda tidak memilih hidangan main course yang terlalu berat. 

Cadangan appetizer adalah Shrimp with Basil-Mango Sauce Recipe (www.tasteofhome.com 

Cadangan main course -  Lemon Chicken Piccata (www.allrecipes.com)

Cadangan dessert pula seperti Mini Fruit and Brownie Trifles (www.justtaste.com) 

2. Uruskan masa anda dengan baik - Sebaik saja anda sudah memastikan resepi hidangan yang anda mahu sediakan itu, anda harus membeli segala bahan-bahan itu sehari sebelum makan malam romantik anda. Lakukan juga persiapan bahan-bahan yang perlu digunakan untuk hidangan masakan anda dengan segera. 

Anda pasti tidak mahu menghabiskan masa dengan memasak di dapur pada keesokan harinya. Dengan cara ini, anda dapat menyediakan semua hidangan dalam tempoh masa yang singkat, dapat merehatkan diri buat seketika sebelum menjelangnya malam, dapat menghiaskan diri dan rumah anda untuk meraikan kedatangan si dia. 

3. Cetuskan mood yang romantik - anda boleh menghias meja anda lilin atau bunga segar untuk menikmati candle light dinner bersama si dia. Anda juga boleh memilih penyegar rumah perisa yang sesuai untuk mencetuskan bauan enak dan menghangatkan. Seperkara lagi gunakan lampu kuning perang malap. Ia pasti akan menimbulkan suasana yang romantis. Atau nyalakan lilin-lilin wangi d i beberapa sudut. 

4. Wujudkan suasana yang sempurna - anda boleh memasang lagu-lagu romantik daripada stesen radio kegemaran anda. Kalau tidak pun, anda boleh memasang Raku atau Spotify untuk mendengar lagu yang berada di dalam senarai pilihan anda. Atau anda juga boleh melakukan kejutan dengan menyediakan senarai lagu untuk si dia. 

5. Mulakan dengan appetizer - Hidangan appetizer anda bersama minuman yang menyegarkan dan mungkin berbual kecil tentang perkembangan diri masing-masing atau berkongsi kisah menarik yang baru saja menimpa anda berdua. 

Kemudian hidangan main course - Menerusi hidangan ini, anda sudah boleh memfokuskan fasa perbualan lebih serius mengenai hubungan anda berdua. Bagi hidangan dessert pula,inilah peluang bagi anda dan si dia untuk menikmati suasana yang santai tetapi penuh romantik.  

6. Lakukan beberapa aktiviti bersama - anda boleh bermain games, melihat gambar-gambar atau menonton filem kegemaran menerusi TV. Anda boleh menga mbil gambar selfie bersama dan jadikan ia kolaj di dalam telefon bimbit pintar anda. 

7. Hadiah Cinta - Anda boleh melakukan kejutan dengan memberikan hadiah sempena meraikan bulan cinta ini. Kejutan hadiah boleh dilakukan pelbagai cara. Anda boleh menyediakan nota-nota kecil yang mengandungi kata-kata arahan atau petunjuk di mana hadiah itu berada. 

Atau berpura-pura meminta dia mengambil sesuatu di dalam bilik, namun hadiahnya sudah tersedia di situ. Jika anda lelaki dan mahu memberikan cincin kepada gadis kesayangan anda, mungkin anda boleh meletakkan cincin itu di dalam dessert anda. 

Sumber (www.tasteofhome.com), (www.allrecipes.com) , (www.justtaste.com)

Artikel ini disiarkan pada 13 Fen 2016 




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *