Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Penyanyi yang kini berada di Malaysia untuk satu konsert itu memuat naik gambarnya bersama seekor burung unta yang di laman Twitter miliknya hari ini dan mendapat lebih dari 8,000 retweet dari peminat.
"Sedang melepak dengan seekor burung unta di Malaysia #Chickaboo.", tulis Chance di tweet itu.
Bagaimanapun tidak pasti sama ada burung unta itu merupakan burung unta yang sama berlari di lebuhraya federal baru-baru ini.
Kepopularan Chickaboo tidak berhenti di Malaysia sahaja. Video aksi Chickaboo turut mendapat perhatian portal-portal berita antarabangsa yang menjadikan video itu sebagai bahan berita mereka.
Video tersebut dimuat naik oleh portal AOL , Yahoo 7 News, Belfest Telegraph, Metro.co.uk dan beberapa portal lain lagi.
Khamis lepas, Chickaboo mencuri tumpuan Malaysia apabila videonya berlari di lebuhraya tersebut menjadi viral. - Siakapkeli.my
— Greyson Chance (@greysonchance) June 20, 2016
No comments:
Post a Comment