Recent Post

Tuesday, August 11, 2015

Adenan: BN S'wak sudah sedia hadapi p'raya


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem berkata Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) akan mendapat lima daripada 11 kerusi baru negeri bagi pilihan raya negeri akan datang kerana parti itu mampu memenangi semua kerusi itu.

"Kami sekarang mempunyai 35 kerusi yang kami tidak pernah gagal menyumbang kepada Barisan Nasional (BN). Saya pasti akan meneruskan tradisi ini," katanya ketika berucap dalam perjumpaan Aidilfitri anjuran PBB zon Kuching malam tadi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor adalah antara tetamu yang hadir di majlis itu.

Adenan, yang juga presiden PBB, berkata BN negeri itu sudah bersedia menghadapi pilihan raya negeri yang boleh dipanggil pada bila-bila masa dalam tempoh 10 bulan dari sekarang,.

"Untuk sekarang, marilah kita memberikan tentangan sengit kepada pembangkang dan melemahkan mereka. Kemudian, barulah kita memanggil pilihan raya," katanya sambil berjenaka.

Untuk rekod, Sarawak sekarang m empunyai 71 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Mahkamah Rayuan baru-baru mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi berhubung dengan persempadanan kawasan pilihan raya negeri dan memutuskan bahawa 11 kerusi baru yang dicadangkan boleh diguna dalam pilihan raya negeri akan datang.

Menurut Adenan, PBB akan menambah kerusinya daripada 35 sekarang kepada 40 kerusi daripada 82 kerusi (71 + 11).

Mandat penuh DUN Sarawak akan berakhir pada Jun 2016.

Sementara itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada Najib atas kepercayaannya melantik lapan orang wakil dari Sarawak menjadi menteri penuh dalam kabinet beliau.

"Ini belum pernah berlaku dalam sejarah negara dan satu penghormatan kepada negeri ini.

"Saya dengan ini menyeru kepada rakyat Sarawak supaya menolak calon pembangkang dalam pilihan raya negeri akan datang untuk membolehkan kita mengambil bahagian dan mengukuhkan pentadbiran negara," kata Adenan.

- Bernama




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *