Recent Post

Monday, February 08, 2016

Dari Mana Asal-Usul Fortune Cookies, Dicipta Orang Cina atau Jepun ?


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Sepertimana Chop Suey, fortune cookies adalah ciptaan Amerika. Asalnya daripada California. Namun, siapa sebenar pencipta fortune cookies dan dari bandar California mana dia berasal ia masih lagi menjadi tandatanya dan perdebatan. 

Menariknya, ada fakta yang mengatakan bahawa fortune cookies sebenarnya bukanlah dicipta orang Cina dan barangkali penciptanya juga bukanlah dari kalangan Cina Amerika. 

Cina atau Jepun, Angelino atau San Franciscan?Satu teori sejarah tentang fortune cookie mengatakan bahawa seorang pendatang Cina yang juga pengasas kepada Hong Kong Noodle Company iaitu David Jung telah mencipta cookie ini pada 1819. 

Prihatin dengan nasib orang-orang miskin yang sentiasa mendekati kedainya, dia telah mencipta cookie tersebut dan berkongsi serta menyebarkan dengan mereka di jalanan secara percuma. Setiap cookie tersebut mempunyai kata-kata penuh inspirasi yang diambil dari petikan skrip Injil. Ia ditulis oleh menteri Presbyterian untuk Jung. 

Saru lagi teori sejarah pula mengatakan fortune cookie dicetuskan oleh seorang pendatang Jepun di San Francisco bernama Makoto Hagiwara. Hagiwara adalah seorang tukang kebun yang merekacipta Taman Teh Jepun yang terkenal di Golden Gate Park. Seorang datuk bandar yang anti Jepun telah memberhentikannya daripada pekerjaan tersebut tetapi datuk bandar yang baru kemudian mengambilnya bekerja semula. 

Bersyukur denga n mereka yang sanggup berdiri di belakangnya pada waktu susah dan senang, Hagiwara telah mencipta cookie tersebut pada 1914 dan turut menyertakan nota terima kasih di dalamnya. Dia mula menyebarkan cookie tersebut di luar Taman Teh Jepun dan kemudian melakukannya secara kerap. Pada 1915, fortune cookie ciptaan Makoto Hagiwara telah dipamerkan di Pusat Pameran Panama-Pacific di Pameran Dunia San Francisco.

 Daripada Confucius kepada Wajah Senyuman Fortune cookies mula menjadi tradisi di restoran Cina selepas perang Dunia Kedua. Hidangan pencuci mulut tidal lagi menjadi sebahagian daripada juadah Cina yang tradisional. Sebaliknya,  cookies ini diganti dan ia dianggap sebagai hidangan yang cukup dekat di kalangan masyarakat Amerika. 

Sejajar dengan evolusi dan perkembangan dunia, kata-kata daripada Injil atau Confucius di dalam  fortune cookies kemudian diganti dengan nombor  loteri, kata-kata lawak, wajah senyuman (smile faces), horoskop kelahiran, jodoh dan cinta at au kata-kata nasihat. Ada pula yang digunakan dalam beberapa acara. Misalnya, parti harijadi, majlis perkahwinan mahu pun kempen politik. 

Daripada kayu penyepit kepada teknologi Fortune cookies pada asalnya dicipta menggunakan kayu penyepit. Namun, pada 1964, Edward Louie daripada Lotus Fortune Cookie Company, San Francisco telah menjadikan proses pembuatan fortune cookies itu secara automatik dan cepat apabila mencipta sebuah mesin khusus buat cookies tersebut. Hari ini, Wonton Food Inc di Long Island City, Queens pengeluar adaah fortune cookies yang terbesar. Syarikat ini mengeluarkan cookie ini sebanyak 60 juta setiap bulan. 

Apapun, Selamat Tahun Batu Cina buat seluruh masyarakat Malaysia terutama dari kalangan etnik Cina. Semoga Tahun Monyet 2016 ini memberikan keamanan serta kesejahteraan buat kita semua....

Sumber: infoplease.com 

Artikel ini disiarkan pada 8 Februari 2016




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *