Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Sebelum ini pada bulan Mac, dua video yang menunjukkan pelakon Lydiawati 'membelasah' seorang wanita di sebuah premis telah menjadi viral. Dua video itu telah dimuat naik ke laman Facebook Lydiawati olehnya sendiri.
Lydiawati mendakwa melakukan begitu sebagai pengajaran kepada pengkid tersebut yang sering mengganggunya, dan juga untuk keselamatan keluarganya kerana pengkid itu menghantar ratusan mesej berunsur ugutan dan lucah kepadanya.Perkembangan terbaru, menurut Sinar Harian, Lydiawati akan dihadapkan di Mahkamah Majistret Ampang, atas tuduhan menyebabkan kecederaan pengkid tersebut yang merupakan warga Brunei.
Lydiawati atau nama sebenarnya, Salina Zaimon, bagaimana pun mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan tersebut.
Lydiawati didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada Sharifah Harnizam Wan Musa dengan cara memukul menggunakan besi.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah hotel, dekat sini, jam 6.30 petang pada 24 Mac lalu.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Raihana Abdul Razak mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.
Lydiawati, 51, yang diwakili oleh peguam, Fatimah Zahra Ramli memohon mahkamah mengurangkan jaminan atas alasan anak guamnya seorang ibu tunggal.
Anak guam saya tidak mempunyai pendapatan tetap dan memerlukan rawatan setiap bulan di Institut Jantung Negara kerana masalah jantung.
Majistret, Haslinda A Raof membenarkan jaminan RM3,300 dengan seorang penjamin dan menetapkan 24 Jun depan untuk sebutan semula.
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
No comments:
Post a Comment