Recent Post

Thursday, February 04, 2016

Menteri Persoal FAM tukar 'Harimau MALAYA' kepada 'Harimau MALAYSIA'


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

CELAH GELEGAR - Mencari Kebenaran Yang Sebenar Menteri Persoal FAM tukar 'Harimau MALAYA' kepada 'Harimau MALAYSIA' PETALING JAYA: Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mempersoalkan tindakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menukar nama gelaran pasukan bola sepak kebangsaan kepada 'Harimau Malaysia' berkuatkuasa semalam. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata, penukaran nama tersebut dilihat tidak perlu kerana nama Malaya sudah menunjukkan Malaysia. "Harimau Malaya atau Malayan Tiger (Panthera Tigris Jacksoni) adalah nama spesis dan tak perlu diubah kerana Malaya dah jadi Malaysia. "Sama seperti Sumatran Tiger tak perlu diubah menjadi Indonesian Tiger semata2 kerana Sumatera sudah menjadi sebahagian dari Indonesia," tulis bekas Menteri Belia dan Sukan di Facebook. Semalam, Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Haji Ahmad Shah mengumumkan gelaran pasukan bola sepak kebangsaan ditukar dari Harimau Malaya kepada Harimau Malaysia berkuatkuasa serta merta. Tengku Abdullah berkata, gelaran Harimau Malaya yang digunakan sebelum ini sudah tidak sesuai memandangkan perkataan Malaya itu sendiri tidak lagi diguna pakai secara menyeluruh di negara ini sejak pembentukan Malaysia pada 1963. Beliau turut berharap pengenalan nama gelaran rasmi baharu itu dapat memberi gambaran jelas bahawa skuad kebangsaan atau selepas ini dikenali sebagai skuad Harimau Malaysia adalah milik seluruh rakyat Malaysia termasuk di Sabah dan Sarawak. - FMT



Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *