Recent Post

Tuesday, June 21, 2016

Kerosakan pencawang punca Lembah Kinta bergelap - TNB


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Kerosakan di pencawang masuk utama New Tasek, Ulu Kinta mulai jam 7:29 malam semalam menyaksikan seluruh bandar Ipoh dan kawasan sekitarnya menghadapi gangguan bekalan elektrik.

Bagaimanapun, menurut Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam satu kenyataan media, tindakan pantas pihaknya berjaya memulihkan bekalan secara berperingkat dan keadaan pulih sepenuhnya menjelang jam 9:00 malam.

"Punca gangguan masih dalam siasatan. Segala kesulitan amat dikesali," kata TNB.

Pengguna media sosial semalam melaporkan sebahagian besar penduduk di Lembah Kinta bergelap dan ini menjejaskan persiapan berbuka puasa umat Islam.

Bekalan elektrik dilaporkan terputus sekitar jam 7:15 malam.

Menurut Simpang Pulai ADUN Tan Kar Hing, antara kawasan yang terjejas termasuk Ampang, Gunung Rapat, Taman Song Chon dan Panorama Lapangan Perdana.

"Saya masih tidak berjaya menghubungi TNB," katanya di Facebook.

Menurut aduan di laman Facebook TNB, kawasan lain yang terjejas termasuk Tambun, Tanjung Rambutan, Ipoh Garden dan Bandar Seri Botani.

"Masa sesuai untuk bekalan elektrik terputus, 10 minit sebelum berbuka puasa," sindir seorang pengguna Facebook Amirul Nizam, yang tinggal di Taman Chandan Desa, Simpang Pulai.




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *