Recent Post

Monday, February 08, 2016

Elizabeth Tan Kongsi Rasa Teruja Sambut Tahun Baru Cina!


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Penyanyi yang dulunya popular menerusi video yang dimuat naik di You tube, Elizabeth Tan kini merupakan penyanyi yang dikenali ramai di Malaysia. Lagu Knock Knock menjadikan dia seorang penyanyi yang dikenali ramai malah berjaya memasuki ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu 30 (AJL30) pada bulan yang lalu.

Namun, dek kerana kesihatan yang tidak mengizinkan inilah Komen Elizabeth Tan Mengenai Persembahan AJL30. Elizabeth yang kini sibuk dengan kerjaya seninya tidak menghalang dirinya untuk meluangkan masa berkualiti bersama keluarga tersayang untuk menyambut Tahun Baru Cina.

Elizabeth Tan 1

Menurut Elizabeth, dia berasa sangat bertuah kerana semua ahli keluarganya menetap di Lembah Klang yang memberikan peluang untuknya melawat mereka setiap tahun.

Apabila bercerita mengenai pengalaman ketika menyambut Tahun Baru Cina ini, Elizabeth sangat teruja untuk berkongsi bersama peminatnya.

"Seperti kebiasaan, pagi Tahun Baharu Cina, saya, abang dan kakak akan menerima angpau daripada ibu bapa kami. Ketika itu juga kami tiga beradik akan memberi ucapan yang baik-baik untuk mereka. Selepas selesai berkumpul di rumah, kami sekeluarga akan ke rumah saudara mara."

"Keluarga kami sangat besar, bayangkan adik- beradik ayah saya 12 orang dan kami wajib pegi ke rumah mereka."

Walaupun tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk melakukan persiapan untuk menyambut perayaan ini, Elizabeth hanya memakai pakaian yang sedia ada.

Elizabeth Tan 2

"Setiap tahun saya akan beli ceongsam tapi kali ini saya tidak sempat dan hanya akan pakai yang sedia ada. Lagi pun tahun ini saya hanya berkesempatan bercuti seminggu."

"Tapi apa yang menariknya, sepupu kami telah menempah T-shirt yang sama di mana rekaannya berbeza mewakili setiap keluarga yang ada."

Malah, Elizabeth sempat berkongsi kenangan manis ketika dia masih kecil ketika menyambut tahun baru ini.

Elizabeth Tan 3

"Masa kecil-kecil dulu, selain bermain mercun, angpau adalah perkara yang menggembirakan. Ketika zaman itu, angpau paling banyak yang pernah saya dapat lebih RM1,000."

"Tapi bila sudah sudah dewasa, itu bukanlah keutamaan, yang penting saya dapat berkumpul bersama keluarga."

Apapun, selamat menyambut Tahun Baru Cina kepada Elizabeth Tan dan semoga perayaan tahun ini disambut dengan meriah bersama yang tersayang.

LAGI ARTIKEL MENARIK:

  • Elizabeth Tan Akui Takut Selepas Gosip Mesra Dengan Lelaki!
  • Eddie Tiga Swagger Nafi Jalin Hubungan Dengan Elizabeth Tan!
  • Panas! Elizabeth Tan Punca Adira Dan Shahrul Putus Tunang?
  • 2,438 total views, 2,438 views today




    Smiley :)
    :D
    :)
    :[
    ;)
    :D
    :O
    (6)
    (A)
    :'(
    :|
    :o)
    8)
    (K)
    (M)

    No comments:

    Post a Comment

    Popular Posts

    Berita Harian

    Malaysia Kini

    Mypotnews Links

    Submit ExpressFree Webmaster Tools
    Ping search engines.

    Contact Form

    Name

    Email *

    Message *