Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Enam peserta yang melayakkan diri bakal bertanding dalam Bintang Kecil 2016 Peringkat Kebangsaan di Kuching, Sarawak pada bulan November 2016 telah pun diumumkan sewaktu berakhirnya Debarang Bintang Kecil 2016 Zon Semenanjung berlangsung di Auditorium Perdana, Angkasapuri, Kuala Lumpur pada 17 September lalu.
Tuah nyata memihak kepada peserta dari Perak iaitu Muhammad Danial Hafiz bin Mohamed Zaharim, Dania Zafirah Sulaiman (Negeri Sembilan), Putri Anis Elyssa Roslee (Perlis), Muhammad Aiman bin Mohd Zain (Selangor), Nurul Maimanah Abdul Qahhar (Melaka) dan Arif Mukhriz bin Affandi Mokhtar (Pahang).
Kemantapan vokal mereka dinilai juri iaitu Jari, Dia Fadilla dan LY menerusi lagu Tiada Lagi Kidungmu oleh Muhammad Danial Hafiz bin Mohamed Zaharim, Dania Zafirah Sulaiman (Hajat), Putri Anis Elyssa Roslee (Anggapanmu), Muhammad Aiman bin Mohd Zain (Seroja), Nurul Maimanah Abdul Qahhar (Jagalah Diri) dan Arif Mukhriz bin Affandi Mokhtar (Laksamana Raja di Laut).
Pertandingan Bintang Kecil anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM) kini semakin menghampiri kemuncaknya dengan objektif mencungkil bakat nyanyian dalam kalangan kanak-kanak berumur 7-11 tahun ini telah dimulakan dengan ujibakat di seluruh negara bermula bulan April yang lepas. Sehingga kini, RTM terus konsisten, menyemarakkan pentas industri seni dan budaya tanah air.
Pertandingan di peringkat Kebangsaan melibatkan 3 zon iaitu zon Sabah, zon Sarawak dan kini zon Semenanjung diwakili oleh enam peserta berbakat tersebut.
Menampilkan gandingan dua pengacara juruhebah KLfm, DJ Sonic dan DJ ND, Debaran Bintang Kecil 2016 Peringkat Semenanjung turut diserikan dengan persembahan artis jemputan Mark Adam, Elena Haris dan Ernie Zakri yang menghiburkan penonton dengan lagu popular masing-masing.
Enam (6) peserta terbaik membawa pulang trofi dan wang tunai RM2000.00 setiap seorang berserta sijil penyertaan, manakala enam (6) peserta lain pula membawa pulang wang tunai RM500.00 setiap seorang berserta sijil penyertaan.
Turut bertanding Hafi Danishalili Mohd Hafiz (Terengganu), Intan Nursyuhada Mohd Suhaimi (Kelantan), Muhammad Zamir bin Jumari (Johor), Dinie Nur Afriena Rizwan (Kedah), Muhammad Ammar Hakim bin Muhammad (Pulau Pinang) dan Oh Wei Na, satu-satunya peserta berbangsa Cina mewakili Wilayah Persekutuan.
Related
Komen via FacebookKomen
No comments:
Post a Comment