Recent Post

Saturday, June 11, 2016

AACE lancar simulator A330 CAE 7000XR berharga RM40j - Berita Harian


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

TONY (kanan) menaiki simulator terbarunya, A330 CAE 7000XR, di Shah Alam, hari ini. - Foto Intan Nur Elliana Zakaria

SHAH ALAM: Asian Aviation Centre of Excellence (AACE) melalui kerjasama dengan AirAsia dan CAE memperkenalkan simulator terbarunya, A330 CAE 7000XR, di sini, petang tadi.

Simulator Penerbangan Penuh (FFS) membabitkan kos kira-kira RM40 juta itu dijangka menjadi batu loncatan kepada AACE sebagai 'universiti penerbangan' terunggul di Asia.

Ketua Pegawai Eksekutif, Tan Sri Tony Fernandes, berkata simulator itu akan digunakan di pusat latihan penerbangan syarikat berkenaan dengan menggunakan modul yang lebih moden dan dilengkapi kemudahan latihan terkini.

Katanya, FFS siri CAE 7000XR menawarkan gambaran nyata yang jauh berbeza dengan simulator sedia ada.

"Bersesuaian dengan konsep latihan AACE bertaraf dunia, generasi baru simulator ini adalah yang terbaik di dunia dan diiktiraf oleh Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Malaysia serta Pejabat Penerbangan Awam Korea (KOCA).

"Pelaburan ini juga adalah satu langkah penting bagi AACE sebagai pusat pembelajaran penerbangan utama di Asia dan hingga kini AACE menyediakan kemudahan latihan penerbangan untuk lebih 35 syarikat penerbangan," katanya pada sidang media di sini.

Dalam perkembangan lain, Tony berkata AirAsia kini sedang dalam kempen untuk menukar nama KLIA2 kepada Lapangan Terbang Tambang Rendah 2 (LCCT2) yang menjadi hub kepada penerbangan tambang murah di seluruh Asia.

"Sebelum ini LCCT lebih dikenali kerana ia menawarkan penerbangan tambang rendah kepada pelanggan domestik atau antarabangsa. Oleh itu kami mahu KLIA2 dijenamakan semula bagi menarik lebih ramai pelancong menggunakan penerbangan tambang rendah.

"Ia sekali gus dapat membantu mempromosi KLIA2 sebagai hub penerbangan tambang rendah yang terbesar di Asia," katanya.

Tony berkata, pihaknya juga akan mengemukakan cadangan berkenaan kepada Kementerian Pengangkutan dan akan tetap meneruskan hasrat berkenaan berikutan 90 peratus kos operasi daripada AirAsia.




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *