Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
KUALA LUMPUR – Drama bersiri bercorak kepolisan popular yang sudah disiarkan oleh RTM sejak 1999, Gerak Khas akan memulakan siaran untuk musim baharu pada 4 Mac ini.
Drama penyiasatan terbitan syarikat terkenal Skop Production itu, yang menampilkan 26 episod untuk musim 2016 ini akan disiarkan pada setiap Jumaat, pukul 9 malam di stesen TV2.
Pengarah Urusan Skop Production, Datuk Yusof Haslam berkata drama bersiaran lebih 15 tahun itu menampilkan barisan pelakon baharu termasuk Fattah Amin dan Raja Ilya bagi memberi nafas segar musim ini.
"Enam pengarah berbeza yang turut serta dalam penggambaran untuk musim kali ini iaitu saya sendiri, Syamsul Yusof, Aziz M. Osman, Faizal Yusof, C. Kumaresan dan Majed Salleh.
"Ia akan memberi pelbagai sentuhan dalam setiap episod," kata Yusof pada majlis pelancaran dan sidang media Gerak Khas 2016 di Pawagam Mini P. Ramlee Finas, di sini Khamis.
Majlis tersebut dirasmikan oleh Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari. Turut hadir ialah Pengerusi Finas, Datuk Mohd. Khusairi Abdul Talib.
Sementara itu, ketika berucap, Jailani berkata Gerak Khas juga mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi satu-satunya drama tempatan yang mampu bertahan dalam tempoh lebih sedekad.
Beliau berkata kementerian mengharapkan supaya lebih banyak isu dan ancaman dihadapi pada masa kini yang dibawa oleh media baharu, dapat ditonjolkan dalam drama seperti Gerak Khas.
"Saya turut menyeru kepada semua penerbit tempatan agar tidak mengabaikan tanggungjawab sosial kepada masyarakat tanah air. Berilah makna kepada usaha yang dibuat itu.
"Hasilkanlah rancangan yang bukan sahaja mempunyai nilai komersial, tetapi mempunyai nilai kepada kehidupan dan memberi pengajaran kepada penonton," katanya.
Berita berkaitan:Bapa sembunyi kegiatan anak
Yasmin Hani Tepis Kononnya Syok Sendiri
Siti Saleha berdebar untuk menyanyi
Di Sekitar Majlis Persandingan Mila Jirin Dan Suami
Nabil Ahmad Terbuka Terima Gurauan, Akui Diri Tidak Sempurna
Komencomments
No comments:
Post a Comment