Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Hafidz Roshdi telah memaklumkan beberapa kali bahawa isterinya tidak mempunyai sebarang akaun media sosial. Namun, baru-baru ini terdapat individu tidak bertanggungjawab telah membuka akaun Instagram palsu menggunakan nama isterinya.
Menyedari akan perkara negatif ini dan tidak mahu isterinya dalam apa-apa permasalahan, Hafidz telah memberi amaran kepada individu disebalik akaun palsu tersebut.
Saya sedar ada akaun palsu yang menggunakan nama dan gambar-gambar isteri saya tiga hari selepas kami berkahwin.
Saya tidak tahu apa tujuan mereka membuat akaun tersebut. Saya menghantar mesej peribadi ke akaun tersebut dan memberi amaran supaya mereka menutup akaun itu dan tidak mencuri gambar-gambar isteri saya dengan tujuan tertentu.
Hasil siasatan olehnya mendapati akaun tersebut milik seorang lelaki yang minat kepada isterinya dan ingin menubuhkan kelab peminat.
Saya sudah selidik bahawa individu yang menguruskan akaun itu adalah lelaki dan katanya dia minat kepada isteri saya dan ingin menubuhkan kelab peminat.
Saya tidak tahu apa sebenarnya niat individu tersebut dan hanya bersangka baik sahaja. Setakat ini dia hanya ambil gambar-gambar isteri saya yang saya dan rakan-rakan baiknya muat naik di laman sosial.
Hafidz walaubagaimanapun, enggan mengambil sebarang tindakan kepada individu terbabit namun sentiasa memantau setiap muat naik dan perkembangan akaun Instagram berkenaan.
Related
Komen via FacebookKomen
— 93 Bacaan
No comments:
Post a Comment