Recent Post

Thursday, February 04, 2016

Nast-T Dedah Kahwini Atita Haris Kerana Status Ibu Tunggal Muda


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Tempoh enam bulan perkenalan merupakan jangka masa yang agak pendek untuk membuat keputusan terus berkahwin, tetapi tidak bagi pelakon Nas-T dan selebriti Instagram, Atita Haris.

Nas-T berkata selain jodoh yang kuat, dia akui kagum dengan wanita seperti Atita Haris seorang ibu tunggal yang kuat dan bertanggungjawab.

"Masa kami mula-mula berkenalan, saya dapat rasakan jodoh kami kuat dan semua perkara seperti dipermudahkan bila kami bersama.

"Saya terpikat pada Atita kerana dia punya pegangan agama yang kuat.

"Selain itu saya respect pada dia kerana seorang ibu tunggal muda yanh sangat bertanggungjawab pada anaknya,"katanya ketika sidang media yang berlangsung di QNA Republic Cafe Bangi.

Nas-T dan Atita sudah pun bernikah pada Jumaat lalu dalam majlis tertutup yang diadakan di Surau Al-Ikhlas, SS19, Subang Jaya.

Bagaimanapun, Nas-T memberitahu tiada niat untuk merahsiakan pernikahannya tetapi ia atas permintaan keluarga kedua belah pihak.

"Seben arnya kami tidak mempunyai niat untuk merahsiakan berita baik ini daripada pengetahuan sesiapa.

"Kami rancang sepatutnya bernikah pada 4 Mac tetapi disebabkan berita kami menghadiri kursus kahwin sudah diketahui ramai, maka keluarga kami meminta supaya perkahwinan dipercepatkan.

"Padahal, mengikut perancangan awal, perkahwinan kami sepatutnya dilakukan secara berperingkat sehinggalah semuanya selesai pada Mac nanti, tetapi jodoh kami tiba lebih awal," katanya lagi.

Bagaimanapun, kata Nas-T, tarikh untuk majlis resepsi masih lagi sama iaitu pada 4 Mac depan.

Nas- T, 32, dan Atita Haris, 24, berkenalan selepas pemilik sebuah produk, bertindak menyatukan kedua-duanya yang berstatus 'single' pada tahun lalu.

Bermula dari situ hubungan mereka semakin akrab sebelum memutuskan untuk berkahwin pada Jumaat minggu lalu.

Artikel oleh Syafiqah JalalArtikel Ini Disiarkan Pada Khamis, 4 Feb 2016




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *