Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Yatt Hamzah telah pun tampil menafikan dakwaan bekas suami yang dirinya bakal berkahwin dengan orang ketiga yang menjadi punca keruntuhan perkahwinan mereka. Menurut Yatt, dia dan bakal suami Mohammad Zulfadli mula berkenalan ketika menyertai misi kemanusiaan di Syria pada tahun lepas. Namun, hubungan mereka lebih serius dan rapat selepas Yatt bercerai. Ingatkan episod berbalas kenyataan ini telah tamat, namun nampaknya bekas suami Yatt iaitu Abdul Mutallib masih mahu membalas kenyataan bekas isterinya itu.Menurut Abdul Mutallib, kenyataannya ini bukan bertujuan untuk mengaibkan Yatt Hamzah atau cemburu, sebaliknya tetapi enggan bersubahat dalam perkara yang tidak benar dan seterusnya menghentikan kepura-pur aan yang berlaku. Kata Abdul Mutallib:-
Kenyataan saya sebelum ini cukup untuk menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku. Beliau (Yatt) bagaimanapun, dengan menggunakan nama Allah, menafikannya. Sebagai seorang yang mempelajari ilmu agama yang luas, beliau sewajarnya lebih faham mengenai natijah dan hukum akibat tindakan terbabit.
Beliau mungkin boleh mengaburi mata masyarakat, tetapi bukan individu yang mengenalinya dan mengetahui hal sebenar, termasuk dirinya sendiri.
Bagaimanapun, saya sudah memaafkan kesilapannya dan berharap rumah tangga yang bakal dibina akan bahagia ke akhir hayat. Saya berlapang dada menerima ketentuan qada dan qadar Allah.
Saya berharap tiada lagi isu selepas ini. Apa yang berlaku menjadi titik tolak untuk kami menerima ujian dan muhasabah diri masing-masing.
Abang Nara tak tahu nak cakap apa tetapi dunia sekarang ini memang kita mudah terpedaya dengan penampilan seseorang. Hanya Yatt Hamzah, bekas suami dan bakal suami sahaja yang tahu perkara sebenar terjadi. Abang Nara memahami prinsip Abdul Mutallib yang enggan berkompromi tentang perkara yang tidak benar. Semoga ini akan menjadi pengajaran buat kita semua. Sumber Berita Harian.
P.S: Berita baik untuk anda yang mencari jubah saiz L & XL!!! Kami mengeluarkan jubah batik yang direka khas dengan design yang menarik bermotifkan batik dan bunga, selesa dipakai dan keluaran terhad kepada sehelai sahaja untuk setiap gambar. Siapa cepat dia dapat!. Tampil unik dan elegan dengan mendapatkan Jubah Batik Soft Cotton Diamond. Tempah sekarang di Facebook TheOnlineBatik , Instagram @theonlinebatik atau Whatsapp 019-361-8718
[jetpack-related-posts] PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
No comments:
Post a Comment