Recent Post

Monday, May 16, 2016

ESPN, Jangan Putar Belit Kenyataan Saya, Tegur TMJ


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Johor Bharu, 16 Mei - Tunku Mahkota Johor, HRH Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim hari ini menegur tindakan satu laporan dari portal sukan antrabangsa, ESPN, yang disifatkan oleh beliau memutarbelitkan kenyataannya.

TMJ membuat teguran itu menerusi satu posting di page Johor Southern Tiger.

"Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk membetulkan beberapa kenyataan tidak bertanggungjawab yang telah dibuat oleh ESPN, melaporkan bahawa saya telah menyebut JDT adalah pasukan yang lebih besar daripada Selangor. ", tulis TMJ.

Menurut TMJ apa yang dikatakan oleh beliau adalah JDT lebih popular di peringkat global dalam beberapa tahun kebelakangan ini jika dibandingkan dengan pasukan-pasukan lain yang memenangi lebih piala.

"Yang saya katakan adalah JDT lebih popular di peringkat global dalam tahun-tahun kebelakangan ini kalau dibandingkan dengan Selangor dan pasukan-pasukan lain yang telah memenangi lebih piala. Tetapi dari segi kejayaan, Selangor, Kedah , Perak, Pahang dan Kelantan adalah lebih berjaya.  "JDT hanyalah sebuah kelab muda yang mempunyai cita-cita besar. Itu sahaja. Oleh itu, jangan memutarbelitkan kata-kata saya. Kepada mereka yang tidak selesa dengan JDT, teruskanlah kehidupan anda dan izinkan saya meneruskan sambutan kemenangan dengan keluarga JDT saya.", kata beliau.

Sebelum ini, ESPN mengeluarkan satu laporan yang bertajuk "JDT already bigger team than Selangor" namun telah menukar tajuk artikel tersebut selepas itu.




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *