Recent Post

Monday, May 16, 2016

Pelajar kolej maut akibat jangkitan kencing tikus


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Seorang pelajar lelaki Kolej Legenda di Mantin meninggal dunia pada hari Khamis akibat jangkitan leptospirosis atau penyakit kencing tikus selepas mandi di Taman Rekreasi Jeram Toi, Jelebu pada 30 April lepas.

Pengarah Kesihatan Negeri Sembilan Dr Abdul Rahim Abdullah berkata selain itu, dua penuntut lelaki Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seremban 3 disahkan dijangkiti penyakit itu dan kini stabil di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) dan KPJ Seremban.

"Mangsa yang maut dikenali sebagai Muhd Syazwan yang berusia 21 tahun. Dia dikatakan demam pada 7 Mei lepas setelah mandi di Jeram Toi dan dimasukkan ke HTJ dua hari kemudian.

"Mangsa disahkan dijangkiti kencing tikus dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sehari kemudian, bagaimanapun meninggal dunia pada Khamis lepas," katanya ketika dihubungi Bernama semalam.

Menurutnya kedua-dua penuntut UiTM itu, yang berusia 21 dan 22 tahun, juga mandi di Jeram Toi pada 24 April.

"Penuntut berusia 21 tahun dimasukkan ke ICU pada 6 Mei lepas manakala penuntut berusia 22 tahun dimasukkan ke KPJ Seremban pada 9 Mei," katanya.

Abdul Rahim berkata dua lagi penuntut UiTM Seremban 3 juga demam dan disyaki dijangkiti kencing tikus.

Selain mengambil sampel air dan tanah berkala serta menangkap tikus, Jabatan Kesihatan negeri berbincang dengan Majlis Daerah dan Jabatan Perhutanan negeri supaya menutup sementara Jeram Toi mulai 12 Mei lepas bagi tujuan pembersihan.

"Jabatan Kesihatan negeri dan Pejabat Kesihatan Daerah Jelebu terus memantau situasi ini dan menilai keadaan sepanjang penutupan kawasan ini," katanya.

Difahamkan kesemua mangsa mengunjungi Jeram Toi secara berasingan.

- Bernama




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *