Recent Post

Tuesday, June 21, 2016

Tarikan C-Class Coupe - Berita Harian


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

KEMASUKAN varian terkini Mercedes-Benz, C-Class Coupe ke pasaran tempatan berkemungkinan besar akan menarik kumpulan peminat baharu jenama kereta premium Jerman itu di Malaysia.

Peluang memandu uji jentera mewah yang dibawa terus dari Stuttgart, Jerman di Paddock Club, Litar Antarabangsa Sepang (SIC), baru-baru ini meyakinkan penulis bahawa Mercedes-Benz Malaysia kali ini benar-benar serius untuk menembusi kumpulan pembeli muda.

Mengekalkan ciri mewah yang sinonim dengan jenama itu, C-Class Coupe bagaimanapun memperincikan kesegaran yang begitu terserlah dari segi kemasan dalaman.

Varian dua pintu C-Class Coupe yang didatangkan dalam tiga varian iaitu C 200 Coupe, C 250 Coupe dan C 300 Coupe jelas berada dalam kelas tersendiri, sebaik saja melangkah masuk ke dalam ruang dalamannya.

Jika dilihat dari reka bentuk luarannya, model ini mungkin masih tidak dapat lari daripada stigma 'kereta untuk golongan pertengahan usia' kerana selain kelainan yang dipersembahkan dari segi saiz bonet yang panjang dan gril berbentuk mutiara, ciri standard reka bentuk Mercedes-Benz yang lain masih kekal.

Ciri dalaman unik

Bagaimanapun, reka bentuk dalaman kenderaan ini jelas mampu menggamit hati golongan muda kerana meskipun masih menggunakan papan pemuka C-Class, namun sentuhannya dirasakan begitu istimewa, dalam kelas tersendiri, segar, dinamik dan mewah.

Ia jelas mahu memperlihatkan falsafah reka bentuk Mercedes-Benz yang menggabungkan teknologi moden dengan emosi pemandu.

Bagi C 300 Coupe, semua ciri dalaman unik yang ada dalam model berkenaan boleh mendapat pujian. Ini termasuk sistem bunyi Burmester yang melengkapi kemasan mewahnya.

Dari segi reka letak kerusi pemandu dan penumpang, ia satu lagi kriteria yang menjadi bonus kepada pemilik kenderaan mewah ini.Kabin pemandu yang luas diperkasakan dengan ciri sporty bagi menyerlahkan elemen coupe ke dalam varian C-Class.

Model C 300 Coupe pula dilengkapi sistem infotainmen COMAND yang mempunyai skrin resolusi tinggi bersaiz 8.4 inci. Walaupun ia bukanlah set sistem maklumat dan hiburan terbaik yang pernah dilihat penulis, grafiknya cukup baik serta bersesuaian bagi sebuah kereta yang berharga kurang daripada RM400,000.

LEGENDA Formula Satu, David Coulthard (kiri) dan Naib Presiden Jualan dan Pemasaran Mercedes-Benz Malaysia, Mark Raine (kanan) pada majlis pengenalan tiga varian terbaharu Mercedes-Benz E-Class, baru-baru ini. - Foto Azhar Ramli

Pantas, selesa dipandu

Dari segi pemanduan, mungkin tidak banyak elemen tambahan yang disuntik oleh Mercedes-Benz ke dalam model C-Class Coupe berbanding model keluaran terdahulu yang berada di pasaran dari 2011 hingga 2015.

Varian C 300 dikuasakan oleh enjin turbocaj 2.0 liter dengan 245 hp dan tork 370 Nm disediakan dari 1,300 hingga 4,000 rpm. Dilengkapi transmisi automatik tujuh kelajuan 7G-Tronic Plus, ia membolehkan jentera ini dipandu dari 0 ke 100 kilometer sejam (km/j) dalam masa enam saat, manakala kelajuan tertinggi dihadkan pada 250 km/j.

Walaupun ia masih satu persepuluh saat lebih perlahan berbanding C 300 sedan, model C 300 Coupe masih dianggap pantas dan selesa ketika dipandu pada kelajuan tertingginya.

Sistem suspensi pada C-Class Coupe menawarkan tahap keselesaan yang tinggi, dengan gegaran tayar yang rendah bagi memastikan pemanduan dinamik. Ia dianggap asas bagi keselesaan pemanduan.

Pemandu juga boleh memilik karakter Coupe mereka dengan menekan mana-mana satu daripada ciri sporty, selesa atau penggunaan optimum. Pemandu boleh menekan butang 'ECO', 'Comfort', 'Sport', 'Sport +' dan 'Individual'.

Sebagai contoh, memilih butang 'Individual' akan membolehkan pemandu mengubah suai tetapan kenderaan mereka kepada 'mode' peribadi yang digemari.

Secara keseluruhan, jika legenda Formula Satu, David Coulthard yang turut serta dalam sesi uji berkenaan cukup berpuas hati dengan prestasi kenderaan berkenaan, sudah pasti ada yang istimewa dipersembahkan oleh Mercedes-Benz kali ini.

INFO Mercedes-Benz C-Class Coupe

  • Dilengkapi enjin petrol dan diesel empat silinder serta fungsi hidup serta mati enjin ECO bagi keselesaan pemanduan.
  • Semua model Coupe menepati standard pelepasan Euro 6.
  • Antara ciri keselamatan - penahan hentakan tali pinggang bagi pemandu, penumpang hadapan dan penumpang belakang.
  • Dilengkapi tujuh beg udara untuk melindungi pengguna.
  • Guna reka bentuk ringan pintar dengan sebahagian besar guna aluminium bagi menjadikannya lebih ringan berbanding varian terdahulu.
  • Harga atas jalan tanpa insurans:

  • C 200 Coupe: RM308,000
  • C 250 Coupe: RM333,888
  • C 300 Coupe: RM388,888



  • Smiley :)
    :D
    :)
    :[
    ;)
    :D
    :O
    (6)
    (A)
    :'(
    :|
    :o)
    8)
    (K)
    (M)

    No comments:

    Post a Comment

    Popular Posts

    Berita Harian

    Malaysia Kini

    Mypotnews Links

    Submit ExpressFree Webmaster Tools
    Ping search engines.

    Contact Form

    Name

    Email *

    Message *