Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Rasanya semua tahu Awal Ashaari,Scha Al-Yahya dan anak mereka Lara Alana kini berada di tanah suci bagi menunaikan ibadah umrah bersama. Malah, Awal juga sering berkongsi foto mereka di sana untuk tatapan peminat.
Baru-baru ini, melalui akaun Instagram Lara Alana, ada foto dimana Lara kelihatan sangat berhijab. Namun, pada masa yang sama Lara memakai baju yang tiada lengan.
Pada kami ia bukan satu perkara yang besar tetapi foto tersebut telah mencetuskan perbalahan di Instagram.
Ada yang menggelarkan ibu bapa Lara seorang yang tida peka dan seakan mempersendakan pemakaian hijab apabila tidak memakai Lara dengan baju yang lebih sopan.
Walaubagaimanapun, majoriti peminat tidak bersetuju dengan kenyataan individu berkenaan dan tidak ada salahnya kerana Lara juga masih kecil.
Berikut antara komen-komen di Instagram Lara :-
Alaa benda ini kalau orang dewasa yang buat memanglah nak mendapat kata orang. Lara kan masih kecil. Janganlah hendak serius sepenuh masa, kami pasti bila tiba masanya nanti tentu beliau akan di didik dengan baik tentang isu menutup aurat ni.
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
No comments:
Post a Comment