Recent Post

Saturday, June 11, 2016

Keluarga perlu penjelasan kematian Azhar di Vietnam


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Konsulat Malaysia di Vietnam akan dihubungi untuk mendapatkan maklum balas terperinci berhubung kes pembunuhan warga Malaysia, Mohd Azhar Mokhtar di sebuah hotel bajet di Bandaraya Ho Chi Minh pada 23 April lalu.

Anggota Parlimen Kulim/Bandar Baharu Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir berkata pihaknya berharap pihak Konsulat Malaysia di sana akan mendapatkan kerjasama pihak polis di Vietnam memaklumkan dari semasa ke semasa berhubung dengan perkembangan siasatan kes berkenaan.

"Laporan berkenaan adalah mustahak kepada keluarga mangsa di sini kerana kematian Allahyarham Mohd Azhar, 33, adalah penting sekali gus merupakan punca rezeki keluarganya di sini hilang," katanya kepada pemberita di Kulim semalam.

Terdahulu Abdul Aziz menziarah ibu mangsa Hasnah Ismail, 55, di rumahnya di Kampung Air Merah di Kulim.

Beliau berkata pihaknya berhasrat membantu keluarga tersebut dengan mendapatkan pekerjaan kepada adik Allahyarham, Mohd Norazam, 31, untuk membantu keluarganya yang telah hilang mata pencarian akibat kematian Mohd Azhar itu.

Sementara itu bapa saudara Allahyarham, Rosidi Ismail, 53, berkata Allahyarham adalah seorang anak yang bertanggung jawab terhadap keluarga.

"Walaupun pendapatanya ketika bekerja di sebuah kedai makan di Taman Selasih di sini tidaklah lumayan tetapi dialah yang membereskan kos perubatan ibunya yang sering uzur," katanya.

- Bernama




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *