Recent Post

Tuesday, August 11, 2015

Tinggalkan ‘Love Bite’ Kepada Remaja Bawah Umur, Penganggur Didenda


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

KOTA BHARU : Seorang penganggur yang berusia 24 tahun yang meninggalkan love bite pada remaja bawah umur didenda sebanyak RM800 oleh Mahkamah Majistret disini selepas mengaku bersalah menggunakan kekerasan jenayah pada remaja terbabit pada Selasa.

Majistret Firdaus Zainal Abidin mengenakan denda kepada Ahmed Ezainie Shafizie Sazali  atau dua bulan penjara selepas Ahmed mengaku menggunakan kekerasan jenayah pada kanak-kanak yang berusia 14 tahun itu di sebuah rumah di Jalan Pair Hor, Kampung Pasir Hor pada jam 1 pagi pada 5 Disember tahun lepas.

Ahmed telah didakwa dibawah Seksyen 350 Kanun Keseksaan yang boleh membawa kepada hukuman penjara selama tiga tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Syahrun Nizam meminta mahkamah agar mengenakan hukuman berat sebagai pengajaran kepada tertuduh dan orang ramai.

Peguam Ahmed, Wan Mohd Ikram dalam rayuannya memohon mahkamah mengenakan denda maksimum dan bukan hukuman penjara atas alasan bahawa tertuduh adalah penganggur dan ini adalah kesalahan pertamanya.

Denda telah dibayar oleh ibu bapa Ahmed.

Gambar sekadar hiasan.




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *