Recent Post

Monday, May 16, 2016

Azizul Rahman dipilih Tokoh Guru Kebangsaan - Kosmo!


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Azizul Rahman dipilih Tokoh Guru Kebangsaan

16/05/2016 12:43pm

KOTA KINABALU - Bekas pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bekok, Segamat, Azizul Rahman Abdul Rahman, 64 dipilih selaku Tokoh Guru Kebangsaan 2016 sempena sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan hari ini.

Anak jati kelahiran Parit Sulung, Batu Pahat itu mula menceburi bidang pendidikan selaku guru sementara di SMK St. Andrews, Muar pada tahun 1972 sebelum melanjutkan pelajaran ke Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim, Johor Bahru pada tahun 1974 dan Universiti Kebangsaan Malaysia pada 1985.

Sepanjang hampir 40 tahun bergelar guru, Azizul Rahman pernah berkhidmat di beberapa buah sekolah antaranya SMK Tun Sri Lanang, Muar; SMK Dato Sulaiman, Parit Sulong; SMK Dato Bentara Luar dan SM Sains Kota Tinggi.

Beliau yang bersara wajib pada tahun 2010 turut aktif sebagai penulis dan telah menulis lebih 100 judul buku ilmiah.

Sementara itu, bekas Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Datuk Dr. Ahamad Sipon pula dipilih sebagai Tokoh Kepimpinan Pendidikan 2016.

Selaku penerima anugerah, Azizul Rahman dan Dr. Ahamad masing-masing menerima pingat dan hadiah penghargaan yang disampaikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada majlis yang berlangsung di Dewan Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS). - K! ONLINE




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *