Recent Post

Monday, February 08, 2016

Azlina Aziz Juara Seiras Seirama Akhir


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Budiey nak ucapkan tahniah kepada Azlina Aziz, eh dia bukan penyanyi zaman 80 tau… dia adalah peserta klon Ziana Zain yang telah muncul juara Seiras Seirama musim pertama dan membawa pulang wang tunai RM20,000. Baru berusia 26 tahun, Azlina Aziz, ternyata tak sangka dapat menang. Itu yang dia kata kepada Budiey semasa sesi temubual sejurus selepas selesai Seiras Seirama Akhir yang berlangsung di Studio 1, Pusat Penyiaran Astro, Bukit Jalil.

Tahniah Azlina Aziz klon Ziana Zain, yang berjaya jadi juara SEIRAS SEIRAMA semalam.

Selain hadiah wang tunai Azlina turut membawa pulang sebuah trofi sumbangan Astro.

Azlina telah menyampaikan dua buah lagu pada pusingan pertama iaitu, Tiada Kepastian dan Sangkar Cinta dan Senja Nan Merah di pusingan kedua yang dinyanyikan bersama Aweera.

Menurut juri, Datuk Khadijah Ibrahim beliau ada alasan tersendiri kenapa beliau dan juri lain bersepakat memilih Azlina sebagai juara. Kesemua peserta memang terbaik namun Azlina telah mempersembahkan satu persembahan yang mantap dan mirip dengan Ziana Zain.

Selain Azlina, Mohamad Azri Abdullah, 28, dan Fazilah Asmar, 27 yang merupakan klon ikon Faizal Tahir dan Ella turut dipilih sebagai peserta top 3.

Klon Ziana itu turut menerima saingat hebat dari empat lagi finalis iaitu Nor Azri Zainuddin, 47, dan Ahmad Shukri Zakaria, 24, yang mewakili Ikon Jamal Abdillah dan Ikon Hafiz Suip.

Ikon Misha Omar dan Ikon Mas Idayu pula diwakili oleh Nor Amierazatyka Ayob, 21, dan Noor Hayati Selamat, 55, turut memberikan persaingan sengit dengan persembahan terbaik mereka.

Kesemua peserta diadili oleh tiga juri profesional iaitu, Datuk AC Mizal, Datuk Khadijah Ibrahim dan pengarah terkenal Mamat Khalid.

Program pertama mencari klon artis terkenal tanah air itu dihoskan oleh Datuk Aznil Haji Nawawi dan diadakan secara langsung dari Studio 1, Pusat Penyiaran Astro, Bukit Jalil.

Pentas akhir Seiras Seirama bersiaran secara langsung bermula pukul 9 malam Ahad di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Komen via Facebook

Komen




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *