Recent Post

Monday, February 08, 2016

Abang Johari: BN mampu rampas beberapa kerusi DAP dan PKR


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Barisan Nasional (BN) yakin dapat merampas semula beberapa kerusi daripada DAP dan PKR dalam pilihan raya negeri Sarawak Ke-11 yang dijangka diadakan April depan, kata Menteri Perumahan dan Pelancongan Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata ini berdasarkan maklum balas daripada akar umbi selain penerimaan dan sokongan rakyat termasuk kaum Cina terhadap dasar-dasar yang diperkenalkan Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem.

"Perwatakan ketua menteri dan dasar-dasarnya yang mesra rakyat memberi bayangan bahawa dalam masa lima tahun akan datang, Sarawak akan mempunyai kedudukan yang lebih lebih kukuh hasil kerjasama kerajaan negeri dan kerajaan pusat.

"Ini akan memberi keyakinan kepada rakyat bahawa masa depan Sarawak lebih cerah di bawah kepimpinan kerajaan negeri sedia ada," kata Abang Johari yang juga timbalan presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Pemantapan Jentera Pilihan Raya BN-PBB Dewan Undangan Negeri Pantai Damai di Kuching semalam.

Ditanya mengenai kenyataan DAP Sarawak bahawa ia mampu mengekalkan kesemua kerusi yang dimenanginya pada pilihan raya negeri ke-10, Abang Johari sebaliknya yakin BN dapat merampas semula beberapa kerusi berkenaan daripada DAP.

"Jika penyelesaian dapat dicapai antara pemimpin-pemimpin masyarakat Cina dan jika mereka bersatu, saya percaya BN dapat mengambil alih kerusi yang dipegang DAP," katanya.

Abang Johari berkata kerajaan negeri Sarawak juga sentiasa menekankan pembangunan luar bandar demi memanfaatkan rakyat.

Ditanya mengenai kenyataan Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin bahawa parti itu akan memansuhkan autonomis Imigresen Sarawak jika ia menubuhkan kerajaan, Abang Johari berkata kuasa Imigresen termaktub di dalam Perjanjian Malaysia dan tidak sewenang-wenangnya dimansuhkan.

Zuraidah dihalang daripada memasuki negeri ini minggu lepas semasa cuba mengadakan pertemuan dengan bakal calon wanita PKR bagi pilihan raya negeri ke-11.

- Bernama




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *