Recent Post

Saturday, June 11, 2016

Fida Ibrahim Dapat Kek Hari Jadi Bernilai RM50,000


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

6-Fida-Ibrahim-Terima-Kek-Hari-Jadi-Bernilai-RM50000-jpeg-700x420

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Apo Kono Eh Jang bersama Dato' Ac Mizal, Fida Ibrahimbaru-baru ini telah menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke 30. Namun apa yang menjadi bualan, beliau dikatakan menerima sebiji kek hari jadi yang bernilai RM50,000. Malah beliau menerusi instagramnya turut berkongsi mengenai itu.

"Nilai kek RM50,000 itu adalah termasuk dengan harga jam tangan yang dihias di atas kek tersebut, jam jenama Rolex itu hadiah istimewa daripada kawan-kawan rapat dan rakan kongsi bisnes saya. Manakala kek istimewa seberat 20 kilogram yang dihasilkan oleh Datuk Fazley Yaakob khas untuk saya itu juga agak mahal dan eksklusif"

Screen-Shot-2016-06-10-at-9.54.52-AM-590x377

"Pada asalnya saya agak terkejut dan marah apabila mereka beritahu majlis tersebut cecah RM100,000 tapi bila mereka jelaskan tujuan sebenarnya saya terpaksa akur. Mereka hanya mahu saya gembira pada hari jadi ke 30 ini setelah penat bekerja menguruskan perniagaan," katanya kepada m Star Online berhubung perkara berkenaan.

Sementara itu, beliau turut berkongsi tentang sambutan hari jadinya itu dimana, sambutan besar-besaran hari jadinya itu dibuat tanpa pengetahuannya kerana pada asalnya beliau hanya diberitahu untuk menghadiri majlis pertunjukan fesyen sahaja. Dalam sambutan itu hampir 100 tetamu hadir memeriahkan majlis hari jadinya itu termasuk kumpulan 6ixth Sense.

Sambutan hari jadi yang dirancang secara besar-besaran itu telah diadakan di The Row dan mula menjadi kontroversi dan bualan orang ramai apabila Fida menerima sebiji kek hari jadi yang sangat mahal. Walau apapun, rasanya belum terlambat untuk ucapkan selamat hari jadi yang ke 30 kepada Fida. Semoga diberi kesihatan dan kehidupan yang lebih baik.

Komen

comments




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *